Ambil Tahu Berat Badan Ideal Semasa Hamil

0 169

Artikel ini ialah mengenai Ambil Tahu Berat Badan Ideal Semasa Hamil.

Ketika mengandung, hormon progesteron akan dirembeskan untuk menyokong kehamilan. Yang mana ianya melambatkan proses penghadaman dan pergerakan usus.

Berat badan yang bertambah semasa mengandung adalah disebabkan pelbagai faktor selain pertumbuhan dan pembesaran janin itu sendiri.

Tidak digalakkan diet dan cuba turunkan berat badan

Jadi, anda tidak digalakkan untuk cuba menurunkan berat ketika mengandung kerana pertambahan berat yang sihat adalah sebahagian daripada proses kehamilan yang normal.

Kenaikan berat badan yang sihat adalah pada kadar 0.5 kg setiap bulan sehingga 20 minggu pertama kehamilan (5 bulan pertama).

Selepas 20 minggu, berat badan akan bertambah pada kadar yang lebih cepat iaitu 0.5 kg setiap minggu. Jumlah penambahan berat yang ideal sepanjang mengandung adalah kira-kira 12 kg.

 

Cuba set dalam kepala, apa pun nombor yang tertera pada penimbang hanyalah nombor semata. Setiap individu mempunyai berat badan yang berlainan kerana saiz punggung, saiz payudara, saiz tulang, ketinggian, berat bayi dalam kandungan semua tu adalah berbeza.

Ambil Tahu Berat Badan Ideal Semasa Hamil

  1. Underweight (BMI bawah 18.5): berat badan bertambah 12.5-18 kg sepanjang kehamilan
  2. Normal weight (BMI 18.5-24.9): penambahan berat badan 11.5-16 kg sepanjang kehamilan
  3. Overweight (BMI atas 25-29.9): berat badan bertambah 7-11.5 kg sepanjang kehamilan
  4. Obesiti (BMI 30 ke atas): penambahan berat badan 5-9 kg sepanjang kehamilan

 

Kenaikan berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai komplikasi semasa hamil.

  • Diabetes semasa hamil
  • Gangguan tekanan darah tinggi
  • Uri di bawah
  • Lebih tinggi risiko perlukan pembedahan caesarean

Amalkan gaya hidup sihat semasa hamil

Amalan gaya hidup sihat tu penting walaupun sedang hamil. Ia adalah demi kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Elakkan tabiat makan untuk dua orang, kerana ianya boleh sebabkan makan dalam kuantiti yang berlebihan.

Makan sayur-sayuran dan buah setiap hari. Ia membekalkan nutrisi penting yang diperlukan tubuh dan mampu merangsang perkembangan janin dengan baik.

Selain itu, luangkan masa untuk melakukan senaman ringkas khusus untuk ibu mengandung.

Pastikan badan sentiasa aktif dan lebih bersedia untuk melalui proses bersalin kelak.

Dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang kenaikan berat badan dan pastikan ia sentiasa dipantau.

Beza pemakanan ibu hamil dan ibu tidak hamil

Fasa pertama atau trimester pertama sangat penting, kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat.

Berbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi.

Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti

  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Susu rendah lemak
  • Telur
  • Keju
  • Bijirin

Nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung.

Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 sahaja iaitu bersamaan dengan sekeping roti.

Susu Kambing Aufa untuk ibu hamil

Susu Aufa Mama & Aufa Gold

Aufa Mama terdapat dalam bentuk sachet, jadi mudah untuk ibu-ibu bancuh 1 sachet setiap hari.

Sesuai untuk ibu yang ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM), kerana Aufa Mama menggunakan gula nano.

Antara kebaikan dan ekstrak yang ada dalam Aufa Mama yang ibu wajib tahu:

  • Habbatus Sauda
  • Sarang Burung
  • Delima
  • Kurma

Boleh dapatkan info Susu Aufa Mama di sini.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, jangan terkejut jika berat badan tambah lebih dari 10 kg semasa mengandung. Itu perkara biasa. Lagipun  itulah tanda bayi anda membesar dengan sihat dalam perut.

Secara mudahnya, jika BMI anda adalah antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, pastikan kenaikan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan adalah tidak melebihi 16 kg.

Sebaliknya, jika BMI anda adalah tinggi sebelum hamil, kenaikan berat yang lebih rendah adalah amat digalakkan.

Jaga makan tau mommies!

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00