Anak Batuk Berpanjangan Sampai Kena Influenza

Serik !
Ini lah pengalaman anak saya yang batuk berpanjangan sampai kena Influenza.

Kata orang, anak pertama ni ibarat guru kita. Banyak mengajar kita dan memberi pengalaman untuk kita jadi ibu dan ayah yang lebih baik.

Setiap pengalaman bersama anak sulong pasti diingati dan menjadi panduan kita untuk anak seterusnya.

Ummi sendiri pernah rasa banyaknya silap waktu anak pertama membesar dulu. Tapi sebenarnya tiada yang silap. Semua itu adalah proses untuk kita belajar menjadi ibu dan ayah yang lebih matang.

Hakim, anak pertama ummi abah

Anak pertama ummi, Hakim, lahir pada tahun 2011 bulan disember.

Sama seperti ibu ayah lain, kami memang sangat teruja dan gembira menyambut kelahiran anak pertama. Tetapi semakin bertambah hari dan bulan, kami sedar bukan mudah untuk membesarkan seorang anak.

Ibu dan ayah perlu bersedia dengan pelbagai ilmu termasuk ilmu penyusuan, pemakanan anak, mendidik anak dan ilmu menjaga kesihatan anak. Tidak ramai ibu ayah yang betul-betul bersedia dengan ilmu-ilmu ni termasuk la ummi sendiri.

Jadi ummi lalui fasa membesarkan anak sulong sambil belajar melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain yang berkongsi.

Ummi mula mencari ilmu yang berkaitan  sepanjang anak sulong membesar dari lahir hingga sekarang. Dan semua pengalaman itu lah yang digunakan untuk anak-anak yang lain.

Kerap demam, selsema dan batuk berpanjangan

Hakim dari kecil memang kerap demam, selsema dan batuk.

Seingat ummi pertama kali dia demam masa dia 8 bulan, masa tu sehari sebelum raya Aidilfitri.

Seminggu juga lah baru baik. Dan sejak tu dia kerap juga demam dan batuk, mesti berlarutan 1 ke 2 minggu.

Hakim demam masa 8 bulan.

Hakim ni jenis susah sangat nak makan ubat. Bila kita bagi ubat tu kadang dah masuk mulut pun dia boleh keluarkan balik.

Makin besar makin pandai dia melawan untuk tak nak makan ubat, memang drama juga lah nak bagi dia makan ubat. Tendang-tendang dan mengamuk semua ada.

Cuba rawatan semulajadi untuk demam, selsema dan batuk

Jadi sejak tu ummi mencari alternatif lain untuk bantu legakan demam, selsema dan batuk Hakim.

Ummi mula kenal rawatan secara semulajadi dan alami. Biasanya dari petua-petua orang lama juga. Antara petuanya,

  1. Air asam jawa untuk turunkan suhu demam dan kunyit untuk batuk dan selesema.
  2. Guna minyak bawang putih / ‘garlic oil’ untuk batuk dan selsema. Bawang putih rupanya ada fungsi sebagai antivirus.
  3. Mandikan anak dengan air lemon.
  4. Pakaikan stokin basah yang direndam dengan air lemon untuk menurunkan suhu demam. Air lemon ni juga dikatakan mampu meningkatkan daya tahan anak melawan virus.
Mandi air lemon

Tepuk Percussion

Ummi pernah juga buat kaedah steam dan tepuk percussion. Kaedah ni membantu  untuk mencairkan kahak dan melonggarkan kahak dalam dada anak.

Kahak akan lebih mudah keluar selepas kita buat kaedah tepuk percussion ni.

Masih kerap batuk sampai kena Influenza

Sampai lah dia dah umur 6 tahun lebih, dah masuk sekolah tadika.

Bila batuk, dia tak dapat ke sekolah sampai 1-2 minggu. Dan masa umur ni lah dia pernah kena Influenza A dan berjangkit pada adik dia Hazim 3 tahun, dan Syifaa masa tu baby lagi baru 4-5 bulan.

Susah makan ubat

Masa tu memang rasa serik sangat nak lalui keadaan semua anak batuk dan selesema yang teruk. Kena bagi ubat yang diorang akan menolak, menangis tak nak makan ubat.

Abah dan ummi pun dah rasa penat sangat, malam kena berjaga nak jaga anak-anak yang tak sihat, nak tidur pun tak lena, nak berdukung sebab susah nak bernafas.

Hakim batuk dan pertama kali semput

Sampai lah satu ketika tu, Hakim batuk dan abah dia perasan nafas dia lain. Abah Hakim memang ada semput masa kecil dulu. Jadi dia tau macam mana nafas budak yang semput.

Dia dengar bunyi kat dada Hakim, katanya Hakim ni macam dah kena semput. Kami pun pergi ke klinik yang terdekat dan doktor memang beritahu yang Hakim semput dan perlu ambil Neb.

