Cabaran Melahirkan Dan Menjaga Anak Kembar Perempuan

Ini lah cabaran saya melahirkan dan menjaga anak kembar perempuan.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti berimpian untuk menimang cahaya mata.

Begitu juga saya dan suami. Pengalaman menjadi ibu buat kali pertama, lagi-lagi anak kembar memang mencabar tetapi membahagiakan.

Ini antara doa yang menjadi amalan saya selepas berkahwin.

Kami suami isteri tidak pernah membincangkan atau meluahkan isi hati masing-masing mengenai zuriat.

Ini kerana saya amat memahami tugas suami sebagai seorang mutawwif, yang ketika ini amat jarang berada di sisi saya.

Namun sebagai seorang isteri,keinginan untuk mempunyai cahaya mata amatlah tinggi. Saya hanya titipkan doa sentiasa pada Yang Maha Pemberi.

Rezeki anak pertama kembar

Maha Suci Allah yang Maha Mendengar rintihan doa hambaNya.

Mengetahui kehamilan anak kembar ini pada minggu ke lapan kehamilan. Dan kemudiannya diberitahu jantina yang sama iaitu perempuan seiras, ketika kandungan 17 minggu.

“Tak dapat digambarkan kegembiraan itu, dan sangat terkejut. Yang Maha Besar Yang Menciptakan dan Menghidupkan dua nyawa dalam rahim saya ketika ini’.

Suami belum lagi tahu berita ini, kerana sedang bertugas.

Sebagai persiapan dan persediaan menimang cahaya mata anak pertama, saya amat teruja dan mempersiapkan mental dan fizikal.

Saya mula mengikuti ibu-ibu yang mempunyai anak kembar, daripada situ bermulanya sesi soal jawab mengenai kembar.

Cabaran mengandung anak kembar perempuan

Sangat mencabar sepanjang kehamilan si kembar, saya alami alahan yang agak teruk.

Setiap hari morning sickness, muntah pagi petang malam pernah sehingga saya pitam.

Namun ia tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus kuat demi dua nyawa yang dikandung.

Bersalin awal dari tarikh due

Due saya 16.11.2016.

Tapi pada 2.10.2016 bersamaan 1Muharram, pukul 1 pagi ke tandas untuk buang air, usai selesai baring semula di katil, tiba-tiba katil saya basah dengan banyak sekali.

Rasa pelik sebab baru je pulang dari tandas.

Lantas dengan pantas kejutkan suami, beritahunya untuk terus ke hospital.

Alhamdulillah tidak mengambil masa yang lama, kerana memang rumah kami berdekatan dengan hospital dalam 15 minit sampai.

Sampai sahaja di pintu kecemasan , saya dibawa ke bilik untuk pemeriksaan penuh. Saya diberi tahu air ketuban dah pecah satu.

Jadi saya sudah dimaklumkan sebelum ini yang akan bersalin secara pembedahan kerana kaki adik menghalang laluan, sorang songsang.

Bersalin emergency ceaser

Jadi pukul 4 pagi saya ditolak ke dewan pembedahan, emergency ceaser.

4.18 minit pagi keluarlah kakak dengan seberat 2.37 kg, adik 4,20 minit pagi dengan seberat 2.48 kg.

Ha boleh bayangkan tak perut saya ketika itu..

Selesai di bilik pembedahan 4.45 minit pagi. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih buat doktor Norhayati Awan atas kepantasan beliau.

Kemudian mereka dimasukkan ke NICU untuk pemerhatian kerana lahir 35 minggu. Selepas tiga hari , baru kami dibenarkan balik rumah.

Subhanallah Allahuakhbar inilah gambar kami berempat yang pertama selepas kembar dilahirkan.

Bermulalah cabaran saya menjaga anak kembar.

Tanpa pengalaman, ku sangka boleh rehat berpantang dengan tenang bila mereka tidur, namun itu semua hanyalah hayalan semata-mata.

Anak saya menyusu badan, namun saya akur terpaksa campur susu formula, bergilir-gilir munyusu selama 15-20 minit.

Letak je adik, kakak pulak menyusu, baru nak baring je adik menangis.

Jadi saya dan suami memang tiada masa tidur malam hampir 4 bulan !

Mata dah cengkung, lebam, sampai tekanan darah naik tinggi.

