Ini Ialah 10 Tips Anak Mudah Tidur Lena Ibu Bapa Perlu Tahu.
Menidurkan bayi boleh jadi saat-saat yang paling membahagiakan.
Namun ia juga boleh menjadi saat yang mengerikan apabila…
anda mahu dia tidur, tetapi dia tidur hanya sebentar sahaja dan tidak lena.
Pernah juga berlaku bila mana anda sudah tidurkan bayi, dan anda mahu bangun melakukan kerja.. bayi akan bangun semula seakan mengetahui anda tidak ada di sisi.
Letih rasanya mahu tidurkannya semula!
Bayi baru lahir tak tahu beza siang dan malam
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam.
Mereka boleh tidur dalam purata
- 16 jam sehari
- 2 hingga 4 jam bangun terus-menerus
Tips mudah untuk anak tidur lena
Cubalah selama 7 malam dan lihat apa perbezaannya bagi anda dan bayi anda.
-
LAP BADAN ATAU MANDI DENGAN AIR SUAM
Waktu mandi adalah cara terbaik untuk memulakan rutin pra-tidur bayi anda.
Ingat, bayi yang baru dilahirkan
- memerlukan sokongan berterusan dalam air, jadi jangan sesekali melepaskannya.
- jangan sekali-kali meninggalkan bayi, tanpa mengira usia, bersendirian di dalam tab mandi
-
GUNAKAN LOTION DAN SEDIKIT URUTAN
Urutan yang menenangkan adalah cara yang baik untuk membuat bayi anda merasa
- selamat
- disayangi dan
- bersedia untuk tidur
Urutan juga dapat membantu anda mengenali dan memberi respons terhadap bahasa badan bayi.
Ini merupakan masa yang tepat untuk menjalin hubungan dengan bayi anda (bonding time)
- Sapukan sejumlah kecil losyen bayi seperti Kalmy Lotion ke telapak tangan
- kemudian urut lembut ke kulit bayi anda
- Boleh juga urut dengan Minyak Urut Resty
-
SUASANA TENANG DAN CAHAYA YANG MINIMA
Pastikan tempat tidur anak tidak terlalu bising untuknya.
Ketika waktu malam pula, pastinya cahaya lampu yang malap sahaja supaya anak boleh tidur dengan lebih lena.
-
TIDAK TERLALU PANAS ATAU TERLALU SEJUK
Pastikan suhu ketika anak tidur tidak terlalu panas atau sejuk.
Pastikan juga pakaian yang dipakai oleh bayi adalah baju yang sesuai.
-
BEZAKAN TEMPAT TIDUR SIANG DAN MALAM
Membezakan tempat tidur siang dan malam amat penting kerana biasanya anak akan mendapat tidur yang lebih lena pada waktu malam.
Jika tempat tidurnya sama, maka anak tidak dapat membezakannya.
Bertukar tempat tidur pada malam hari akan memberi isyarat bahawa waktu sudah bertukar.
-
SUSUKAN BAYI DENGAN TENANG
Jika kita beria mahu tidurkannya dalam keadaan kelam kabut, bayi mungkin tidak akan tidur atau tidur sebentar sahaja.
Ketika bayi sudah menunjukkan tanda mahu tidur, beri dia susu badan dan susukannya dengan tenang.
Sambil menyusukan bayi, tepuklah dia dengan perlahan atau peluk dia erat.
Dia akan rasa selesa, dapat menyusu dengan tenang dan akhirnya tidur dengan lena.
-
SENDAWAKAN BAYI
Pernahkan anda mengalami situasi seperti ini, anak hanya tidur sebentar dan terbangun kemudian dia sendawa?
Kadangkala sendawa beserta muntah susu.
Pergerakannya yang terbatas, iaitu hanya baring dan mungkin duduk dengan bantuan, tidak memungkinkan bayi sendawa dengan sendiri.
Dia memerlukan bantuan untuk sendawa. Jika tidak, tidurnya pasti tidak lena.
Baca juga cara sendawakan bayi dengan betul di sini.
-
BEDUNG BAYI
Salah satu sebab bayi tidur sekejap sahaja mungkin kerana dia mudah terkejut dan tidurnya terganggu.
Bedunglah bayi anda supaya dia mendapat tidur yang berkualiti.
Cukuplah sekadar baju nipis dan memberi keselsaan kepada bayi.
Bayi yang dibedung biasanya akan tidur lebih lama dari bayi yang tidak dibedung.

-
TEPUK LEMBUT ATAU DODOIKAN
Apabila bayi sudah lena, jangan terus tinggalkannya.
Letakkan bayi di tempat tidurnya dan tepuk perlahan atau dodikannya supaya dia tidak terkejut semasa ditinggalkan.
Pastikan anda menjaga suasana tenang dan selesa.
Anda dapat membantu bayi anda mereda dengan membaca atau pasang zikir yang lembut.
-
PASANG ZIKIR ATAU WHITENOISE
Untuk ibu bapa yang bukan beragama Islam, boleh mainkan white noise
Whitenoise ialah gabungan bunyi pelbagai frekuensi yang biasa didengar. Contoh whitenoise.
- bunyi- bunyi desiran ombak
- bunyi hutan
- bunyi air mengalir
- bunyi kipas
Di dalam rahim, bayi akan mendengar degupan jantung ibu dan bunyi aliran darah ibu serta bunyi- bunyi dari dunia luar.
Download dan pasangkan white noise ni guna speaker yang berbeza.
Dikhuatiri guna telefon biasa, ada gangguan lain seperti
- panggilan keluar masuk
- alarm
Lagi pula meletakkan telefon berdekatan anak tidak elok, kerana mempunyai gelombang.
Elakkan bermain aktif dengan anak sebelum tidur
Ini akan membantunya belajar bagaimana menenangkan diri dan kembali tidur sendiri sekiranya dia bangun pada waktu malam.
Kenapa bayi perlu tidur yang cukup ?
Tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk tumbesaran bayi.
Semoga tips bayi tidur lena ini dapat membantu ibu.
Set Sweet Dream Tasneem Naturel bantu anak mudah tidur lena



Boleh juga dapatkan Set Sweet Dream di sini. Pos ke seluruh Malaysia, semenanjung dan Sabah Sarawak.