Ini ialah mengenai Airmata Fynn Jamal.
As salam
Malam tadi kerana ingin menemankan anak yang cerah matanya sehingga jam 11 malam, Ibu berkesempatan mengikuti siaran lansung separuh akhir muzik- muzik di TV3. 6 lagu yang pertama Ibu tidak fokus lansung kerana sedang merangka jadual belajar untuk Muhammad Iman.
Namun apabila tiba giliran Fynn Jamal Ibu memaksa mata untuk melihat tv kerana ingin mengenali siapakah Fynn Jamal ini yang telah membangkitkan kemarahan ramai ibu- ibu diluar sana dengan sikap keterbukaannya dalam menceritakan kepada umum status anak angkatnya.
Lirik Arjuna Beta
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
Airmata Fynn Jamal
Indahnya lirik lagu ini kan? Kita lupakan kisah status si Arjuna itu, kerana yang berlalu biarlah berlalu. Jangan diungkitkan kembali dan Ibu yakin Fynn Jamal mempunyai alasan tersendiri kenapa dia bertindak demikian. Hanya Allah, kaum keluarga dan sahabatnya yang mungkin memahami kenapa dia bertindak begitu.
Kita bukanlah siapa- siapa untuk menghukum atau menghentam penyanyi dan pengubah lagu berbakat ini. Berbalik pada separuh akhir tadi, diakhir lagu arjuna beta, airmata Ibu menitis jua. Entah kenapa Ibu terus memeluk si Iman yang telah tidur di sisi Ibu.
Adiknya Ikhwan masih lagi bermain ‘kejuruteraan’ dengan membaiki basikal mininya. Ya Allah, lagu ini serta persembahan Fynn membuatkan Ibu merasa rindu yang teramat sangat pada anak- anak Ibu. Walaupun mereka hanya sedang tidur dan bermain ketika itu.
Naluri seorang ibu
Benarlah naluri seorang Ibu. Jika apa sahaja yang berkaitan dengan anak kita akan mudah tersentuh. Begitu juga dengan lirik arjuna beta, sang ibu sanggup berbuat apa sahaja demi anak walaupun beribut tidak akan berganjak, tidak akan biarkan tidur si anak terganggu dengan gangguan yang datang silih berganti.
Lirik ini membuatkan Ibu sangat merindui arwah mak Ibu yang sudah hampir 4 tahun meninggal dunia. Yang paling menyentuh perasaan dalam lirik lagu Fynn Jamal ini ialah pesanan buat anaknya. Si anak perlu bersedia jika ibu pergi dahulu dijemput Ilahi.
Bersedia mengharungi suka duka di dunia yang sementara ini, pilih lah jalan yang penuh onak duri agar si anak tahu erti hidup dan bertabahlah wahai si anak jika si ibu tiada di sisi. Seperti sedia maklum si arjuna iaitu anak angkat penyanyi ini mengidap penyakit jantung berlubang dan telah menjalani pembedahan dengan permohonan bantuan daripada orang ramai.
Tabahnya hati seorang ibu walaupun anak yang dibela, yang diambil semenjak umurnya sehari disahkan mengidap penyakit jantung dari kecil. Melalui lagu ini, Ibu dapat rasakan betapa sukarnya konflik dalaman yang dihadapi Fynn. Jika boleh penyakit itu biarlah si ibu yang tanggung.
Statusnya sebagai selebriti tidak dihiraukan ketika memohon bantuan untuk anaknya yang memerlukan kos pembedahan. Tiada lagi keraguan untuk memohon pertolongan kerana si kecik arjuna perlukan pembedahan segera demi menyelamatkan nyawa.
Sila klik sini jika anak anda sering demam dan sakit:
Kagum dengan ketabahan seorang ibu
Ibu sememangnya sangat kagum dengan ketabahan hati ibu- ibu diluar sana yang anaknya mengidap penyakit sewaktu kecilnya. Anak yang demam pun susahnya hati, apatah lagi yang mempunyai penyakit seperti jantung, eczema, jaundis dan sebagainya.
Kuatnya seorang Ibu tidak boleh diungkapkan dengan kata- kata dan idak mampu dizahirkan dengan perbuatan. Hanya seorang ibu yang mampu menyelami perasaan ibu yang lain.
Untuk semua pembaca sekalian, Ibu mohon hargailah ibu, emak, mama, mak atau mommy anda jika anda masih punyainya. Si ibu sanggup berjaga malam demi menampar nyamuk yang menganggu tidur anaknya. Sekarang tanya pada diri sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk hargai jasa ibu kita. Cukup ke tidak? Bahagia ke tidak ibu kita sekarang?
Untuk semua, dengarkan Fynn Jamal, Arjuna Beta
alamak.. nk nanges pulak rasa
Semua ibu akan tersentuh bila baca lirik ni kak idah..sanagat dalam maksud Fynn..
