Ciri-Ciri Anak Perlu Bertukar Kepada Susu Tanpa Laktosa

0 5,654

Artikel ini ialah mengenai Ciri-Ciri Anak Perlu Bertukar Kepada Susu Tanpa Laktosa.

Adakah si manja anda sedang mengalami simptom lactose intolerance?

Ibu ayah sedang mencari jenis susu alternatif tanpa laktosa untuk tukar susu?

Jika si manja sering cirit birit, muntah atau sakit perut, ibu harus cuba susu tanpa laktosa, atau lebih dikenali sebagai susu lactose free.

Ada sesetengah bayi tidak boleh menerima susu lembu kerana intoleransi laktosa atau alahan susu.

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan susu formula bayi dibuat dengan protein susu lembu. Kira-kira 80% formula bayi dibuat dengan susu lembu.

Apa sebenarnya laktosa?

Laktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam produk tenusu yang sukar untuk dicerna bagi sesetengah orang.

Susu lembu tanpa laktosa pula adalah produk tenusu yang ada enzim laktase, yang boleh membantu memecahkan laktosa.

Jadi, ibu tak perlu risau bila hendak menggunakan susu bebas laktosa. Kerana ianya mempunyai rasa yang sama, tekstur dan kandungan nutrisi yang sama bagusnya untuk si manja.

Kebanyakan bayi lactose intolerance akan meragam atau menangis sebagai tanda yang mereka tidak boleh menerima susu yang diberikan kerana perut mereka terasa sakit.

Beza susu biasa dan susu lactose free

Lactose free adalah makanan tanpa gula laktosa, tetapi bebas tenusu bermakna sebarang makanan tanpa susu; khusus tanpa kasein protein susu.

Antara cadangan lain, ibu boleh mencuba jenama susu formula yang berlabel susu A2 seperti Enfagrow A2 MindPro dan juga susu formula lembu yang berlabel organik.

Kadangkala anak kecil kita hanyalah alah kepada bahan kimia yang digunakan untuk penanaman dan penyuburan tanah rumput yang dimakan lembu.

Susu lembu organik bermaksud lembu itu memakan rumput organik dan tiada bahan tambah makanan proses lain.

 

Ciri-Ciri Anak Perlu Bertukar Kepada Susu Tanpa Laktosa

Untuk pengetahuan ibu ayah, hanya bayi dengan alergi protein susu lembu atau keadaan perubatan yang sangat jarang disebut galactosemia akan memerlukan formula lactose free.

Jadi, ini sangat membahayakan kesihatan bayi. Jika diteruskan memberi susu yang tidak boleh diterima badan, bayi mungkin akan lebih sakit.

Selalunya akan ada ujian darah bagi bayi yang baru lahir di hospital biasanya untuk menguji galactosemia dan ibu ayah akan dinasihatkan oleh doktor tentang cara untuk merawatnya.

 

Bayi yang mempunyai alergi susu akan menunjukkan gejala seperti :

  • Kolik
  • Kegagalan untuk berkembang dan membesar
  • Cirit-birit berdarah
  • Ekzema
  • Kulit merah dan gatal-gatal
  • Bengkak pada bibir, lidah, mulut atau badan
  • Kesukaran bernafas
  • Hidung gatal dan berair
  • Masalah perut seperti muntah, sembelit atau cirit-birit
  • Asma
  • Anafilaksis (dalam kes yang melampau)

Effect dari alahan ni bukannya berlaku serta-merta bermakna ia muncul biasanya dalam masa 30 minit selepas makan makanan yang mengandungi alergen.

Gejala ini juga boleh tertunda hingga mengambil masa antara dua jam hingga beberapa hari kemudian untuk ditunjukkan.

Bagaimanakah cara merawat masalah ini?

Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat laktosa intoleransi.

Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak mendapat makanan yang seimbang. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.

 

Laktosa intoleransi yang kekal

  1. Tidak dapat diubati.
  2. Elak semua makanan yang mengandungi laktosa.
  3. Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi laktosa.
  4. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya (susu soya hanya diberi untuk bayi > 6 bulan).
  5. Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.

Laktosa intoleransi yang sementara

  1. Kurangkan makanan yang mengandungi laktosa.
  2. Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi laktosa.
  3. Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
  4. Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.

Apakah jenis makanan yang mengandungi laktosa?

  1. Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
  2. Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
  3. Aiskrim.
  4. Marjerin.
  5. Roti dan biskut.
  6. Bijirin sarapan.
  7. Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
  8. Susu pekat manis.
  9. Susu cair.

 

Laktosa mungkin juga terkandung dalam makanan dengan label makanan berikut:

  1. Semua jenis susu.
  2. Gandum dan protein susu (‘whey’ dan ‘casein’)
  3. Susu tepung

 

Berapakah kerap keadaan ini berlaku?

2/3 daripada bayi mungkin mengalami gejala penyakit ini.

Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya. Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.

Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat dewasa.

Jenama Susu Tanpa Laktosa

  • Dumex Dupro Lactose Free

Dicipta khas untuk bayi yang tidak mempunyai daya toleransi terhadap laktosa. Mengandungi lima zat penting yang diperlukan bayi seperti protein, DHA, vitamin A, karbohidrat serta kalsium yang tinggi!

 

  • Karihome Infant Formula

Diformulasikan dengan menggunakan susu kambing.  Jadi ianya sangat senang untuk dicerna dan kandungan laktosa pun kurang daripada susu lembu.

Dan oleh itu, ia sesuai diambil buat bayi yang mempunyai intoleransi laktosa yang sederhana!

 

  • Nestle NANHA Tahap 1

Formula susu lembu buatan Switzerland premium yang direka untuk membantu alahan bayi.

Bukan sahaja mudah dicerna, malah ia juga bersifat hipoalergenik. Jadi ini dapat membantu bayi yang terdedah kepada alahan dan sensitiviti.

Kalau ibu ayah memang mempunyai alahan atau ‘lactose intolerant’, bolehlah siap sedia untuk membeli susu yang bersesuaian kerana kemungkinan besar ia boleh terjadi kepada si manja juga.

 

  • Formula Bayi Equifina Organik Bellamy

Sesuai untuk bayi yang baru lahir atau berumur 0-12 bulan.

Secara lebih spesifik, susu ini dijadikan untuk membantu sistem pencernaan dan menyerap secara lembut bagi mengurangkan refluks asid.

Bukan itu sahaja, susu ini diperbuat daripada susu lembu organik dan mengikut piawaian makanan Australia yang ketat, jadi ibu ayah tak perlu ragu-ragu tentang kualitinya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00