Amalkan Surah Ini Sepanjang Hamil

0 172

Artikel ini ialah mengenai Amalkan Surah Ini Sepanjang Hamil.

Surah-surah Al-Quran di bawah, sekiranya dibaca dan diamalkan semasa mengandung Insya-Allah dipermudahkan segala urusan berkaitan proses mengandung sehinggalah melahirkan.

Amalkan Surah Ini Sepanjang Hamil

Lagi Elok Suami Pun Baca & Niatkan Untuk kedua-duanya (ibu & bayi dalam kandungan)

1. Surah Al Fatihah

Surah Al-Fatihah merupakan Umul Kitab.

Maksudnya pembukaan sesuai dengan namanya surah pertama di dalam Al-Quran.

Diantara fadhilat surah Al-Fatihah adalah menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

 

2. Surah Maryam

Dinamakan surah Maryam sempena menceritakan kisah Maryam r.a ibu kepada Nabi Isa a.s.

Kisah yang hebat, secara logik adalah mustahil tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. Surah At-Taubah

Diantara fadhilat surah ini, agar seseorang itu sentiasa mengingati Allah swt dan sentiasa bertaubat kepadaNya.

Bagi ibu mengandung memberi kesan kepada bayi dalam kandungan dapat membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Baca dan lihat maksudnya di sini. 

4. Surah Yusuf

Surah Yusuf menceritakan kehidupan Nabi Yusuf a.s. yang terkenal dengan ketampanan wajahnya sehinggakan ramai wanita menyukainya.

Diantara fadhilat surah ini memperoleh anak tampan bagi lelaki dan cantik bagi perempuan tetapi juga indah akhlak seperti Nabi Yusuf as.

Baca dan lihat maksudnya di sini.

5. Surah Luqman

Surah Luqman mengisahkan tentang nasihat-nasihat seorang bapa kepada anaknya Luqman Al-Hakim.

Diantara fadhilat surah ini adalah untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Baca dan lihat maksudnya di sini.

 

Amalkan untuk membentuk anak soleh solehah

Bayi dalam kandungan dapat mendengar serta memberi reaksi kepada perseitarannya.

Oleh sebab itu, orang tua selalu berpesan kepada ibu hamil agar sentiasa menjaga perilaku dan tutur kata.

Adalah sangat baik jika ibu hamil dapat membaca Al-Quran setiap hari.

Bukan sahaja untuk amalan diri sendiri, tapi  tetapi kepada bayi dalam kandungan.

Mudahan anak yang dilahirkan menjadi anak yang bijak, sihat dan soleh solehah Aminn.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00