8 Teknik Cepatkan Proses Bersalin

0 756

Artikel ini ialah mengenai 8 teknik cepatkan proses bersalin. No 2 tu ramai yang tak tahu.

Proses kelahiran anak setiap ibu adalah berbeza-beza tempohnya.

Jangan streskan diri atau terlalu takut memikirkan bagaimana nak lalui proses bersalin.

Sebaliknya anda perlu banyakkan membaca pelbagai tips untuk mempercepatkan bukaan rahim bila kontraksi sudah bermula.

Kebiasaannya, kehamilan berlaku selama 280 hari atau 40 minggu. Terdapat beberapa klasifikasi tempoh kelahiran yang boleh berlaku.

Tanda-tanda nak bersalin

Jika anda memiliki tanda-tanda berikut, anda mungkin bakal melahirkan anak dalam masa yang terdekat.

Rileks, dan sedia untuk jumpa dengan buah hati anda.

  1. Kepala bayi telah turun ke dalam pelvik
  2. Penghasilan bendalir (Mucus plug)
  3. Sakit belakang
  4. Letih dan lesu
  5. Kerap ke tandas untuk membuang air kecil
  6. Pecah air ketuban
  7. Kontraksi
  8. Pendarahan

 

Apa itu bukaan rahim?

Ia adalah terma digunakan merujuk kepada bukaan pintu rahim atau serviks.

Proses bukaan ini melibatkan penipisan dinding serviks yang bertujuan memberikan laluan kepada bayi yang bakal lahir.

Bagi kelahiran normal iaitu melalui saluran faraj, dinding rahim perlu mengembang sehingga 10 cm.

Bukaan rahim untuk bersalin ialah 10cm

 

Pembukaan dinding rahim ada kalanya tidak membawa maksud bahawa anda akan bersalin.

Ini kerana dalam sesetengah kes, berlaku proses bukaan rahim untuk beberapa cm, walaupun masih tinggal beberapa minggu sebelum EDD.

Ini dikira sebagai permulaan “fasa aktif” dalam proses kelahiran. Dari tempoh ini, anda mungkin sudah mengalami kontraksi yang agak sakit selama beberapa jam.

 

Ibu jangan mudah panik

Haa.. masa ni lah perasaan ibu-ibu akan jadi panik. Semua benda rasa tak kena.

First, sakit kontraksi datang dan pergi sesuka hati. Dari pinggang hinggalah di kawasan serviks semua rasa sakit. Second, nak kena tunggu sambil tahan sakit bila lah baby nak keluar ni.

Jumlah masa purata proses kelahiran bagi bayi pertama ialah 8 jam.

Jika ini  anak pertama, mungkin ianya akan mengambil masa sedikit.  Ada ibu yang cepat dan ada ibu yang lambat sehingga 18 jam proses kelahirannya.

3 Peringkat Bersalin Yang Perlu Ibu Tahu

  1. Peringkat Pertama

    – Peringkat ini ialah peringkat paling lama dan dibahagikan kepada 3 lagi bahagian, iaitu fasa

Awal – bermula dari 1cm hingga 3cm

Aktif – bermula dari 3cm hingga 7cm

Transisi – bermula dari 7cm sehinggalah 100% terbuka iaitu sebesar 10cm.

  1. Peringkat Kedua –  bermula dari terbukanya rahim 100% (10cm) sehinggalah bayi berjaya dilahirkan

  2. Peringkat Ketiga

    – Apabila janin berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari perut ibu.

 

Fasa Aktif Proses Kelahiran

Mempercepatkan proses kelahiran dipanggil augmentasi.

Jika ibu-ibu rahimnya telah membuka jalan dengan lebih cepat, doktor atau bidan akan memeriksa anda setiap 4 jam dan bukan setiap 1 @ 2 jam. Langkah ini diambil bagi mengelakkan pembedahan Czer berlaku.

Tetapi, jika serviks anda tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya setengah sentimeter setiap jam dalam jangka masa empat jam, doktor akan berbincang cara yang terbaik untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Ini dipanggil “poor progress’ .

 

Faktor-Faktor Proses Kelahiran Menjadi Lambat

  • Kedudukan bayi anda
  • Kontraksi tidak berapa kuat
  • pelvis ibu bukan mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai

1/4 wanita dilahirkan dengan bentuk pelvis yang lebih mirip pelvis lelaki (pelvis android).

Ini menyebabkan bayi lebih cenderung mengambil posisi belakang ke belakang.

Kombinasi ini boleh melambatkan dan menyukarkan lagi proses kelahiran.

Ingatlah, serviks mengambil masa lebih lama bagi untuk terbuka bagi lima sentimeter pertama berbanding lima sentimeter kedua.

So, apabila kontraksi menjadi lebih kuat serviks akan terbuka dengan lebih cepat.

 8 Teknik Cepatkan Proses Bersalin

  1. Rajin-rajinlah berjalan walaupun sakit. Berjalan boleh menggalakan bukaan rahim.
  2. Pundi kencing yang penuh juga boleh melambatkan proses kelahiran anda kerana ia menghalang penurunan kepala bayi anda.
  3. Jika anda berbaring di katil dalam bilik bersalin, bangun dan bersujud.
  4. Jika ada suami disebelah, minta dia urutkan belakang badan anda.
  5. Hayunkan punggung dan bongkok ke hadapan semasa kontraksi untuk membantu rahim anda menolak bayi dengan kuat ke atas serviks.
  6. Tukar posisi anda. Apabila kontraksi menjadi semakin kuat, anda mungkin tidak mahu berjalan-jalan tetapi jururawat boleh menolong anda mencari posisi yang lebih selesa.
  7. Makanlah kurma dengan jumlah ganjil.
  8. Banyakkan berdoa, berzikir dan minta kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan bersalin.

 

Doa Untuk Mudah Bersalin. Boleh Amalkan Ketika Mengandung.

  1. Amalkan Bacaan Surah Maryam

Surah ni sesuai diamalkan dengan tujuan supaya mudah bersalin. Setiap kali solat, dalam sujud, berdoa supaya dipermudahkan bersalin.

  1. Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil

Tidak perlu terlalu memilih surah, baca kesemua pun lebih baik lagi, pahala pun lebih, mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya.

  1. Kerap Bersama Suami

Kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran. Ini merupakan selusuh yang paling original.

Air mani merembeskan suatu hormon yang boleh menyebabkan kontraksi.

  1. Amalkan Makanan Sunnah

Amalkan kurma, kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan.

Amalan ini dipercayai dapat mengelakkan bayi jaundice, selain memudahkan proses bersalin.

  1. Elakkan Terlalu Berehat

Buat kerja rumah macam biasa tapi tidak terlalu lasak. Buat senaman kegel dan yoga.

Anda digalakkan untuk banyakkan berjalan semasa minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

  1. Jangan Minum Air Selusuh Terlalu Awal

Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil.

Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.

  1. Doa Nabi Yunus Jangan Lupa Amalkan

Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah untuk permudahkan urusan kita bersalin.

Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya AllahAllah maha mendengar.

Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.

  1. Minta Maaf Dengan Semua Orang

Yang ni part paling syahdu.

Dekat­-dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, especially suami. Then, minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin.

Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang.

Manalah tahu ketika bersalin kita ditakdirkan syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf kan?

 

Doa dan fikir yang baik-baik

Saya mendoakan semua ibu yang bakal melahirkan anak, melalui proses kelahiran yang mudah dan dilancarkan segala urusan insyaAllah..

Apa yang penting jangan stres, jangan cemas dan jangan takut. Fikir yang baik-baik sahaja ok.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00