Cara Wujudkan Anak Yang Kuat Jati Diri

0 32

Ini ialah mengenai Cara Wujudkan Anak Yang Kuat Jati Diri.

Melihat perkembangan remaja hari ini membuatkan Ibu sangat kecut perut. Bukan setakat remaja, hari- hari kita dihidangkan mengenai penderaan terhadap kanak- kanak dan wanita.

Ke mana perginya nilai- nilai islam dalam diri masyarakat kita hari ini?

Apakah puncanya semua ini terjadi kepada generasi Y kita dan tidak mustahil akan berlarutan kepada anak- anak kita sendiri kelak.

Didikan agama penting

Setelah dikenalpasti punca utama terjadinya permasalahan ini adalah kerana didikan agama yang tidak kuat dalam keluarga dan diri masing- masing.

Dengan ibubapa yang sibuk bekerja pada zaman ini, kadang- kadang jati diri anak- anak terabai kerana tiada didikan daripada orang yang mereka hormati selain guru di sekolah.

Budaya Ta’lim

Ibu hanya mahu pembaca di luar sana mewujudkan satu budaya dalam rumah.

Tolong lah mulakan daripada anak kecil lagi walaupun anak itu baru berusia 1 tahun.

Nak memulakannya memang mudah, tapi untuk konsisten itu amat payah. Jadi marilah kita berniat kerana Allah dan moga Allah permudahkan urusan kita untuk mewujudkan keluarga yang diredhai islam.

Budaya yang Ibu maksudkan ialah mewujudkan majlis TA’LIM di rumah masing- masing.

Kenapa Ta’lim ?

Ini kerana kita semua mahu rumah kita selalu dikunjungi oleh para malaikat, dikurniakan oleh Allah swt dengan taufiq & hidayah.

Rahmat akan turun mencurah-curah ke atas rumah kita, dan sakinah (ketenangan) akan menyusup masuk ke dalam setiap jiwa ahli keluarga kita.

Apabila rumah kita hidup dengan amalan agama seperti sembahyang berjemaah diikuti denagn majlis ta’lim maka segala amalan buruk, kegelapan, ketegangan akan djauhkan daripada rumah kita.

Amalan ini akan membawa cahaya kepada rumah kita dan kesannya, kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan bahagia. Aamiin..

11 Cara Wujudkan Anak Yang Kuat Jati Diri

Bagaimana caranya untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita?

  1. Jika anda ibubapa yang berkerja pilihlah solat magrib dan isyak sebagai solat untuk berjemaah dengan pasangan masing- masing dan anak.
  2. Berbincang bersama pasangan masing- masing untuk menghidupkan majlis ta’lim di rumah kita.
  3. Tetapkan 1 waktu yang boleh mengumpulkan semua ahli keluarga. Contoh pada pukul 9 malam; maka semua orang di dalam rumah kita akan berkumpul untuk majlis ta’lim.
  4. Sediakan ruangan yang khas untuk diadakan majlis ta’lim. Sebaik-baiknya, ta’lim diadakan di tempat dan waktu yang sama secara istiqamah.
  5. Bawa adab-adab yang mulia bila berada dalm majlis ilmu seperti duduk iftirasy, menutup aurat, mendengar dengan penuh khusyuk dan sebagainya.
  6. Memperdengarkan bacaan sebuah buku. Buku yang dicadangkan ialah kitab Fadhail A’mal (Kelebihan-kelebihan amal), karangan Maulana Muhammad Zakariya dan Muntakhab Hadis (Hadis-hadis Terpilih) oleh Maulana Muhammad Yusof.
  7. Bacalah kitab-kitab ini secara bergilir-gilir. Katakan, hari isnin, Fadhail A’mal dan hari Selasa pula Muntakhab Hadis.
  8. Kemudian, bacalah 1 atau 2 hadis bagi setiap bab setiap hari. Contohnya; 2 hadis daripada fadhilat solat, 1 hadis daripada fadhilat Al Quran dsb
  9. Ibubapa dan anak-anak boleh bergilir-gilir untuk membacakan kitab tersebut. Beri peluang kepada semua ahli keluarga untuk menyampaikan dakwah.
  10. Pastikan, tiada huraian yang dibuat oleh si pembaca. Ini kerana, untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam mafhum ayat Quran atau hadis, dan juga untuk menggalakkan setiap ahli keluarga (baik yang belajar aliran agama atau engineering) boleh dan mampu untuk melaksanakan tugas dakwah.
  11. Adakan majlis taklim sekurang-kurangnya dalam masa 30 minit pada setiap hari.

Mulakan sekarang

InsyaAllah, sama-samalah kita berazam untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita, kerana majlis ini merupakan satu sunnah Rasulullah saw.

Pada zaman sahabat-sahabat r.ahum, setiap kali mereka pulang ke rumah setelah menghadiri majlis ta’lim Rasulullah saw di masjid, mereka akan adakan pula majlis ta’lim bersama ahli keluarga di rumah.

Untuk menyampaikan apa yang telah mereka dengar dan belajar daripada Rasulullah saw kepada isteri dan anak-anak mereka.

Indahnya kehidupan dalam rahmat, ketenangan dan keampunan daripada Allah swt….. 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00