Cara Buat Hand Sanitizer Di Rumah

0 232

Mudah dan jimat. Cara buat hand sanitizer di rumah guna 2 bahan sahaja.

Dengan kesukaran untuk mendapatkan hand sanitizer sekarang ini, seorang pegawai kesihatan tampil dengan cara mudah untuk membuat ‘homemade hand sanitizer’ sendiri.

Cara buat hand sanitizer guna 2 bahan

Bahan asas yang diperlukan:

  • Sterile Water
  • Dettol Antiseptic Disinfectant

Kaedah:

  1. Campurkan 20% Dettol kepada 80% Sterile Water.
  2. Kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan: 20ml Dettol, 80ml sterile water.
  3. Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan: 10ml Dettol, 40ml sterile water.
  4. Letak dalam botol spray.

PERINGATAN!!!
FORMULA NI HANYA SESUAI UNTUK ORANG DEWASA DAN KANAK2 UMURNYA 10 TAHUN KE ATAS JE TAU. INI DISEBABKAN ATAS FAKTOR KETEBALAN KULIT.

Dettol effect agak kuat jugak. Takut ada effect dekat kulit kanak2 yang umurnya bawah 10 tahun.

Kemudian, boleh letak hand sanitizer tadi dalam botol spray seperti di bawah.

Ada pelbagai jenis saiz botol di pasaran. Kecil, sederhana dan besar.

Nak senang, guna yang kecil mudah bawa ke mana-mana.

Tak mahal pun kos buat hand sanitizer sendiri

Kalau kita cerita kos pulak, tak mahal sangat.

500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70

Dengan kos RM11.70 boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer.

Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer.

Jumlah kos 5 botol, RM40.

Tapi buat sendiri pakai formula Dettol + Water ni, boleh lah JIMAT RM28.30!

Dari tak ada langsung. OK jugak lah option ni.

Berkesan dan boleh ke membunuh kuman?

Pakar memberitahu hand sanitizer berasaskan alkohol yang memenuhi syarat keperluan tahap alkohol (sekitar 60%) boleh membunuh sejumlah mikrob pada tangan.

Ia juga membantu memusnahkan agen penyebab jangkitan atau patogen pada tangan, termasuklah wabak COVID-19, SARS-CoV-2.

Sumber: IR Abdul Rahman Bahasa

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00