7 Perkara Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Pengasuh Baru

0 256

Artikel ini ialah mengenai 7 Perkara Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Pengasuh Baru.

Risau Tinggal Anak Semasa Kerja? Jom baca langkah-langkah di bawah. Khas untuk ibu bapa yang hantar anak ke pengasuh.

7 Perkara Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Pengasuh Baru.

1- Kelulusan penjagaan kanak-kanak

Ini amat penting sekali ya. Kena pastikan kemahiran dan kelulusan sesebuah tempat penjagaan tu lulus dan sesuai atau tidak untuk anak-anak.

Jika tempat tu adalah pusat penjagaan kanak-kanak, maka penting bahawa semua pekerjanya yang menjaga kanak-kanak mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak yang diiktiraf.

Tolong jangan tinggalkan anak kecil anda dengan sesaorang dan tempat jagaan kanak-kanak yang ikut tangkap muat sahaja. Keselamatan anak anda adalah tanggung-jawab anda. Tiada kompromi!

2- Selidik sebelum memilih pengasuh

Buat siasatan dan kajian sebelum sah mengambil seorang atau pusat asuhan itu sebagai pengasuh anak-anak anda.

Lihat track recordnya. Jangan hanya dengar apa yang dia atau mereka katakan.

Ingat ya, mereka di dalam bisnes. Mereka boleh kata apa sahaja agar dapat sales.

Tanya lebih lanjut kepada ibu bapa yang juga menghantar anak mereka di situ.

3- Tanya juga kepada anak yang diasuh

Tanya anak kecil yang diasuh tu, jika ada yang sudah pandai bercakap. (Tapi tanyalah bila pengasuh tiada di situ) dan perhatikan gerak badan anak itu.

Selalunya anak-anak kecil bercakap benar. Kalau nampak mata anak itu seperti takut-takut, tandakan ia sebagai satu petanda yang anda perlu kaji lagi.

Kemungkinan tempat itu kurang selamat adalah tinggi.

4- Dengar dan lihat bahasa dan lihat akhlak pengasuh

Tengok cara layanan pengasuh kepada anak-anak yang diasuh.

Jika bahasa dan akhlak mereka kasar, anda mungkin mahu cancel sahaja niat anda untuk menghantar anak anda di situ.

JANGAN ambil mudah perkara seperti ini jika mahu anak anda berakhlak mulia.

5- Pantau Berkali kali

Sekiranya anda sudah yakin itulah tempat atau orang yang anda hendak tinggalkan anak anda, maka lakukan pantauan dari semasa ke semasa.

Jika pengasuh atau tempat asuhan itu bagus, mereka tidak akan kisah dan marah anda datang memeriksa kerana mereka tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

Jika mereka mengatakan jangan datang kerana tidak mahu anak anda terus menangis tidak mahu berpisah, maka anda boleh pantau dari luar.

Oleh itu pantau selalu dari semasa ke semasa. Terutama jika ada perubahan pekerja dan sepertinya.

 

Ini point tambahan yang sangat penting untuk anda lakukan. Bila ambil anak balik,

6- Buka mata dan lihat keadaan tempat asuhan.

Dengarkan ‘bahasa’ yang digunakan. Adakah pengasuh masih boleh berbahasa berlembut dengan anak-anak asuhannya dan anaknya sendiri? Atau sebaliknya ?

7- Balik rumah, terus check seluruh badan anak anda.

Peka terhadap mood anak anda. Jika ada nampak kesan lebam atau yang sepertinya, maka selidik bagaimana ianya berlaku, jika anak itu sudah boleh bercakap.

Jika tidak, esoknya tanyalah kepada pengasuh itu.

Tak mengapa jika anda nampak cerewet. Jika pengasuh itu baik, mereka sendiri akan sangat prihatin dan ingin tahu apa sebenarnya dan mereka akan berhati-hati. Jika sebaliknya, maka anda perlu terus pantau.

 

Tips Pengasuh Datang Mengasuh Di Rumah

Ada yang merasakan kalau sudah pilih pengasuh maka tawakal sahaja lah.

Tawakal bukan bermaksud kita serahkan 100% kepada pengasuh dan kurang ambil tahu mengenai anak. Kita tetap perlu terus berusaha memastikan keselamatan anak-anak kita.

Membuat ‘checking mechanism’ itu bukan bermaksud kita tidak percaya. Itu bermaksud kita prihatin.

Bila kita buat keputusan untuk mengambil pengasuh datang ke rumah, pastikan

  • Jangan terlalu baik dan cerita kan semua perkara
  • Terangkan skop tugasan kerja dengan jelas
  • Larang masuk ke bilik utama dan ruang peribadi
  • Pasang CCTV di rumah (jika ada bajet lebih)

 

Amalkan Doa Dan Selawat Ringkas

Boleh amalkan selawat ni sebelum hantar anak ke pengasuh. Boleh juga baca doa-doa ringkas yang ibu ayah tahu.

 

Kesimpulan

Jangan lah kita beri stigma negatif kepada ibu bapa yang menghantar anak ke pengasuh, atau yang perlukan bantuan tambahan.

Kita semua ialah manusia biasa dan lain keluarga lain isu masalah yang dihadapi.

Ada yang selesa menjaga anak dan nak lihat anak membesar di depan mata. Ada juga yang terpaksa melepaskan anak untuk ke pengasuh kerana tuntutan kerja.

Boleh juga lihat senarai taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00