10 Perkara Perlu Tahu Tentang Anak G6PD

Ini ialah tentang 10 perkara perlu tahu tentang anak G6PD oleh ibu bapa.

Apa itu G6PD ?

G6PD ialah enzim yang dipanggil glucose-6-phosphate dehydrogenase.

G6PD membantu sel-sel darah merah untuk berfungsi dengan betul, melindunginya daripada sesetengah bahan, termasuk makanan dan ubat, yang boleh membahayakannya.

Jika seseorang itu kekurangan G6PD, badan mereka tidak menghasilkan enzim ini secukupnya.

G6PD diwarisi oleh ibu bapa

Penyakit ini adalah diwarisi daripada keturunan dan penghidap biasanya adalah lelaki.

Ianya dikaitkan dengan kromoson X, manakala wanita adalah pembawa.

Ibu bapa jangan terlalu risau jika anak anda disahkan kekurangan enzim G6PD. Anak anda boleh hidup normal dan aktif seperti anak lain dengan penjagaan yang betul dan rapi.

Potensi mudah dapat jaundis

Biarpun tidak berbahaya, namun bayi yang kekurangan enzim G6PD mudah mendapat jaundis (kekuningan).

Tahap jaundis mereka mudah naik secara mendadak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.

Ini berlaku kerana sel darah merah penghidap G6PD mudah pecah dan membolehkan bilirubin meningkat dengan cepat dan pada tahap tertentu bilirubin memindahkan toksin ke otak dan menyebabkan risiko terencat akal.

Punca kekurangan enzim G6PD

Kekurangan enzim G6PD adalah diwarisi daripada ibu atau bapa atau kedua-duanya dan ianya boleh dikenalpasti seawal kelahiran bayi melalui ujian darah di hospital.

Kebiasaannya, anak yang dilahirkan di hospital akan melalui ujian darah bagi mengetahui status anak adalah penghidap kekurangn enzim G6PD atau tidak.

Ibu bapa di negara ini agak bertuah kerana di mana-mana hospital yang menyambut kelahiran, bayi mereka wajib diambil sampel darah di bahagian tali pusat bagi tujuan mengenal pasti sama ada bayi terbabit penghidap G6PD atau tidak.

Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk menguruskan anak mereka dan sentiasa berjaga-jaga dengan simptom-simptom yang boleh memudaratkan anak.

G6PD tiada rawatan

Masalah ini tiada rawatan dan ianya adalah masalah sepanjang hayat yang tidak akan hilang.

Tetapi ianya tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ibu bapa hanya perlu pastikan anak tidak terdedah dengan bahan atau makanan yang boleh menyebabkan tercetusnya simptom-simptom tersebut.

Simptom baby G6PD

Anak yang menghidap kekurangan enzim G6PD akan menunjukkan beberapa symptom jika terdedah kepada bahan pencetus.

Antara simptom-simptom yang boleh dikenalpasti adalah:

  1. Kulit pucat (di kalangan kanak-kanak berkulit gelap, periksa bibir dan lidah untuk melihat kepucatan)
  2. Keletihan
  3. Sesak nafas
  4. Jantung berdegup kencang
  5. Jaundis (kulit dan mata menjadi kuning) terutamanya di kalangan bayi baru lahir
  6. Air kencing gelap dan berwarna seakan-akan teh.

Jika anak anda didapati menunjukkan simptom-simptom tersebut, anda perlu terus membawa anak ke hospital untuk rawatan segera.

Setelah dirawat, simptom-simptom ini biasanya akan hilang sendiri dalam masa beberapa minggu.

Jadi ibu bapa hanya perlu buat pemantauan di rumah setelah mendapat nasihat daripada doktor bertauliah.

