Susu Ibu Berharga RM16 ribu

Susu Ibu Berharga RM16 ribu

As salam kepada semua pembaca yang dikasihi.

Sambil- sambil melayan pm dari customer, tiba- tiba lalu satu gambar yang di newsfeed facebook Ibu yang membuatkan Ibu mengeleng kepala sendirian. Kisah wanita menyusu daripada luar negara ini memang menjadi viral satu dunia yang mana dia menjual susu badannya kepada pihak ketiga dengan mendapat duit sehingga berbelas ribu ringgit Malaysia. Lumayan tu..hu hu

hukum jual susu badan

Dulu Ibu juga pernah terbaca yang seorang peniaga kek menghasilkan keknya dengan menggunakan susu badannya sendiri. Malahan dia mengiklankan keknya itu kek susu ibu dan ramai pelanggannya berpuas hati dan datang kembali untuk menikmati air tangan wanita tersebut. Bertuahnya jika dikurniakan susu badan yang melimpah ruah.

Tips banyakkan susu badan

Di Malaysia pula kita dikejutkan dengan perkongsian daripada seorang ibu yang menggunakan stok ebm yang berlebih- lebih untuk mandikan bayi dan diri sendiri. Dan hasilnya kulit ternyata lebih lembut, gebu dan licin. Kesudahannya dia terpaksa memadamkan status tersebut akibat kecaman hebat dari rakan facebook kerana hukum dalam islam ialah haram menggunakan susu ibu untuk dibuat mandian.

Jadi apa status orang yang memakan susu ibu ini, sama ada melalui kek, kuih dan dalam pelbagai masakan lagi?

petua banyakkan susu badan

Mari saya kongsikan pendapat dan pandangan daripada Syed Yusof Al Qardawi mengenai perkara berkaitan bank susu atau hukum anak susuan.

Secara amnya pendapat Yusof Qadrawi dirumuskan sebagai:

  1. Minum susu dan proses penyusuan adalah berbeza. Minum susu tidak mendatangkan perasaan kasih, belas dan sebagainya, sedangkan bila menyusu di payudara, ibu-anak susuan diikat dengan perasaan kasih kerana ibu susuan itu akan memegang anak susuannya.
  2. Bila menyusu susu ibu lain dari botol/syringe/cawan, ia tidak mendatangkan perasaan apa2 kepada si anak dan ibu.
  3. Jadi ia tidak menjadikan anak/saudara sepersusuan dengan cara begitu.

Walau bagaimanapun, dalam entry yang sama, dinyatakan dalam Majlis Feqah Islami, melalui Badan Muktamar Islam yang diadakan di Jeddah pada tanggal 22 – 28 Disember 1985 (lama dah, kalau ada sesiapa tahu fatwa terbaru Majlis ini silakan kongsi ya) – menyatakan bahawa apa sahaja cara susu tersebut diminum, direct atau EBM, maka tetap menjadi anak susuan, sekiranya cukup syarat2nya.

sumber: mysuperkids.net

Tetapi ini mengenai bank susu ibu, atau susu ibu yang dikongsikan kepada anak- anak yang tidak mendapat susu ibu. Bukan hukum menjual susu ibu. Jadi apa pendapat anda sebagai seorang ibu menyusu? Tegarkah untuk anda menjual susu sendiri demi keuntungan???

8 Comments

  • Posted December 23, 2014 1:57 am 0Likes
    by titan

    tu dia. 16 ribu harganya ye..

    • Posted December 23, 2014 11:26 am 0Likes
      by Pn Aminah Hussain

      encik titan datang singgah ke blog saya..saya terharu..huhu..terima kasih sifu..

      kat luar negara semuanya boleh jadi duit..hati- makan kek kat luar negara, ada yg jual kek susu ibu tau..

  • Posted April 4, 2016 3:29 pm 0Likes
    by Zulaikha

    Dah lama rupanya isu jual susu ibu ni. Masih cari jawapan tepat lagi berkaitan ni. Terima kasih atas infonya =)

  • Posted April 13, 2016 4:18 am 0Likes
    by Ibu Zarith

    Uish rm 16k.. Kita kat sini jadikan anak susuan, tak pernah pulak dengar ada yang minta bayaran huhu
    Ibu Zarith menulis…10 Sebab Kenapa Saya Memilih Bisnes Shaklee Dan Bukannya Yang LainMy Profile

    • Posted August 8, 2016 7:50 am 0Likes
      by Kaden

      Your are right it is sad, we should be more careful how we behave socially as some have put the social network to great use. Who knows, maybe deadbeat dads will find themselves on line. (Deadbeat parents I should say). Look what happens to large contpraeiors who don’t do right by their customers. You just never know!!! Better pay up.Maggie

  • Posted April 13, 2016 9:00 am 0Likes
    by jida

    kek guna susu ibu? oh my… tak sanggup nak makan kalau tau…
    jida menulis…Dilema Pesakit Diabetes Apabila Terpaksa Berpantang MakanMy Profile

  • Posted April 14, 2016 3:28 pm 0Likes
    by Eva Matt

    Nak jual susu ibu untuk mereka yang memerlukan apa salahnya. ada ibu-ibu yang mungkin tidak dapat supply untuk anaknya.Sekadar pendapat saja.hehe
    Eva Matt menulis…9 Kaedah Banyakkan Susu IbuMy Profile

  • Posted December 27, 2017 7:14 am 0Likes
    by Jaja Pengedar Shaklee

    Huru-hara tu kalau main jual susu ibu lepas tu status jadi anak susuan. bila besar nanti boleh terkahwin pulak kang. Kalau bukan Islam maybe no issue lah kan 🙂
    Jaja Pengedar Shaklee menulis…Harga Produk & Vitamin Shaklee 2018My Profile

Add Your Comment

CommentLuv badge

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No posts found.

Make sure this account has posts available on instagram.com.

Subscribe Our Newsletter!

AncoraThemes © 2020. All Rights Reserved.