9 Langkah mudah untuk elak digunting semasa bersalin.

9 Langkah mudah untuk elak digunting semasa bersalin.

Assalammualaikum WBT buat ibu- ibu yang sedang hamil semua. Mesti ramai ibu- ibu hamil yang buka artikel ini untuk tahu cara yang bagaimana dapat bantu memudahkan proses bersalin. Sebenarnya ini ilmu baru juga bagi Ibu, sepanjang 2 kehamilan sebelum ini Ibu tidak pernah tahu tentang kewujudan urutan ini. InshaAllah akan dipraktikkan untuk anak- anak yang seterusnya.

tips-mudah-bersalin

Pernah tak ibu- ibu dengar mengenai urutan perineum? Haa, inilah urutan yang dimaksudkan Ibu semenjak awal tadi. Jika ada yang belum tahu, meh Ibu cerita. Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakkan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.

Kebanyakkan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal.

Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.

Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu. 

minyak-kelapa-dara-vco

Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.

9 langkah mudah urutan perineum

1. Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.

2. Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung.  Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.

3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda

4. Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.

urutan-perineum

5. Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung

6. Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.

7. Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.

8. Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.

9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak- anak hebat, semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.

Jangan pula lupa dapatkan set bersalin yang dapat banyakkan susu badan dan berpantang dengan penuh tenaga. 

Add Your Comment

CommentLuv badge