Makanan atau bahan yang perlu dielakkan 

  • Kacang parang (fava beans) dan semua produk yang mempunyai kaitan dengan kacang parang. Kondisi ini turut dikenali sebagai “favaism” kerana semua pesakit G6PD mengalami alahan terhadap kacang parang.
  • Produk kacang soya.
  • Beri biru dan semua produk yang mempunyai beri biru.
  • Gula-gula berpudina, ubat gigi, ubat kumur, ataupun makanan yang mengandungi menthol perlu dielakkan.
  • Suplemen vitamin K dan zat besi tanpa rujuk terlebih dahulu dengan doktor.
  • Antibiotik seperti sulphonamides, co-trimoxsasole, chloramphenicol dan banyak lagi.
  • Ubat antimalaria seperti chloroquine, primaquine, quinine dan banyak lagi.
  • Ubat lain seperti aspirin, vitamin C dalam dos yang banyak, methyldopa dan banyak lagi.

Bahan lain yang perlu dielakkan,

  • ubat gegat dan ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium.

Penyakit genetik ini memberi kesan yang berbeza-beza mengikut individu. Ada yang terkesan teruk apabila terlanggar pantang, ada yang tidak.

Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya ahli keluarga dapat membantu pesakit waspada dalam pengambilan makanan atau ubat-ubatan seharian.

Bolehkah penyususan susu ibu diteruskan ?

Sudah semestinya boleh. Penyusuan susu ibu tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada bayi malahan ia sangat bagus kerana mempunyai antibodi yang sangat bagus untuk bayi.

Tetapi ibu yang menyusu WAJIB elakkan mengambil makanan dan bahan yang boleh menjadi pencetus kepada berlakunya hemolisis.

Keadaan sel darah merah pecah dipanggil sebagai hemolisis. Jika sekiranya hemolisis berlaku secara berterusan, pesakit G6PD boleh mengalami anemia (kekurangan darah merah)

Balm Tasneem turunkan jaundis atau demam kuning

Bahan-bahan yang digunakan di dalam balm Tasneem tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh menjadi pencetus.

Balm Tasneem hanya mengandungi minyak pati daripada tumbuh-tumbuhan yang selamat untuk digunakan oleh bayi seawal baru lahir.

Untuk membantu mengurangkan jaundis, anda disyorkan untuk menggunakan balm Calm Time dan balm T Rub atau lebih dikenali sebagai Set Jaundis.

T Rub ni balm untuk bantu baby lawas, bila baby banyak berak, kuning mmg turun sebab bilirubin tu keluar melalui najis dan air kencing.

Lagi pulak T Rub ni mmg balm penting untuk baby. Paling best baby iAllah tak kembung langsung. Perut pun selesa.

Dalam balm Calm Time ni ada EO geranium. EO geranium ni memang ada fungsi untuk hati.

Sebab tu untuk masalah hati seperti jaundice, kami syorkan pakai calm time sekali. Calm ni kena sapu pada area hati baby. EO geranium juga memang terbukti elok utk menurunkan bilirubin jaundice.

Terangkan kepada orang sekeliling

Setelah anda mengenal pasti pencetusnya, pastikan

  1. Anak anda tidak terdedah kepada pencetus sepenuhnya.
  2. Senaraikan bahan-bahan atau makanan yang menjadi pencetus
  3. Buat beberapa salinan untuk memudahkan anda.
  4. Pastikan pasangan anda, keluarga, pengasuh Ambil tahu dan sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan anak anda terdedah kepada pencetus.

Bila anak semakin membesar dan berdikari, cuba fahamkan juga anak tentang apa itu kekurangan enzim G6PD.

  1. Terangkan apa bahan dan makanan yang perlu anak elakkan.
  2. Sentiasa baca label bahan setiap makanan atau bahan yang digunakan.

Lebih baik kita berhati-hati sebelum terkena. Fahamkan dia bahawa dia masih boleh aktif bergaul dengan kawan-kawan lain seperti biasa.

Asalkan pastikan diri tidak terdedah kepada bahan pencetus.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting supaya emosi anak sentiasa terjaga dan tidak rasa rendah diri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top