Assalamualaikum, saya Siti Rosni Benjamin merupakan pengedar dan agen Tasneem Naturel di Rawang dan Bukit Beruntung.
Juga seorang isteri dan ibu yang bekerja di luar rumah. Berumur 30 tahun dan dikurniakan 3 orang anak yang masih kecil. Alhamdulillah.

Pengalaman anak sulung 4 bulan kena batuk berkahak
Pengalaman membesarkan anak sulung agak mencabar apabila anak saya diserang batuk berkahak seawal usianya 4 bulan. Doktor pula hanya menyarankan untuk teruskan menyusu badan kerana anak masih kecil untuk diberikan ubat.
Cuba ikhtiar guna petua dan bahan alami
Saya gigih mengamalkan petua seperti minyak zaitun dan bawang putih, wap air, mandi lemon dan sebagainya. Tapi ia mengambil masa untuk sembuh.
Hinggalah pada tahun 2018, saya dapati ramai kenalan Facebook saya menceritakan tentang Balm Tasneem Naturel. Namun, saya tidak ambil cakna tentang produk Tasneem kerana saya sangka produk ini sama sahaja dengan produk yang sedia ada di pasaran.
Disebabkan ramai yang sudah cuba memakai Balm Tasneem, sehingga balm ni terkenal sebagai balm viral, saya pon cuba beli satu balm iaitu Balm Cf-Rub untuk lihat apa yang ‘istemewanya’ balm ini sehingga menjadi bualan ramai.
Anggapan pertama terhadap Tasneem Naturel
Nak tahu hasilnya? Masyaallah… inilah saat pertama kali saya mula jatuh cinta dengan Balm Tasneem sebelum saya jatuh cinta berkali-kali!
Bila anak-anak saya selesema, hingusnya cepat kering. Alhamdulillah
Saya boleh sapu balm pada bayi saya yang baru berusia 3 bulan, kerana batuk. Tiada lagi perasaan susah hati kerana tiada ‘ubat’ untuk diberikan pada bayi☑
Anak-anak saya cepat turun suhu badan kalau demam bila saya sapu balm lepas mandi
Bila balm ini memberikan impak yang positif kepada anak-anak saya, pastinya saya gembira dan saya sudah tidak risau untuk tinggalkan anak-anak saya pada pengasuh. Kecintaan saya pada produk ini semakin mekar apabila anak-anak saya serasi bila guna Balm Sleep untuk masalah tidur dan Balm Calm untuk tempoh Wean Off (putus susu)
Balm Tasneem istimewa
Keistimewaan balm ini menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadi agen Tasneem Naturel yang sah. Saya juga mahu ibu-ibu di luar sana merasa manfaat balm ini. Kerana saya faham perasaan ibu bila anak sakit, anak meragam, anak sukar tidur, anak ada masalah kulit dan sebagainya, pasti emosi ibu-ibu juga terganggu.
Percayalah, ibu-ibu akan dapat manfaat balm ni secara maksimum. Selain dapat manfaat, ibu-ibu juga boleh jadikan Tasneem Naturel tempat menjana pendapatan. Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang, tapi setiap usaha yang konsisten, insyaallah ada hasilnya.
Sekiranya ibu-ibu berminat mahu bersama saya menjana pendapatan ataupun ingin mendapatkan balm bayi ini, ibu-ibu boleh hubungi saya di talian :
whatsapp www.wasap.my/60179899397/balmblog
https://www.facebook.com/alfaizinsouq/
Atau boleh walk in :
🤩Farmasi Kuala Kubu.
🤩Farmasi Batang Kali.
🤩Kedai Mama Baby Clever di Sungai Buaya
🤩Baby Colours di Tanjung Malim
🤩Elzar Mart Gombak
Seindah usapan ibu. Terima kasih