7 Petua Lebatkan Rambut Bayi Secara Traditional

0 44

Ini ialah 7 Petua Lebatkan Rambut Bayi Secara Traditional.

“Alahai, kasihan Mama tengok rambut Naurah, lambat betul tumbuh. Dahlah kulitnya sensitif, takut pula Mama nak cuba minyak rambut di pasaran. Mama dah tak sabar nak ikatkan tocang, mesti comel!”

Apabila bayi baru lahir, ada yang rambutnya dah semulajadi panjang dan lebat.

Tapi, ada juga yang ‘botak’ dan hanya mempunyai sedikit rambut-rambut halus.

Punca rambut bayi gugur dan tumbuh tak sekata

Menurut kajian, ia adalah normal seawal 6 bulan pertama kelahiran.

Namun, rambut bayi akan digantikan dengan rambut baru, selari dengan perkembangan bayi.

Adat Melayu cukur jambul

Kebanyakan kes dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia, bayi akan dicukur rambutnya semasa majlis cukur jambul.

Masalahnya, pertumbuhan rambut terasa sangat lambat selepas itu.

Malah, ada yang tumbuh bertompok-tompok dan ada bahagian yang tidak berambut.

7 petua lebatkan rambut dengan cepat

Berikut adalah cara melebatkan rambut bayi dengan cepat dan berkesan, terutamanya bagi bayi yang lepas dicukur.

  1. GALAKKAN BAYI MENIARAP

Bayi yang selalu berbaring cenderung untuk mempunyai rambut yang tidak sekata atau digelar kesan ‘cukur bantal’.

  • Galakkan bayi anda untuk meniarap seawal 2 minggu.
  • Mulakan hanya dengan 15 saat setiap sesi.
  • Hasilnya juga baik untuk menguatkan otot bayi.
  1. SYAMPU RAMBUT

Pilih syampu rambut yang sesuai untuk bayi dan gunakan dalam kuantiti kecil sahaja.

Selain membersihkan kulit kepala daripada kelemumur atau kotoran.

Urutan lembut semasa bersyampu dapat merangsang folikel untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.

  1. ‘HOMEMADE CONDITIONER’

Jika rambut bayi yang tumbuh menjadi sangat kasar dan kerinting, mungkin anda boleh cuba membuat ‘conditioner’ sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan organik yang selamat.

Selain syampu, ‘conditioner’ membantu memperkayakan penyerapan nutrisi dan vitamin untuk memacu kadar pertumbuhan rambut bayi.

 

Cara 1:

Ambil 1/2 cawan madu asli dan 1/2 cawan minyak zaitun ‘extra virgin’.

Campurkan hingga sebati dan lumurkan pada kepala anak.

Biarkan selama 15 minit dan bilas semula hingga bersih.

 

Cara 2: Gunakan 1 biji isi avokado, campurkan dengan sedikit santan segar bersama 1 sudu madu asli.

Lumurkan pada kulit kepala bayi.

Biar 15 minit sebelum membilasnya.

  1. ALOE VERA

Selain cara di atas, anda juga boleh menggunakan ekstrak aloe vera organik untuk disapukan pada kepala bayi.

Aloe vera memiliki banyak khasiat semulajadi dan bersifat antioksidan untuk melembapkan dan menguatkan rambut bayi.

Setelah beberapa kali penggunaan, ramai yang akan mula melihat kesannya.

  1. MINYAK RAMBUT TERBAIK

Jika anda perasan ada kesan kelemumur pada rambut bayi, pastikan anda mencuci rambutnya dengan lebih kerap.

  • Elakkan penggunaan bahan kimia yang mungkin menyebabkan bayi anda sensitif hingga menyebabkan kerengsaan dan kegatalan.
  • Kerap menggaru juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Gunakan minyak rambut yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering dan gatal pada kepala bayi.
  • Seelok-eloknya, gunakan minyak zaitun, minyak kelapa dara, atau minyak ‘almond’.
  • Guna dalam kuantiti sedikit dahulu untuk memastikan bayi tidak mengalami alahan.
  1. SIKAT RAMBUT BAYI

Sikat rambut bayi apabila ia telah kering.

  • Gunakan tuala lembut
  • Keringkan rambut dengan menekap kepala perlahan-lahan
  • Jangan menggosok dengan kuat – boleh menjejaskan tekstur rambut bayi.
  • Gunakan berus lembut yang tidak menyakitkan kulit kepala bayi.

Proses menyikat rambut akan membantu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan kulit kepala – sekaligus melebatkan pertumbuhan rambut bayi.

  1. JANGAN IKAT RAMBUT DENGAN KETAT

Apabila anak sudah ada sedikit rambut, ramai yang akan teruja untuk membuat macam-macam stail dandanan.

Tentulah nampak comel, tapi jangan guna aksesori rambut atau kepala yang terlalu ketat ya.

Ini kerana, ia boleh mengganggu peredaran darah dan merencatkan pertumbuhan rambut si kecil.

Amalkan dan anda tentu akan dapat lihat kesannya

Jom praktikkan cara melebatkan rambut bayi seperti di atas.

Ianya mudah, cepat, dan selamat untuk bayi.

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa setiap bayi mempunyai kadar perkembangan yang berbeza.

Cepat atau lambat, itu adalah normal dan ia turut bergantung kepada genetik yang diwariskan oleh ibu bapa.

Resty Oil Tasneem bantu lebatkan rambut

Resty Oil menggunakan bahan semulajadi. Selamat untuk bayi dan juga dewasa.

Bahan yang ada dalam Resty Oil ni pun bagus dalam membantu rambut tumbuh lebat, sihat dan kuat.

Dewasa pun boleh guna Resty Oil ni. Juga berfungsi sebagai minyak urut bayi dan dewasa.

Fungsi Resty Oil

Testimoni Resty Oil

Ini adalah antara testimoni Resty Oil dalam bantu lebatkan rambut anak. Mari kita tengok di bawah,

Klik sini untuk dapatkan Resty Oil sekarang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00