Saya pun tersentuh hati bila dengar lagu arjuna beta ni. teringat pulak arwah anak yg meninggal dalam perut saya sewaktu mengandung 8 bulan tahun lepas..Naluri ibu tu meruntun jiwa saya dan sesiapa yang bergelar ibu di luar sana.
Takziah cik ila. Anak syurga cik ila akan menunggu cik ila di pintu syurga. Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anaknya. Moga ck ila sentiasa tabah ye.
Ye…begitu juga sy smlm…lagu ini mengingatkan kembali kenangan pahit sy yg hampir kehilangan anakanda yg ketika itu memasuki 4 bulan di dlm rahim..mlm td sy tidur selepas beberapa kali mendengar lagu fynn jamal dgn sempat mengenang detik itu dgn suami skali…suami turut menitik air matanya sbb kami sama2 tsentuh dgn lirik lagu yg hampir sama pjalanan kisah hidupnya dgn fakili kami…bertabhlah whai hati…
Yeke puan dilla? Alhamdulillah anak puan dilla masih ada dan diselamatkan.. Puan dilla sgt bertuah..semoga puan dan keluarga selalu dilindungi Allah..
Mmg tersentuh hati dgr lagu arjuna beta tu..tambah plak dah tau kisah sbnr..kisah penulisan min sgt best..
Kan hamah..kita xperlu hukum2 org..yg sudah biarkan berlalu..setiap ibu di dunia ni mmg hebat..semua hebat2..moga anak2 kita juga setabah arjuna..amin
ya allah sedihnya hati ni bila baca
Saya sekarang dah x boleh nak sama2 ikut nyanyi lagu arjuna beta. Corfirm sebak.. Semuanya bermula bila kwn ceritakan siapa arjuna, dan kisah hidup arjuna. Semoga ank2 sy juga sekuat arjuna..
Sejak pertama kali dengar lagu ni mmg dah jatuh cinta. Dalam dan menyentuh hati. Saya harap beliau menang juara lagu. 😉
Masa mula-mula dgr lagu n dulu, dh terasa auranya… Berdiri bulu Roma dibuatnya… Memang mendalam sungguh maksud yg tersurat & tersirat dalam liriknya…
Memang sedih.. Anak2 saya suka dengar dan nyanyi lagu ni tapi bila x ingat mula ibu kena nyanyi…sedih..bergenang air mata ibu… Semoga Allah pelihara ibu2 kita semua..
Lagu yg merosakkan air mata orang.
Saya dulu memang follow kisah fynn jamal dan arjuna ni. Masa nak operate juna dulu fyn dan suaminya redah jer gi spital gleaneagles tu risaukan juna.masa tu dorang takde duit lagi. Bila doktor tanua bayaran dah ade.dorang cakap ade. Tp kuasa allah.. agaknya sumbangan dari orang ramai ..bayaran cukup utk pembedahan. Lepas operation la fynn buat lagu utk juna ni..hari kedua operate juna dah sedar..
tersentuh dengar lagu ni….
Comment…
Sedihnya..hati ibu mana yang tak sedih bila tengok anak sakit kan? T__T
Saya pn mula mngenali fynn jamal atlh dgr lagu arjuna beta..lirik dan lagu yg pnh dlm maksudnya..
Sama la dgn admin puan ummi..hehe..merdu dgr die nyanyi, mcm dodoikan anak sebelum tido..
salam .. ibu saya indu sgt an ank sy…sembilan bulan mnjaga ny … penat sy x pnt sy hiraukan tpi …kami dipisahkn atas sb ank 2 ank luar nikah … sy y slh knp dy y mnjdi mgsa … ibu … dimana ingin sy mngadu …merinduianak yang enth kmana …hilang dri pdgan lebih setahun slps klhrn ….
Salam afiqah. sebenarnya ramai yang diluar sana mempunyai nasib seperti afiqah. memang rindu tapi Allah dah merencanakan yang terbaik untuk anak afiqah. sekarang life must go on. teruskan bangkit, belajar dari kesilapan yang lalu. Dekatkan diri dengan yang maha Pencipta. Ibu juga sedia mendengar jika afiqah ingin luahkan kerinduan pada anak. Whatapp Ibu ye 0175082443
Stiap kali sy dgr lagu ni pasti sy sebak n teringat arwah bb sy yg bru pergi 3 bulan lpas…tp sy tau sy kna kuat hadapi ujian ni..smoga sy diberi pgganti yg lbih baik wlpn sy dinasihatkn ‘rehat’ slama 3thun 🙂
Bertabahlah puan hasz. anak syurga menanti puan di syurga. jangan bersedih sebab kita dah tahu anak itu masuk syurga kan? Kuatkan emosi dan fizikal untux next pregnancy..sabar ye
yup. memang sedih bila ikut cerita fynn jamal dengan arjuna ni. sangat tabah fynn dan suami mengharungi semua dugaan ni….
Ibu hanya kenal fynn jamal masa juara lagu itu hari..huhu..semoga die tabah