Siang malam tak tidur jaga si kembar

Melihat keadaan kami suami isteri malam tak tidur, siang baru tidur..

adik ipar terperasan iklan balm Tasneem, hanya calit-calit saja membantu bayi tidur lena katanya.

Namun saya masih mengendahkan nya. Ia berterusan sehingga kembar berusia 7 bulan.

Ketika ini, kembar dalam fasa meragam letak je menangis, malam tak pernahnya lena nyenyak.

Tidur sekejap-sekejap terjaga. Kepala saya jadi sakit yang amat, ting tong orang kata.

Balm Tasneem bantu anak kembar mudah tidur

Masa inilah saya teringat pesan adik ipar mengenai balm bayi semula jadi tu. Saya pun cuba, ketika itu saya oder Sleep Time, Calm Time dan CF-Rub balm. Seller bantu untuk ambil set, saya setuju ketika itu.

Sampai sahaja balm yang di oder, jam 9 malam saya cuba sapukan balm Calm Time yang warna hijau tu.

Saya ikut je apa yang seller guide. Saya nampak kembar dah mula tenang rileks, 9.15 malam dah mula mengantuk, 9.30 dah lena.

Waktu ni saya tergamam, sebab kembar lena sangat luar biasa, lama saya impikan kembar dapat tidur se lena ini.

Travel dengan sepasang anak kembar

23 julai 2017 kami ke Kelantan dengan flight, dan ini kali pertama kami membawa kembar menaiki kapal terbang.

Setibanya di Airport KLIA, saya dah standby siap-siap balm Calm time, faham ajelah kan bila anak-anak kecil lama dalam kapal terbang macam mana.

Saya dah sapu sebelum naik flight. Subhanallah kembar nampak tenang rileks kemudian  tidur sampai landing di airport Kelantan.

 

Masa ni baru masuk flight, tengok yang sorang dah lena,lagi sorang muka mengantuk dah

Alhamdulillah percutian kami smooth, enjoy. Kembar memang tak meragam langsung. Memang  membantu sangat balm calm time ni.

Bila anak-anak tak meragam lagi-lagi mood holiday kan, feeling dia tak boleh nak gambarkan.

Sebab balm calm ni memberikan keselesaan, mengurangkan keletihan,dan  bantu si kembar lebih tenang.

Bila malam kami memang sapu sleep time sepanjang di Kelantan ketika itu, Alhamdulillah tidur pun lena, terjaga hanya nak susu sahaja.

Bangun dalam keadaan ceria. Inilah impian mak-mak kan, bila anak cukup tidur cukup rehat, tengoklah hari keesokannya, automatic mood parents pon ceria.

Sleep time balm ni membantu tidur lebih lena, meransang penghasilan hormon tidur, serta mengimbangkan hormon. Setiap balm tasneem ni mempunyai Essential Oil. Itu yang banyak membantu sebenarnya.

Tips untuk anak kembar kekal tenang

  1. Make sure sarapan sebelum bergerak tak kira di mana destinasi pun, even duduk rumah.
  2. Standby snack kudap-kudapan baby macam biskut, susu, dan simple mainan.
  3. Adakan aktiviti di siang hari dengan anak, bermain bersama, bawa jalan-jalan di taman,
  4. Beri ruang pada mereka. Meluahkan emosi, dengar setia apa yang ingin mereka sampaikan.
  5. Jangan pukul. Walaupun pukul manja, tangisan mereka akan jadi lebih teruk.
  6. Peluk. Sambil membiarkan mereka tantrum, peluk belai juga mereka hingga mereka tenang. Ingat, jangan cakap apa-apa waktu itu. Peluk saja dengan erat.

Saya panjatkan kesyukuran dengan asbab dan ikhtiar balm calm dan sleep time, kami suami isteri dapat kembali ‘nikmat tidur’.

Sehingga sekarang kembar serasi dan dah ada adik baby.

Sama saja saya standby siap-siap dah dari bersalin untuk baby kali ni. Tak nak pisang berbuah dua kali.

Pantang kali ni sangat jauh beza berbanding yang dulu masa kembar,tenang dan aman sambil dapat ber ‘me time’.

Bila baby lena, tak meragam secara tak langsung saya pun dapat rehat dengan cukup, badan pun rasa segar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top