Ini ialah mengenai Cegah Gastrik Sewaktu Berpuasa.
Gastrik dan puasa tidak dapat dipisahkan. Memasuki bulan ramadhan, ramai yang akan mencari ubat gastrik yang mana dibeli supaya dapat menghabiskan sebulan berpuasa dengan jayanya.
Sebelum mendapatkan ubat- ubatan alangkah baiknya jika anda mengetahui kenapa gastrik boleh berlaku. Apakah penyebab kepada gastrik yang berterusan ini?
Punca gastrik
Gastrik adalah berpunca daripada lebihan asid hidroklorik yang berlebihan dalam perut.
Bila tiada makanan yang boleh dicerna oleh asid ini, ia akan mula menghakis dinding perut dan mengakibatkan keradangan. Keradangan inilah yang menyebabkan kita merasa sakit.
Tanda Gastrik
Tanda anda mengidap gastrik adalah sangat biasa dikesan iaitu:
- Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen),
- senak,
- berangin atau pedih,
- tidak selesa,
- kembung,
- sendawa berulang kali
- kerap kentut selepas makan,
- rasa mual (loya) dan muntah,
- hilang selera makan
- berat badan turun (pada peringkat teruk)
Cara mencegah gastrik
Jika anda biasa menghadapi salah satu tanda di atas, maka perlulah sentiasa mempunyai makanan untuk dicerna oleh asid hidroklorik di dalam perut. Jadi anda boleh amalkan tips ini untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
1. Elakkan berbuka puasa dengan makanan pedas dan berempah seperti sambal yang super pedas dan sambal belacan. Ok, tidak lalu makan sebab anak tekak tidak boleh terima yang tawar- tawar.
Boleh makan pedas, cumanya anda perlu berbuka dengan 2,3 biji kuih dahulu. Solat magrib dan baru lah makan nasi serta lauk kegemaran yang pedas- pedas tu. Tapi biarlah bersederhana.
2. Hentikan terus minum minuman bergas dan berkafein seperti kopi 3 in 1, teh sepanjang bulan puasa terutama COCA COLA atau PEPSI. Jika anda ingin berbuka di KFC atau restoran makanan segera yang lain bawa air masak sendiri ye!
3. Bersederhanalah ketika berbuka puasa, makan makanan yang berlebihan akan menyebabkan pedih hulu hati. Nanti tidak pasal- pasal malam indah anda ditemani sakit hulu hati yang berpanjangan. Beringat sebelum kena!
4. Tekanan emosi juga merupakan punca penyebab gastrik. Ia berlaku akibat daripada sistem hormon dan saraf yang terganggu. Oleh itu, cuba kawal tekanan emosi sewaktu berpuasa.
5. Bangun untuk bersahur. Elakkan bersahur jika anda tidak tidur sepanjang malam. Sebaiknya bersahur ketika menghampiri waktu imsyak.
6. Selepas bersahur pula, tolong jangan berbaring dan tidur. Ini akan menyebabkan berlaku masalah penghadaman. Baik terus mandi dan mengandakan amal ibadat sementara menunggu waktu subuh.
7. Amalkan vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik terutama kepada ibu mengandung yang ingin berpuasa.
8. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam sepanjang malam bulan puasa.
9. Minum air kosong sekurang- kurangnya 2 liter sepanjang malam ramadhan.
10. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA!