Artikel ini ialah mengenai 5 Cara Legakan Anak Sembelit.
Jika anak anda sembelit, ada beberapa cara yang boleh ibu ayah buat.
Jom baca maklumat yang disediakan di bawah.
Punca sembelit
Sembelit anak anda mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, iaitu :
- Menahan najis kerana :
- tertekan / tidak suka dengan ‘potty train’ (latihan menggunakan bekas najis)
- tidak mahu guna tandas yang tidak biasa.
- takut dengan pengalaman pahit yang pernah dialami ketika menggunakan bilik air.
- saiz mangkuk tandas yang tidak sesuai – kedua-dua belah kaki terjuntai dan berasa seperti akan jatuh ke dalam lubang tandas.
- Diet yang kurang serat atau tidak cukup air (atau kedua-duanya).
- Kurang aktiviti fizikal.
- Kesan sampingan sesetengah ubat (contohnya, suplemen zat besi dalam dos yang tinggi atau ubat tahan sakit berasaskan narkotik).
5 Cara Legakan Anak Sembelit
-
Buah prun dan pir
Jika anak sukakan karbohidrat dan tak suka makan sayur dan buah, mereka berisiko untuk sembelit.
Ini adalah buah yang boleh memberikan kelegaan pantas untuk sembelit anak anda.
- Prun : Cuba rendamkan beberapa buah prun dan hancurkan menjadi jus atau potong kecil-kecil. Jika anak anda tak boleh makan semua, beri mereka beberapa keping.
- Pir : Pir adalah laktatif semulajadi yang boleh menyelesaikan masalah sembelit anak anda.
-
Urut
Anda boleh cuba untuk urut perut anak perlahan-lahan bagi memberikan mereka kelegaan segera. Caranya:
- Beri mereka mandian suam untuk tenangkan mereka dan sediakan diri untuk diurut.
- Baringkan anak atas katil atau permukaan keras. Pastikan bilik tak terlalu sejuk kerana anda perlu buka baju anak.
- Sapu minyak pada tangan dan urut perut anak perlahan-lahan ikut arah jam.
- Gabungkan urutan dengan gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal.

Harga pun RM19 je. Sesuai guna dari newborn hingga dewasa. Ibu ayah pening-pening kepala tu memang calit aje minyak ni. Boleh dapatkan Minyak Telon Stommy tu di sini.

-
Posisi di tandas
Cuba posisi yang paling baik untuk badan manusia buang air besar atau kecil.
Ini adalah dengan mencangkung.

-
Serat larut
Untuk kanak-kanak 2 tahun dan keatas yang mengalami sembelit boleh cuba serat laut ni.
Anda boleh beli serat larut di farmasi.
Ia mudah larut dalam air atau jus segar dan efektif untuk berikan kelegaan pada anak anda.
Serat atau fiber adalah sejenis bahan yang tidak dapat dicerna oleh usus.
- Timun
- Lobak merah
- Saderi
- Parsley
- Green Pepper
- Bayam
- Salad
- Kobis merah
- Jagung
- Brokoli
- Kobis bunga
- Basil
Serat terbahagi kepada 2 iaitu :
- Larut air (soluble fibre)
- Tidak larut air (insoluble fibre)
1. Serat Larut Air (Soluble Fibre)
Mengikat air dan membentuk jeli (gel) di dalam usus.
Fungsi :
-Melambatkan proses penghadaman, seterusnya memberi rasa kenyang lebih lama.
-Mengawal aras tekanan darah, gula dan kolesterol dalam darah.
Sumber (oligosakarida, pektin, beta-glukan, gum galaktomanan) :
- Oat
- Kekacang
- Buah-buahan seperti epal dan strawberi
2. Serat Tidak Larut (Insoluble Fibre)
Serat tidak larut air dan mempercepat pergerakan makanan di dalam usus.
Fungsi :
Membantu mencegah sembelit.
Sumber (selulosa, hemiselulosa, lignin) :
- Beras perang
- roti gandum dan bijirin gandum
- Sayur-sayuran seperti kentang, kacang hijau dan kobis bunga
Antara produk yang tinggi kandungan serat
Ibu ayah boleh dapatkan di pasaran.
- Chobe Original Brown Rice
- Chobe Cereal with
- Brown Rice
- Chobe Oats with brown rice
- Organic Rolled Oats
- Organic Baby Oats
- Biogrow OatBG22
- Biogrow Progut and probiotik
Anak buang air besar kurang dari 3 kali seminggu
Lazimnya, seorang kanak-kanak dikatakan mengalami sembelit sekiranya kekerapan membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu (atau kurang daripada biasa).
Selain itu, mereka mungkin menunjukkan kombinasi simptom-simptom lain seperti:
- Najis keras, kering dan kecil
- Sakit perut dan kembung
- Berdarah semasa membuang air besar
- Kesakitan dan kesukaran semasa meneran
- Tercirit
Peringatan : Sekiranya agak teruk dan semakin berlarutan, eloklah bawa anak ke klinik dengan segera.