Amalan mudah bersalin supaya anda tidak trauma lagi untuk mengandung

Amalan mudah bersalin supaya anda tidak trauma lagi untuk mengandung

Setiap ibu mengandung mahukan pengalaman bersalin normal yang senang dan mudah, namun ada juga di antara kita yang terpaksa dibedah, diinduce, di epidural atau divacum. Tidak semua ibu- ibu bernasib baik memperolehi pengalaman yang indah di bilik bersalin.

Tahu tak ibu- ibu semua ada cara atau petua orang lama yang boleh menggalakkan kelahiran yang mudah. Amalan ini sebenarnya boleh diamalkan di awal kelahiran lagi. Jom kita lihat apa petua tersebut:

1. Jaga pemakanan

makanan-mudah-bersalin

Jangan terlalu ikutkan nafsu makan atau terlalu suka makan diluar atau dikedai. Masakan dikedai terlalu banyak menggunakan perisa tambahan atau MSG yang sangat tidak bagus untuk ibu dan bayi di dalam kandungan.

Asid folik sangat penting untuk tumbesaran bayi. Sila order asid folik + b complex sekarang.

2. Amalkan minum air kelapa

Amalkan minum air kelapa sepanjang kehamilan, lebih- lebih lagi di akhir- akhir fasa mengandung.

3. Urutan perineum

Kita digalakkan melakukan urutan perineum ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula dari kandungan berusia 34 minggu sehinggalah ke saat kelahiran. Sebelum memulakan urutan ini, pastikan jari kita betul bersih dan kuku mestilah pendek, supaya tidak belaku sebarang luka atau jangkitan. Urutan ini dilakukan dengan menggunakan minyak kepala dara @ minyak zaitun.

4. Amalkan vco atau minyak kelapa dara

Selain minum air kelapa, vco atau virgin coconut oil juga bagus untuk diamalkan pada minggu 30 dan ke atas. Selain anak yang bakal dilahirkan bersih ia juga membantu anak meluncur keluar dari rahim dengan mudah.

5. Amalkan mengaji dan berzikir

Surah- surah yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

Surah Yusuf – untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu

doa-mudah-bersalin

6. Aktifkan diri dan berjalan

Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu.  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

7. Sentiasa bercakap dengan bayi

Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

8. Jangan asyik tidur

Jangan amalkan tidur yang melampau-lampau lamanya. Mungkin ada ibu- ibu yang mengalami alahan teruk dan badan seperti lemah tak bermaya sepanjang kehamilan ini. Maka, anda perlu ‘mind setting’ yang anda yang positif. Petua orang lama kata ‘jangan tidur banyak, nanti anak jadi pemalas’. Nauzubillah

9. Minta maaf dengan suami

Selalulah minta maaf dengan suami. Tapi, jangan amalkan masa mengandung je tau! Luangkan suatu hari, suatu masa untuk berduaan dengan suami dan memohon ampun jika ada salah dan silap. Apatah lagi hormon tidak seimbang sepanjang kehamilan. Mungkin ada suami berkecil hati.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor

  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  •  Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Pada bakal- bakal ibu dan bakal menambah umat, selamat menimang cahaya mata. Semoga anak yang bakal dilahirkan bakal jadi mujahid/mujahidah yang soleh/solehah .

1 Comment

  • Posted March 10, 2020 11:30 am 0Likes
    by dahlia

    bermanfaat untuk ibu-ibu ni,thanks

Add Your Comment

CommentLuv badge