Anak Terkena Jangkitan Cacing. Apa Perlu Buat ?

0 360

Artikel ini ialah mengenai Anak Terkena Jangkitan Cacing. Apa Perlu Buat ?

Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh.

Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan.

Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai..

Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil.

Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman.

Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis.

Bila kena makan ubat cacing

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan anak-anak yang berumur kurang dari 14 tahun harus diberi ubat cacing setiap 6 bulan sekali.

Selalunya cacing mati yang dikeluarkan akan menyebabkan kulit kanak-kanak menjadi ruam dan gatal.

Deworming secara berkala juga akan membantu mengeluarkan cacing serta telurnya dari usus kanak-kanak yang dijangkiti.

Dos selamat ubat cacing untuk anak

Salah satu contoh produk ubat cacing yang boleh dibeli dari farmasi ialah Vemizol, ubat cacing berbentuk suspension cecair.

Ianya mengandungi 200mg albendazole dalam setiap 5 ml. Dos yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak itu.

Bagi kanak-kanak antara 1-2 tahun, 5 ml diberikan sebagai dos tunggal.

Sementara bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas, 10ml diberikan sebagai dos tunggal.

Vemizol Suspension

Tanda anak terkena jangkitan cacing

Tanda serangan cacing adalah :

  • loya
  • kekurangan selera makan
  • Cirit-birit
  • sakit perut
  • kehilangan selera badan
  • keturunan berat badan
  • kelemahan badan
  • ketulan atau benjolan
  • ruam yang gatal
  • jangkitan bakteria
  • demam
  • anemia (sel merah berkurangan dalam darah)
  • darah dalam najis, kadang kala cacing akan dinampak dalam najis
  • bengkak muka
  • sakit kepala
  • sensitif terhadap cahaya terang
  • masalah neurologi seperti sawan

Kanak-kanak lebih terdedah dengan jangkitan yang lebih serius kerana sistem immuniti mereka masih lemah.

Serangan cacing juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapatkan anemia (kurang darah) dan penyumbatan usus.

Jenis Cacing Dalam Badan

Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing.

Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah.

Terdapat pelbagai jenis cacing yang menjadikan tubuh kita sebagai tempat untuk mereka membesar dan membiak. Antaranya:

  • Cangkuk (hook worm)
  • Gelang (round worm) – boleh menyebabkan usus tersumbat, sembelit dan kembung abdomen
  • Benang (thread worm)
  • Kerambit – boleh menyebabkan luka pada usus
  • Pita (tape worms) boleh menyebabkan kerosakan pada otak

Sebab tu ibu kena berhati-hati ketika makan makanan yang dikhuatiri tak dimasak dengan sempurna.

Kalau guna tandas awam, pastikan mama bersihkan dulu mangkuk tandas sebelum duduk di atasnya.

Contoh Portable Waterproof Disposable Toilet Cover

Anak Terkena Jangkitan Cacing. Apa Perlu Buat ?

  • memakai kasut apabila anda berjalan di luar rumah
  • minum air yang bersih dan dimasak
  • membersihkan dan memasak makanan
  • mengamalkan cara cuci tangan yang betul
  • elakkan ikan mentah dan daging
  • simpan dan masak daging atau ayam dengan betul
  • basuh, kupas, atau masak semua buah-buahan dan sayuran mentah

Dalam hal anak anda pernah muntah apabila meminum ubat cacing, jangan dipaksakan untuk diminum.

Sekiranya anak mempunyai gejala yang telah nyatakan di atas, bawa anak anda untuk berjumpa doktor dengan segera.

Cacing Mudah Tersebar Melalui Haiwan Peliharaan

Jika keluarga ada pelihara haiwan peliharaan seperti kucing, seeloknya setahun sekali bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk diperiksa.

Selain kanak-kanak, haiwan peliharaan ini juga harus diberikan ubat cacing.

Jenis Ubat Cacing Untuk Anak

Ubat cacing zentel RM12.90
Noxworm Chewtablet RM 4.90

 

M-Zole RM 3.99
Champs D-Worm RM 4.40

 

Hurix Deworming Suspensyon 20ml RM 12.79

 

Jika masih lagi terdapat banyak cacing dalam najis pada hari ke-empat, atau terdapat bukti bahawa kanak-kanak itu dijangkiti parasit cacing yang kronik, bawalah anak berjumpa dengan pakar paediatrik.

Pemeriksaan najis melalui mikroskop akan memberitahu jika kanak-kanak ini telah bebas dijangkiti parasit cacing.

Cacing juga serang orang dewasa!

Jika anda merasakan bahawa orang dewasa tidak perlu mengambil ubat cacing dewasa, fikirkan semula.

Dan secara keseluruhan, komplikasi daripada kesan jangkitan cacing boleh menurunkan produktiviti, meningkatkan kebarangkalian untuk dijangkiti oleh penyakit lain.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00