Air Gula Sedap Buat Ibu Mengandung

5 2,223

Ada ke air gula sedap buat ibu mengandung ? Dari mulut ke mulut, ramai yang mengatakan pengalaman mereka dengan air gula  yang super duper manis itu.

Seperti yang sedia maklum, boleh dikatakan semua ibu mengandung di Malaysia kena melalui proses MGTT yang mana secara ringkasnya dikenali dengan ayat minum air gula.

Apakah itu Ujian MGTT?

MGTT ((modified glucose tolerance test) adalah ujian bagi mengukur respon badan seseorang kepada glukos (gula).

Kebiasaanya ibu yang mempunyai berat badan berlebihan atau mempunyai keturunan yang mengidap diabetes akan diminta melalui ujian ini.

Kegunaan utama Ujian MGTT

Ujian MGTT atau minum air gula digunakan bagi tujuan mengenalpasti pesakit pre-diabetis, diabetis dan diabetis semasa mengandung.

Persediaan sebelum minum air gula

Untuk prosedur, ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi keesokan harinya, kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik,

  • darah 5-10 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.
  • Ibu-ibu kemudian perlu minum air gula yang disediakan – 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian,

  • darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Bacaan gula untuk ibu mengandung

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) – Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L – 5.5 mmol/L

2 Jam selepas – Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range

Normal : < 7.8 mmol/L

Impaired : 7.8 mmol/L – 11.0 mmol/L

Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi.

Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Mak ayah atau keluarga ada sejarah kencing manis

Saya pula setiap kali mengandung kena lalui ujian ini 2 kali.

Masa usia kandungan 13 weeks dan kandungan 28 weeks. Ini kerana mak dan ayah mempunyai penyakit kencing manis semasa hayat mereka.

Kebiasaannya saya minum air gula ini di klinik kesihatan terdekat, air gula perisa oren dibancuh secara suam. Selepas itu perut akan bergelora nak muntah.

Air gula sedap untuk ibu mengandung

Namun kandungan ke 4 ini, saya cuba cari penyelesaian bagaimana caranya tak muntah bila minum air gula.

Rupa- rupanya ada air gula yang tak semanis air gula yang daripada serbuk itu. Tapi hanya boleh didapati di sesetengah farmasi atau klinik swasta sahaja.

Tahun ni baru tau ada air gula best ni.

Tapi jarang farmasi ada. Boleh beli air gula ni dan bawa ke klinik kesihatan terdekat untuk MGTT.

Tapi farmasi kat Perlis ni jenuh cari takde, so pergilah buat mgtt kat klinik swasta. Alhamdullilah boleh telan dengan sedapnya. Sejuk lagi sebab doktor keluarkan dari peti ais depan mata kite.

Rasa macam air soda gitu, ada gas sikit dan tak manis melampau.

Cas MGTT kat private negeri Perlis RM50 sahaja.

5 Comments
  1. Wan says

    Tumbuk Lada dalam lipatan.
    Tiada perlu tiada dibuka.
    Anak zuriat kurniaan Tuhan,
    Penyeri hidup penawar duka.

  2. nik nadhilah says

    klinik swasta kt mana ye tu? di perlis kan

    1. Pn Aminah Hussain says

      Ye puan. kat perlis. chennang klinik. berdepan dengan mcd kangar

      1. nur liyana says

        Apa nama air ni?

  3. Janne says

    Hi nak tanya… Maternity checkup kat perlis yg swasta dekat mana ye sis… Kos every checkup brapa ye? Tq

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00