Balm Trub Untuk Kembung Perut Bayi Dan Anak

Ini kisah saya gunakan balm Trub untuk kembung perut bayi dan anak saya, Ehsan. 

Ehsan, seorang anak  tahun adalah anak yang picky eater atau bahasa lain sangat memilih untuk makan. Tahap memilih dia tu sampai buat saya pening kepala.

Cabaran saya semasa menjaga Ehsan ialah dia terlalu memilih makanan dan mempunyai masalah penghadaman selepas itu. Selain itu, budak picky eater ni dia akan kerap muntah kerana perut mudah masuk angin.

 

Punca anak kembung perut

Puncanya sebab terlalu memilih makanan dan tak suka makan. Bila terlewat sikit siapkan makanan dia, mulalah perut dia buat perangai.

Cepat masuk angin dan sukar buang air besar. Sangat merisaukan kalau Ehsan mula berhari-hari tak buang air.

Pada fikiran saya, mungkin perut dia tak tahu nak buang apa dari badan dia, semua meresap jadi tenaga. Jadi, perut cepat lapar.

Masa tu saya memang kena standby bermacam minyak untuk redakan masalah masuk angin dia ni. Sampailah saya jumpa balm Tasneem ni.

Balm Tasneem untuk kembung perut

T-Rub balm adalah antara produk Tasneem Naturel yang sangat popular di kalangan ibu- ibu di Malaysia.

Kebiasaan ibu baru menggunakan minyak telon untuk bayi mereka. Tetapi selepas mencuba balm, ramai yang mengatakan balm Tasneem lagi mudah diguna dan sangat memudahkan. 

Ianya kecil, wangi dan senang nak di bawa ke mana sahaja terutama yang kena berulang ke klinik.

Kebaikan Trub Balm Tasneem

Masa pertama kali sapu balm ini pada perut Ehsan, Ehsan tidur lama sangat. Lebih 2 jam pada siang hari.

Eh, kenapa pula Ehsan tertidur?

Saya terus google apa bahan dalam trub ni. Rupanya semua balm tasneem mempunyai essential oi. Wah sangat bagus ni. Dalam trub ada lavender rupanya, salah satu perangsang mood relaks dan tidur. Okay, take noted. Mungkin balm ini sudah mula ‘bekerja’.

Sebaik sahaja Ehsan terjaga, Ehsan buang air besar dengan sangat banyak. Saya lega banyak dia tak muntah dah. Percaya atau tidak, sejak peristiwa ini, sehingga sekarang Ehsan dah kerap masuk angin dah.

Sekarang saya pastikan saya sapukan balm ini pada Ehsan setiap hari. Paling cepat selepas 30 minit Ehsan mesti membuang.

 

Bahan Trub Balm Tasneem

 

Junipers

Mempunyai ciri-ciri anti bakteria dan anti kulat yang boleh mencegah jangkitan bakteria pada salur kencing selain membantu merangsang enzim pencernaan dan menyerap protein, lemak dan nutrient daripada makanan.

Lemongrass

Membantu menurunkan suhu badan yang tinggi, mengekalkan fungsi sistem penghadaman dan meningkatkan pembuangan air kecil.

Tangerine 

Dapat membantu sistem perkumuhan dan penyingkiran toksin dalam badan selain ia membantu menyembuhkan luka jika ada di dalam perut.

Fennel

Membantu mencegah dan melegakan kembung perut. Ia juga terkenal sebagai antimaspodic yang dapat mengurangkan kesakitan gastrik, senak perut, loya dan sendawa.

Patchoulli

Berkesan bagi mengurangkan keradangan dan kemurungan. Ia juga bersifat antiseptik yang menghalang jangkitan pada luka.

Ginger

Antara yang biasa kita dengar dan arif dapat membantu buang angin dalam perut. Ia juga bertindak membuang toksin dalam badan.

 

Kebaikan T-rub Pada Bayi 

 

 

  • Boleh digunakan seawal bayi baru lahir (newborn), kanak-kanak hingga dewasa
  • Ia membantu melegakan kembung perut bayi
  • Menyelesaikan masalah sembelit.
  • Mengurangkan kuning bayi sekiranya jaundice.
  • Melegakan Cirit-birit dan muntah-muntah.
  • Cara sapuan bagi pengguna T-rub adalah dengan melakukan sapuan berbentuk “I LOVE U” iaitu meletakkan kedua ibu hari pada pusat bayi dan menggerakkan jari-jari lain dengan membuat bentuk LOVE. Kemudian, sapu di kedua telapak kaki.
  • Selain T-rub, kesemua balm keluaran Tasneem Naturel sememangnya menjadi pilihan K.Amy sebagai persediaan waktu perlu.

 

Keistimewaan Balm keluaran Tasneem Naturel pula ialah:

  • Setiap Essential Oil yang terdapat pada balm mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS)
  • Beeswax
  • Shea Butter
  • Minyak Kelapa Dara

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top