5 Tanda Susu Formula Tidak Sesuai Dengan Bayi

0 8,965

Artikel ini ialah mengenai 5 Tanda Susu Formula Tidak Sesuai Dengan Bayi. No 3 Tu Ramai Tak Tahu.

Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak. Namun, ada beberapa situasi yang menyebabkan ibu memilih susu formula untuk diberikan kepada anak setiap hari.

Tanda-tanda ini tidak terjadi kepada semua, tetapi ada sesetengah bayi boleh alah kepada susu lembu.

Gejala alahan susu yang serius termasuk ruam, batuk atau masalah bernafas, atau bengkak pada bibir atau lidah.

 

5 TANDA TINDAK BALAS ALAHAN PADA BAYI

Jika bayi mempunyai mana-mana gejala ini, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

  1. Cirit-birit

Bayi boleh mengalami cirit-birit atas pelbagai sebab, dan tidak semuanya berkaitan dengan susu formula. Untuk menjadikan perkara lebih mengelirukan, terdapat pelbagai jenis  najis bayi biasa yang mengalami cirit-birit.

Contohnya,

  • Berair
  • Berubah warna
  • Bercampur darah

Boleh jadi tanda intoleransi protein susu. Tanda-tanda lain intoleransi protein susu termasuk muntah atau meludah semula susu.

  1. Kembung perut

Bayi baru lahir biasanya akan selalu kembung perut. Samada dari ibu tidak sendawakan bayi, atau ibu menyusu ada tersilap makan, dan sebagainya.

Untuk legakan kembung perut, boleh gunakan T-Rub balm dari Tasneem Naturel. Dalam ni mengandungi minyak pati semulajadi.

 

Sapu nipis dan urut di bahagian perut untuk hilangkan ketidakselesaan kembung perut anak.

  1. Anak meragam dan ruam

Apabila kembung perut, anak meragam adalah perkara biasa pada bayi.

Sesetengah bayi sangat cerewet sehingga dianggap mengalami kolik, iaitu tangisan yang berlebihan.

Badan bayi juga akan mula naik ruam dan bitnik-bintik merah.

Bintik-bintik ini boleh naik di mana-mana bahagian, tak kira

  • muka
  • badan
  • kaki dan tangan
  • bahagian kemaluan

Bintik merah tadi akan semakin serius dan makin kemerahan sekiranya  ibu terus memberikan susu formula yang sama kepada bayi.

  1. Masalah pernafasan

Jangan ambil mudah bila anak mengalami masalah sukar bernafas. Disebabkan alami gangguan sistem pernafasan, maka tehasil lendir berlebihan hingga membuatkan nafas bayi berbunyi.

Ia diiringi dengan symptom bersin, gatal hidung dan mata berubah menjadi merah.

  1. Muntah

Muntah sering dikaitkan dengan baby terlebih minum susu. Sebenarnya, bayi muntah disebabkan tidak biasa dengan susu formula atau kurang suka dengan rasanya.

Boleh jadi juga anak anda tidak selesa atau rasa sesak di bahagian kerongkong.

 

Menyokong jenama yang anda percayai dan bahan-bahan yang anda selesa adalah bahagian besar untuk dipertimbangkan apabila anda membandingkan formula yang berbeza di luar sana.

 

Jenis pilihan susu formula

  • Susu lembu: Jenis yang paling biasa dan biasanya diperkaya dengan zat besi. Walau bagaimanapun, pilihan ini tidak sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan protein susu atau intoleransi laktosa.
  • Soya: Pilihan baik untuk berasaskan tumbuhan atau untuk bayi yang mempunyai alahan atau intoleransi susu lembu.
  • Hidrolisat protein: Dibuat dengan protein yang telah lebih terurai daripada biasa, untuk menjadikannya lebih mudah dihadam untuk bayi.
  • Formula sensitif: Biasa disyorkan untuk bayi yang meludah, kerap kembung perut. Mudah dihadam dan mungkin mempunyai bahan lain, seperti omega-3, yang direka untuk membantu menyokong perut sensitif.

 

Tips Menukar Susu Formula Si Kecil

  • Beli susu formula dalam paket kecil.

Cari sampel percuma atau dengan sedikit bayaran di website pengeluar susu formula yang ingin dicuba. Jangan beli pek besar terus kerana kita hanya ingin si manja mencuba dahulu sesuai atau tidak.

  • Mulakan pemberian susu formula dengan sukatan yang paling sedikit.

Jika tidak nanti membazir kalau bayi tak suka. Mulakan dengan bancuhan sekurang-kurangnya 2oz.

  • Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau sebarang perubahan yang berlaku.

Pantau bayi sepanjang tempoh percubaan susu formula. Semak semula jika bayi mempunyai simptom-simpton yang telah diberikan di atas.

  • Jika bayi tidak memberikan apa-apa tindak balas dalam masa terdekat, itu tidak bermakna susu tersebut 100% sesuai dengan si manja.

Ini kerana ada alahan yang akan muncul dengan cepat dan ada alahan yang akan muncul dengan lambat. Semuanya bergantung pada tubuh bayi sendiri dalam memberikan tindak balas.

