7 Petua Untuk Turunkan Kuning Anak Dalam Pantang

Ini 7 petua saya gunakan untuk turunkan kuning anak dalam pantang.

Jaundis atau lebih dikenali demam kuning pada anak baru lahir adalah perkara paling merisaukan dalam pantang.

Tak sanggup ummi nak tengok anak menangis setiap hari kena cucuk ambil darah. Tapi itulah rutin andai bacaan bilirubin anak masih tinggi.

Paling menakutkan ummi bila anak nak kena admitted ward.

Berulang alik tengok anak kuning

Dengan diri pon tak terurus lagi dalam pantang. Sakit tempat bersalin lagi, nak duduk lama pon tak boleh.

Dulu masa ummi bersalinkan si bongsu ni, hospital dah tak sediakan katil bersebelahan anak.

Katil mak bilik lain, katil anak bilik lain. Jadi kenalah berulang alik ke bilik anak nk menyusu dia.

Dengan sakit breast bengkak susu lagi. Nak kena kerap mengepam susu juga sementara sampai waktu nak pergi menyusu anak pula.

Memang badan letih berganda dari berpantang dirumah anak kat sebelah je. Cukup time nak menyusu just pusing hala je kat anak.

Kuat demi anak

Tenaga pun kurang guna. Bila dah masuk wad memang ummi pon bertambah penat,sakit badan, stress memikirkan anak.

Ummi bawa bekal masa tu susu kambing ja sebab senang nk minum bancuh cicah roti kering pon boleh dah.

Maklumlah dalam pantang memang tak boleh tak makan. Lapar je memanjang.

Tapi sebab lagi risaukan anak, kita dah tak ingat kita pon tengah dalam pantang tu. Memang automatik jadi kuat.

Petua turunkan kuning dalam pantang

Jom ummi nak kongsikan beberapa petua yang ummi amalkan untuk membantu menurunkan kuning anak.

1. SUSUKAN ANAK DENGAN KERAP

Susukan anak sekerap yang boleh sebab lagi kerap kita susukan dia, lebih kerap dia akan membuang.

Lagi kerap dia membuang, lagi cepatlah kuning turun.

Anak yang kena demam kuning ni dia akan mengantuk & nak tidur je sepanjang hari.

Ummi kerap kejutkan anak bangun pada waktu siang untuk menyusukan dia.

Waktu malam ummi jarakkan masa lebih sikit dalam 2jam ke 3 jam untuk bagunkan dia menyusu. Sebab waktu malam biar dia dapat biasakan diri untuk rehat juga.

Susu ibu ni adalah yang paling terbaik untuk anak. Selagi ummi boleh menyusu, memang ummi akan teruskan. Sebab tulah ummi kena banyak makan walau dalam wad sorang-sorang.

2. SUSU KAMBING

Petua paling senang yang ummi amalkan untuk membantu menurunkan kuning anak.

Sebabnya susu kambing ni adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Malah, Rasullullah juga minum susu kambing semasa bayi.

Kita teruskanlah amalan-amalan sunnah ni.

Nak yang lagi sedap ummi minum Susu Kambing Lazz Kurma masa tu. Tapi kalau ada susu kambing yang baru & ibu boleh minum, lagi bagus sebab lagi banyak khasiatnya.

Tapi, nasihat ummi janganlah terus bagi pada anak pula minum. Anak menyusu dengan ummi pon dia akan dapat khasiat juga dari sumber susu kambing tu.

Ingat tau sistem penghadaman anak masih dalam proses untuk matang. Jangan bebankan sistem badan anak yang masih muda tu.

3. KURMA

Antara buah yang dapat memperbanyakkan kuantiti penghasilan susu ibu. Selain itu dapat menguatkan imunisasi badan.

Dalam buah kurma juga ada khasiat yang dapat membantu untuk menurunkan kuning anak.

Jadi, ibu makanlah buah kurma atau minum pati kurma setiap hari.  Kurma Ajwa paling best ummi amik dalam pantang. Badan letih dapat booster balik dari makan kurma.

Bukanlah ummi kata kurma lain tidak berkhasiat, tapi kurma Ajwa kan kurma nabi. Makanlah dalam jumlah yang ganjil.

Boleh juga buat air nabeez. Malam rendam 3 ke 7 biji kurma. Esok bangun pagi minum air nabeez dulu baru makan breakfast.

4. ELAKKAN MAKAN JAMU ATAU HERBA

Jamu atau herba memang kena tolak jauh-jauh dulu.

