Punca Ulser Terjadi Dan Cara Mengatasinya

5 782

Ini ialah tentang punca ulser terjadi dan cara mengatasinya.

Semenjak Iman masuk umur 3 tahun ni, satu masalah yang sering terjadi ialah dia terkena ulser.

Bahasa kampung kita panggil mata ikan.

Punca ulser atau mata ikan

Ianya kerap terjadi jika anak selalu tergigit lidah atau bibir sendiri ketika mengunyah makanan.

Bermula dengan luka dibahagian dalam mulut yang kecil, akan menjadi besar dan banyak jika tidak dirawat.

Ulser mudah terjadi pada kanak-kanak

Mengapa mata ikan ini mudah terjadi pada kanak- kanak?

Kadang- kadang kita yang besar ni pun kena juga, dan hanya Allah yang tahu kesakitan yang dirasa.

Apatah lagi kanak- kanak sebesar Iman.

mata-ikan-pada-mulut-anak

Pedihnya ketika gosok gigi dan makan hanya Allah yang tahu.

Kebiasaannya Ibu akan menyapu bonjela pada ulser anak.

6 cara mengatasi ulser

Namun terdapat banyak lagi petua lama yang boleh digunakan untuk menghilangkan ulser ini.

Just try and try again.

 1. Makan Ais krim vanila

Kenapa perisa vanila?

Mungkin vanila adalah agen penyejuk pada lidah dan bibir.

Ini adalah petua zaman sekarang.

Doktor sendiri yang menyuruh Ibu bagi anak makan ais krim sepanjang terjadinya ulser tu.

Doktor cakap ianya akan sembuh sendiri.

2. Garam

Boleh bagi anak berkumur dengan air garam.

Jika takut anak tertelan, boleh letak sedikit garam halus pada ulser tu.

Tapi selepas tu terpaksalah memujuk anak yang meraung kepedihan.

Sabar ye ibu- ibu semua. memang sakit dan pedih.

3. Soda Bikarbonat

Petua orang dulu- dulu juga ni.

  • Campurkan sedikit serbuk soda ke dalam setitik air, kemudian sapu ke tempat ulser.

Rasa sama jugak macam letak garam. Pedih dan rasa berdenyut.

Namun ia mampu mengecilkan saiz ulser itu dan mempercepatkan proses penyembuhan.

4. Air kelapa/ Jus timun

jus-timun-pengubat-ulser

Bagi anak minum air kelapa atau jus timun.

Kedua air ini adalah agen penyejuk badan dan punca ulser juga adalah disebabkan suhu dalam badan yang sedikit tinggi.

Bila badan sejuk, ulser senang baik.

Elakkan buah tembikai atau buah yang bersifat panas yang lain.

5. Vitamin c

Tingkatkan antibodi anak dengan vitamin c.

Vitamin c perlu diberi setiap hari pada anak jika anak kerap terkena ulser.

Perlu diingatkan bahawa tubuh tidak menghasilkan vitamin c sendiri.

Jadi perlu di ambil dari sumber luar seperti buah dan sayur.

6. Marjerin

Satu petua lama yang Ibu dapat daripada mertua ialah sapukan marjerin pada ulser anak.

Ini kaedah yang tidak sakit atau pedih.

Tak salah mencuba dan ikhtiar

Mungkin ibu- ibu semua boleh cuba dan kongsikan di sini adakah ianya mujarab atau tidak.

Ibu pun baru tahu petua ni dan akan dicuba pada Iman kejap lagi.

Moga cara dan petua ini bermanfaat untuk ibu- ibu yang mengalami masalah yang sama seperti saya.

Jangan risau jika anak tidak lalu makan nasi ketika ada ulser, sebabnya anak akan merasa pedih.

Seeloknya bagi anak makan aiskrim dahulu kemudian beri dia bubur yang bersup untuk mengisi perut.

5 Comments
  1. pn norin says

    anak saya pon tgh kena ulser ni. siap demam lgi. Cian budak kecik ni. Semoga cpt sembuhh..
    salam perkenalan dr saya

    1. Pn Aminah Hussain says

      semoga anak puan cepat sembuh..boleh apply tips yg saya kongsikan dlm artikel ye..kdg2 cara traditional lebih membantu anak..salam perkenalan juga buat puan norin..terima aksih kerana sudi membaca blog sy

    2. ashashira.matzaki@gmail.com says

      betul tu. anak sy pun demam.huhu

  2. Norra says

    Baik abik ubatyg spesifik utk kanak2..sbb kadang tahap kebersihan pd bahan tu diluar kawalan.. mungkin sedikit tdedah..

  3. mas says

    marjerin 2 mak saya biasa guna utk saya dan adik2 time kami kecik dulu.memang berkesan dan xrasa apa2 pun.. sapu petang esoknya sudah elok.. xrasa apapun berbanding guna garam…sakit dan pedih..

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00