  • Sekiranya berlaku sebarang tindak balas negatif, segera hentikan penggunaan susu formula tersebut.

Jangan disebabkan kita hendak habiskan susu formula yang sudah dibeli, kita sanggup biarkan anak kita menderita.

 

Ibu bapa juga disarankan untuk segera membawa bayi anda berjumpa doktor untuk mendapat pengesahan mengenai simptom yang dialami dan memberikan panduan dalam memilih susu formula yang sesuai berdasarkan keadaan bayi.

Susu formula sesuai mengikut umur

Untuk para ibu bapa yang kali pertama membeli susu bayi, anda juga mungkin keliru dengan perkataan seperti ‘Step 1’ dan ‘Step 2’:

  • (Step 1): untuk bayi yang berusia sejak lahir hingga umur 12 bulan.
  • (Step 2): 6 bulan hingga 18 bulan.
  • (Step 3): 1 tahun ke atas.

 

Susu Jenama Enfalac di Malaysia

Enfalac merupakan satu daripada jenama susu bayi yang paling popular di Malaysia.

Jika anda membuat carian “Google’, anda mungkin terserempak dengan jenama ‘Mead Johnson’s Enfamil’ di negara-negara lain.

Enfamil adalah nama baru untuk Enfalac tetapi di Malaysia, mereka masih mengekal nama jenama Enfalac untuk mengurangkan kekeliruan.

 

Enfalac, Enfagrow, Enfamil dan Sustagen adalah jenama-jenama susu yang dimiliki syarikat Mead Johnson. Jenama susu Enfalac ini diedar oleh Enfagrow di Malaysia.

  1. Kelebihan Susu Enfalac

  • Enfalac A+ Step 1 kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk kegunaan bayi sejak lahir hingga usia anak tersebut mencecah 12 bulan.
  • Susu formula bayi yang bagus untuk perkembangan otak, rumusan DHA & ARA yang terkandung di dalam susu ini memang diperlukan oleh si manja kita.
  • Mengandungi kanji beras bagi membantu anak yang sering memuntahkan kembali apa yang diminumnya.
  • Kandungan kanji beras dalam susu ini menjadikannya lebih pekat supaya mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap.

 

  1. Enfalac A+ Gentlease 0-12 bulan (1.7 kg) | Susu Formula untuk Bayi Sembelit 0-12 Bulan

Enfalac jenis Gentlease sesuai untuk bayi yang mempunyai perut yang sensitif. Ia juga mempunyai protein yang senang dihadam. Oleh itu, susu Enfalac adalah susu yang sesuai untuk masalah bayi sembelit dan cirit-birit.

Beza Enfalac dan Enfalac A – Soalan Lazim Enfalac

Kelebihan Enfalac A+ ialah ia mempunyai DHA, kanji beras dan rumusan prebiotik (GOS dan polydextrose).

biasa (tanpa A+) tidak mempunyai DHA, GOS and polydextrose.

 

3. Dumex Mamex Rumusan Bayi 0-12 Bulan (Langkah 1)


Susu formula Mamex dari Dumex dirumus khas untuk bayi baru lahir, atau bayi 0-12 bulan.

Kebaikan Susu Dumex Mamex

  • Formula Oligosaccharide dengan 90%, GOS (0.72g/100ml) dan 10% IcFOS (0.08g/700ml) menolong penghadaman dan immunisasi intestin bayi
  • Mempunyai DHA, AA, Vitamin A,C,D,E, Protein, Calcium, Zinc, Iron, Idine
  • Sesuai untuk bayi yang ada masalah sembelit dan kembung perut

4. S26 SMA 0-12 Bulan (Langkah 1)

Susu Formula S26 SMA Langkah 1 dari Wyeth adalah susu rumusan khas untuk bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan.

Kebaikan Susu S26

  • Diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida yang menjadikan susu rumusan bayi ini terbaik untuk membantu bayi tambah berat badan.
  • Susu ini juga boleh membantu bayi mengelakkan masalah sembelit.

5. Lactogen 0-6 Bulan (Langkah 1) | Susu Formula untuk Bayi Jaundice

Kelebihan susu Lactogen 1 dari Nestle ialah pada harganya. Lactogen mempunyai harga yang sangat berpatutan jikalau di bandingkan dengan susu langkah 1 untuk bayi dari jenama yang lain.

  • Mudah untuk dihadam sekiranya di bandingkan daripada jenama lain.
  • Diperkaya dengan khasiat seperti Omega 3 and 6, DHA, probiotic Lactobacillus Reuteri, Taurine dan L-Carnitine.
  • Selain itu, ada segelintir ibubapa yang mengakui susu formula ini telah membantu mengurangkan masalah jaundice (kekuningan) dalam bayi yang baru dilahirkan.

Tugas mencari susu formula bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap remeh. Bukan mahal atau murah yang menjadi ukuran, tetapi keadaan bayi kita sendiri.

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan mendapatkan nasihat pakar, dan WAJIB mengambil tahu mengenai bahan-bahan yang terkandung di dalam susu tersebut.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00