Sampai anak dah betul sihat baru lah ibu boleh cuba ambil sikit-sikit dulu.

Kena ingat selagi anak menyusu ni, ibu kena hati-hati memilih jamu atau herba. Sebab setiap khasiat jamu herba tu akan sampai juga pada anak dalam susu ibu tu.

Ada juga anak yang tak boleh terima herba biasa seperti lada hitam,kunyit dan halia.

Andai ibu ada ambil herba-herba tu, ibu kena pantau selalu keadaan anak.

Kalau result darah anak tak menunjukkan penurunan, ibu kena stop makan herba tu.

5. AGAR-AGAR

Petua ini antara yang ummi dapat daripada seorang ustaz yang kebetulan berjumpa semasa anak kami sama-sama warded hospital.

    • Ambil beberapa tali agar-agar (jenis bertali) rendamkan semalaman
    • Keesokkannya guna air rendaman agar-agar tadi untuk mandikan anak
    • Sebaiknya tenggelamkan badan anak dalam bath tub 10-15min
    • jangan dibilas airnya,biarkan kering pada badan anak

Jangan lupa semasa siapkan air mandian anak, bacalah Al-Fatihah dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW.

Memohon supaya memberikan kesembuhan untuk anak ats ikhtir yang kita lakukan.

6. RAWATAN FOTOTERAPI

Biasanya dimulakan apabila bacaan paras bilirubin mencecah paras tinggi.

Tetapi bergantung juga pada umur anak dan sama ada anak dilahirkan cukup bulan atau pramatang.

Rawatan ini kebiasaannya akan dilakukan dihospital. Tapi ada juga sekarang yang menawarkan untuk melakukan rawatan dirumah dengan pemantauan pihak berkenaan.

Sebaiknya dengarlah kata doktor anda. Rawatan fototerapi ni bahaya juga kalau kita tersilap setting tahap kepanasan dia. Boleh sebabkan burn skin pada anak nanti.

Bila rawatan ini dilakukan anak tidak boleh memakai pakaian. Mata pun kena tutup untuk elak kesan radiasi lampu ultraunggu tu.

7. BALM TRUB BANTU TURUNKAN KUNING ANAK

Selain dari petua dan rawatan di atas tu ummi juga menggunakan balm T-Rub dari Tasneem Naturel.

Balm trub tu dapat membantu untuk melawaskan anak lebih kerap ‘membuang’.

Dalam balm T-Rub ini ada pati tumbuhan fennel, serai dan anise. Bahan-bahan ni berfungsi membantu masalah ketidakhadaman seperti kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan.

Sambil itu ibu buatlah urutan ‘I LOVE U’ pada perut anak setiap kali sapu balm T-Rub. Untuk dapatkan balm Trub ni boleh terus klik sini.

Jangan lupa senaman kayuhan basikal untuk melancarkan lagi system penghadaman anak.

Anak kuning tak lama

Inilah antara petua dan rawatan yang ummi gunakan sepanjang tempoh berpantang dengan anak yang mengalami demam kuning. Masuk wad pun 2hri 1 malam ja.

Sepanjang dalam wad memang ummi tak dapat nak lakukan petua-petua lain melainkan ummi kerap menyusukan anak setiap sejam, makan kurma untuk tambah tenaga.

Sepanjang menguruskan diri dan anak di dalam wad, minum susu kambing. Dan pastinya ummi mengikut nasihat doktor untuk memaksimumkan anak berada dibawah lampu fototerapi.

Sepanjang anak bawah lampu tu juga kena selalu tukar posisi anak sebab nak make sure 1 badan dia kena terapi lampu tu.

Petua lain untuk turunkan kuning

Bila dah balik rumah, ummi terus buat petua-petua lain.

ALHAMDULILLAH kuning anak semakin turun dan boleh discaj dari check up. Ada juga petua-petua lain yang ummi buat, antaranya

  1. Letak daun pisang buat lapik tempat tidur anak
  2. Letak aloevera
  3. Jangan pakaikan pakaian atau kain yang ada warna kuning
  4. Mandi air  daun kucai

Tapi petua tu mungkin tak serasi dengan anak ummi. Jadi, ibu-ibu boleh juga cuba mungkin serasi untuk anak ibu.

Semoga perkongsian ini dapatlah membantu ibu-ibu untuk mencuba dan berikhtiar untuk menurunkan jaundis anak.

Selamat berpantang bersama Tasneem Naturel. Sehangat usapan ibu, belaian cinta abadi.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top