Tapi bila bawa Hakim ke mesin untuk Neb tu, Hakim tendang-tendang, tak nak pakai topeng untuk Neb tu. Akhirnya malam tu kami balik tanpa Hakim ambil Neb kat klinik tu.

Abah dia dah risau sebab nafas dia memang bunyi semput. Jadi masa tu abah dia sapukan Vicks untuk bantu legakan pernafasan dia.

Tapi memang sepanjang malam dia berdukung je tak boleh letak baringkan kat katil. Memang penat sangat masa tu. Bila ingat balik tak sanggup dah nak lalui lagi.

Kerap tak pergi sekolah sebab batuk

Tahun 2018, Hakim dah masuk tahun 1. Masa tu dia masih kerap kena batuk dan selesema.

Bila batuk je berpanjangan sampai 1-2 minggu tak dapat sekolah. Dan mesti akan kena semput.

Masa tu abah dia akan guna Vicks tu untuk legakan pernafasan dia. Ummi ada juga la guna minyak bawang putih atau minyak habbatussauda sapu kat dada dan belakang Hakim.

Ikhtiar juga cara mana yang boleh.

Terjumpa perkongsian balm CF-Rub

Ummi terjumpa perkongsian tentang balm Tasneem Naturel. Balm CF-Rub untuk batuk, selesema dan demam.

Awalnya ummi ragu-ragu juga nak cuba, berkesan ke tidak, harga pula masa tu rasa mahal sangat.

Tapi ummi tertarik bila baca balm CF-Rub tu kandungannya menggunakan bahan semulajadi. Dan ada tujuh jenis minyak pati tumbuhan ( Essential oil ) yang bagus untuk apa Hakim alami ni.

Sebelum ni, ummi memang pernah belajar sikit tentang Essential Oil, pernah pergi kelas sharing berkaitan essential oil. Jadi ummi tahu.

Pernah juga beli dan guna beberapa jenis essential oil termasuk untuk batuk. Cuma masa tu tak pandai nak jaga, dengan anak kecil-kecil lagi, essential oil ada yang ‘leaking’ sampai habis sebotol.

Essential Oil ‘dilute’

Lagi satu, essential oil ni bila nak guna pada anak kecil perlu ‘dilute’ dulu. Jadi masa tu rasa renyah sikit bila nak guna pada anak. Bila jumpa tetang CF-Rub tu, ummi pun buat keputusan untuk beli dan cuba dulu.

Satu yang ummi nampak masa tu, balm CF-Rub ni mudah nak guna, dah sedia di ‘dilute’ dah. Boleh terus sapu kat anak.

Yang ni memang penting sangat bagi ummi sebab bukan ummi je nak mudah, tapi abah Hakim pun senang nak capai dan terus sapu pada Hakim bila perlu.

Biasanya memang abah Hakim la yang akan lebih menjaga dia waktu dia tak sihat sebab ummi pun masih melayan Syifaa yang masih baby lagi masa tu.

Balm CF-Rub botol lama.

Sejak tu ummi cuba CF-Rub ni. Yang bezanya balm CF-Rub ni dengan vicks atau rub biasa kat pasaran tu.

Kandungan essential oil yang bukan saja membantu melegakan pernafasan dan mencairkan kahak, tetapi juga membantu meningkatkan sistem imun badan anak.

Alhamdulillah Allah izinkan CF-Rub serasi dengan Hakim.

Sejak guna CF-Rub tu, membantu sangat bila dia batuk. Dapat legakan pernafasan dan batuk cepat baik. Dah jarang dia batuk berpanjangan sampai kena semput. Batuk dan selsema pun dah jarang sangat.

Kalau ada pun memang cepat-cepat sapu CF-Rub, sekejap je dah baik, tak melarat lama-lama.

Ummi guna juga mandian CF Tasneem

Sekarang Tasneem dah ada mandian khas untuk batuk, selesema dan demam.

Mandian CF-Bath, kandungan essential oil nya sama dengan balm CF-Rub. Membantu menurunkan suhu demam, mencairkan kahak dan melegakan batuk dan selesema.

Guna mandian CF-Bath dan balm CF-Rub waktu Hakim batuk, sekejap je dah sihat

Adik-adik Hakim sekarang pun semua pakai balm CF-Rub ni dan mandian CF-Bath bila tak sihat.

Dua-dua ni dah jadi kit kecemasan kami sekeluarga. Bila ada yang tak sihat, demam, batuk, selesema, terus pakai balm dan mandian CF ni. Alhamdulillah demam atau batuk tidak berpanjangan.

Baby twin Hasya dan Hayfaa memang guna semua balm tasneem dari lahir. CF-Rub antara balm yang memang guna sejak dalam pantang lagi.

Anak selesema, hidung tersumbat, terus sapu balm CF-Rub. Bantu legakan pernafasan hidung dia, dan mudahkan hingus keluar. Bila bayi batuk agak teruk, terus mandikan dengan CF-Bath.

Bagi ibu-ibu yang nak cuba set kombo Tasneem macam ummi guna untuk Hakim, boleh klik sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top