10 Ubat Ibu Mengandung Tak Boleh Makan

0 239

Artikel ini ialah mengenai 10 Ubat Ibu Mengandung Tak Boleh Makan.

Mungkin ramai yang kurang tau, ada beberapa jenis ubat ibu mengandung tak boleh makan.

Sebab apa ? Haa.. jom baca sampai habis.

Ini sebabnya, ubat tersebut boleh menjejaskan janin dan beri kesan buruk ke kesihatan dan fizikal anak bila lahir nanti. Oleh sebab itulah ibu hamil perlu peka terhadap ubat yang diambil.

10 Ubat Ibu Mengandung Tak Boleh Makan

Jangan ambil ubat sembarangan untuk elak kecacatan bayi sejak dalam kandungan.

Pada tahap ini – otak, jantung dan paru-paru bayi sedang berkembang. Dan interaksi ubat boleh membawa kepada kecacatan bayi semasa dalam kandungan lagi.

  1. Aspirin 

Digunakan untuk merawat migran dan sakit kepala. Kajian mengaitkan aspirin dengan pelbagai komplikasi kehamilan.

Boleh membawa kepada peningkatan risiko keguguran.

Memberi kesan kepada pertumbuhan bayi dan tingkatkan rsiko agangguan kepada plasenta.

  1. Chloramphenicol

    Ubat antibiotik yang dipreskripsikan untuk merawat jangkitan.

    Pengambilan ubat ini semasa hamil meningkatkan risiko sindrom bayi kelabu (keadaan kesihatan yang boleh mengancam nyawa bayi).

  1. Levofloxacin dan ciprofloxacin

    Sama seperti chloramphenicol, kedua-dua ubat ini adalah antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria.

    Pengambilan ubat ini boleh meningkatkan risiko keguguran. Ia juga boleh menyebabkan masalah pada tumbesaran tulang dan otot bayi di dalam kandungan.

  1. Ubat malaria primaquine

    Tidak banyak kajian yang dibuat untuk melihat kepada kesan ubat primaquine terhadap ibu hamil.

    Namun kajian terhadap subjek haiwan menunjukkan ia boleh menyebabkan kecacatan janin.

  2. Sulfonamides

    Sejenis ubat antibiotik. Ubat ini meningkatkan risiko keguguran dan masalah jaundis (kekuningan) pada bayi baru lahir.

  1. Trimethoprim

    Antibiotik ini boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf pada bayi yang sedang membesar.

  1. Codeine, ubat batuk

    Siapa yang ketagih dengan ubat batuk tu harapnya berhentilah ambil ubat ini. Ia boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.

  1. Ibuprofen, ubat tahan sakit

    Selain keguguran, ubat ibuprofen boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi pada bayi seperti jaundis, pendarahan, kerosakan pada dinding usus perut.

    Ia juga boleh menyebabkan masalah jantung pada saluran penting duktus arteriosus.

  1. Ubat cair darah warfarin

    Selain daripada mengelakkan pembekuan darah, warfarin juga boleh menyebabkan kecacatan kongenital pada janin.

    Pengambilan ubat ini perlu dipantau oleh doktor.

  1. Clonazepam, ubat tidur

    Selain daripada merawat masalah keresahan dan serangan panik, ia boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.

  1. Lorazepam

       Sama seperti clonazepam, ubat ini juga boleh menyebabkan masalah simptom withdrawal. Namun, skala keterukannya boleh mengancam nyawa bayi yang baru lahir.

Ibu hamil perlu banyakkan makanan sihat dan supliment

Ini ialah untuk memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab,

  • alahan
  • mual-mual atau loya
  • muntah yang teruk

Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan.

Bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. 

  • Asid Folik
  • Zat besi
  • Kalsium – pembetukan tulang
  • Asid Lemak Perlu – Omega 3 DHA dan EPA
  • Vitamin D

Makanan selain ubat ibu mengandung tak boleh makan

  • Listeria 
  • Ikan mentah
  • Alkohol dan rokok
  • Ubat-ubatan tambahan
  • Kafien
  • Toksin persekitaran – plumbum, kimia, xray, cat, racun serangga, agen pencuci

Tips pengambilan vitamin dan suplemen

  1. Baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat.
  2. Berbincang dengan doktor tentang penggunaan ubat.
  3. Jangan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
  4. Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur.
  5. Dinasihatkan ambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
  6. Multivitamin khas seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium.
  7. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
  8. Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan dan produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil).

Ilmu pengetahuan ni bukan untuk orang perempuan je tau.

Para suami pun kena belajar sama, takdelah kita terbeli ubat yang tak sepatutnya waktu pasangan kita tengah hamil nanti. Jadilah pasangan yang bertanggungjawab & membantu.

Dan, temujanji secara berkala dengan doktor perlu dipatuhi agar tahap kesihatan boleh dipantau dan sekiranya terdapat persoalan, boleh ditanyakan ketika itu.

Untuk ibu yang pertama kali hamil, boleh juga baca mengenai perkara-perkara yang perlu anda tau di sini.

 

 

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00