Tips tidak membazir di bulan ramadhan

Musim gst, ramai yang nak berjimat cermat. Tapi kalau dah ke pasar ramadhan tu, duit macam air je mengalir dengan laju kan? Ibu anak 2 orang je, masih lagi kecil dan tidak banyak permintaan untuk beli itu ini. Bagaimana pula dengan keluarga yang mempunyai 4 orang anak yang berpuasa? Mesti pening mak dan ayah bagaimana nak buat pembelanjaan bajet kan?

Surat khabar pula melaporkan yang rakyat Malaysia telah membazir sehingga 1 tan makan setiap hari. 1 ta kalau didermakan pada rakyat palestina atau Syria mesti sudah boleh membantu mereka berbuka puasa dengan makanan yang cukup. Insaf terasa diri ini memikirkan saudara seagama kita disana.

Slide1

Sini Ibu nak kongsikan tips ringkas supaya kita tidak membazir makanan di bulan yang mulia ini. 

1. Plan nak makan apa dari rumah lagi

Tanya anak- anak apa yang diinginkan untuk berbuka. Biasanya kalau ada ibu, ibu yang masak, pergi bazar hanya untuk cuci mata atau beli satu atau dua jenis kuih sahaja.

2. Kira bajet

Misalnya sorang anak RM6. RM6 X 4 = RM24. Bawalah RM30 sahaja dalam beg duit dan belanja ikut plan yang telah di buat tadi. 

3. Ingatkan anak

Sepanjang perjalanan, bagi terus duit RM6 kepada anak- anak dan ingatkan mereka tiada tambahan duit. Jadi hanya pilih 1 atau 2 jenis makanan yang betul- betul minat sahaja. Dan jangan lupa beritahu anak yang pandai- pandai berjimat, jika ada duit lebih masukkan dalam tabung

4. Kuih campur

Dekat perlis ni, beli kuih boleh campur- campur. Contoh kuih yang dijual dengan 4 biji RM1. Ambil kuih karipap, ketayap, donut dan puteri ayu. Cukup 4 biji baru RM1, tekak pulak dapat merasa semua jenis kuih. Jimat banyak tu!

5. Air

Jika inginkan air di pasar ramadhan, beli lah air yang tiada ais. Kalu Ibu, Ibu suka beli air yang payah nak buat seperti laici kang, soya dan teh bunga. Biasa yang tiada ais ini lebih manis, dan tambahkan ais serta air sedikit di rumah. Biasanya yang RM2 tu pun dah dapat 1 jag untuk berbuka.

6. Lauk

ayam bakar sedap

Pilih lauk yang jenis bakar atau kawah. Ini kerana lauk seperti ini adalah yang dimasak di bazar dan sudah tentu tidak akan basi. Jka beli lauk yang tertutup pastikan ada pemanas di bawah bekas. Ini untuk pastikan lauk yang kita beli terjamin kebersihannya dan tidak mudah basi. Habiskan lauk yang dibeli semasa berbuka, jangan simpan untuk sahur.

7. Moreh

Bawa anak dan isteri untuk solat terawih di masjid. Ambillah peluang ini untuk mengeratkan silatrrahim sesama islam dan bersyukur dengan menikmati moreh yang disediakan. Jika ingin menikmati moreh di masjid, sila jangan ke pasar ramadhan pada hari tersebut.

8. Pergi lewat ke bazar ramadhan

Cuba amalkan pergi ke bazar Ramadhan apabila sudah lewat petang atau waktu hampir berbuka puasa. Bila pergi ke bazar Ramadhan lewat pastinya akan beli dengan cepat sebab nak cepat balik ke rumah untuk berbuka. Satu lagi sebab ialah pilihan makanan dah tak banyak sebab makanan banyak dah habis, jadi kita tak akan menjadi rambang mata untuk memilih makanan. Jika rezeki, peniaga tu bagi diskaun atau memberi lebih sebab nak cepat habiskan jualan.

Semoga membantu supaya kita tidak termasuk dalam golongan syaitan yang suka membazir makanan!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Kalau berpuasa adakah susu badan akan kering?
Tips tidak membazir di bulan ramadhan

0
Your Cart