Artikel ini ialah mengenai Elakkan Bahan Ni Dalam Skincare Jika Anda Mengandung.
Sebaik sahaja anda mengetahui bahawa anda bakal menjadi ibu, seluruh dunia anda berubah. Dan itu mungkin termasuk barisan penjagaan kulit anda juga.
Wanita mengandung dan perubahan hormon
Setiap wanita mengandung pasti pernah berasa kurang berkeyakinan kerana peningkatan berat badan selain kulit muka bertukar kusam.
Itu belum lagi perubahan hormon sehingga wajah yang sebelum ini putih dan mulus dipenuhi jerawat.
Akan tetapi, peringatan buat semua wanita hamil,
Jangan sembarangan menggunakan produk kecantikan atau rawatan wajah kerana ia boleh membahayakan kandungan anda.
Produk menjaga kecantikan wajah yang digunakan sebelum hamil mungkin sudah tidak sesuai.
Kerana apa sahaja yang digunakan pada kulit boleh menyerap ke dalam aliran darah dan memberi kesan kepada janin.
Boleh ke guna produk penjagaan kulit semasa mengandung ?
Wanita hamil boleh, sebenarnya, menggunakan produk penjagaan kulit.
Namun, tidak semua bahan selamat untuk kegunaan harian.
Kulit boleh berubah dengan ketara semasa kehamilan, yang bermakna anda mungkin perlu menyesuaikan rutin harian anda untuk menangani masalah kulit baharu yang timbul.
Elakkan Bahan Ni Dalam Skincare Jika Anda Mengandung
-
Retinol
Produk kecantikan atau rawatan wajah yang mengandungi retinol atau retin-A dan retinyl palmitate sepatutnya dielakkan.
Vitamin A memang penting untuk perkembangan janin namun dos tertentu boleh menyebabkan kelahiran cacat dan keracunan hati.
Produk mengandungi retinol ini agak mendapat sambutan baru-baru ini. Bagi pencinta kecantikan, bahan ni adalah pertama dalam carta yang perlu dielakkan.
-
Sunscreen
Kami tahu bahawa semua orang mendapat manfaat daripada memakai pelindung matahari.
Tetapi wanita hamil harus memilih pelindung matahari fizikal (atau semula jadi) berbanding yang kimia.
Atau pilih lah yang selamat dan tidak tinggi kandungan SPF nya, contoh :
SPF 30
Tinted face stick SPF 40
-
Benzoyl peroxide
Selalunya, doktor akan memberi nasihat agar mengelak daripada menggunakan sebarang produk yang mengandungi bahan ini sepanjang tempoh kehamilan.
Benzoly Peroxide ini di antara bahan yang sangat bagus untuk rawat jerawat, tetapi bahaya untuk pembesaran janin. So no no no!
-
Minyak terapi (Essential Oil)
Minyak terapi sering digunakan sebagai cara untuk menenangkan diri tetapi ia sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada ibu mengandung.
Contohnya, tea tree oil boleh menjadi racun sekiranya tertelan atau rosemary oil yang boleh meningkatkan tekanan darah.
Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang minyak terapi.
-
Salicylic acid
Bahan lain dalam produk perawatan yang juga berbahaya adalah salicylic acid.
Biasanya ada pada produk membersihkan wajah. Sebaiknya saat hamil, cari pembersih wajah yang benar-benar mengandungi bahan selamat.
-
Hydroquinone
Hydroquinone biasanya bahan digunakan dalam produk mencerahkan kulit.
Ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin. Ini termasuklah jika ingin melakukan facial atau memakai mask.
Kesan yang paling cepat dan mudah kita tau produk tu ada Hydroquinone ialah kulit cerah seawal satu minggu pemakaian.
Ada kajian yang dijalankan, selepas beberapa minit menyapu Hydroquinone di kulit wajah, ianya dapat dikesan melalui ujian air kencing (urine test).
Tapi sehingga kini masih lagi tiada kajian dapat membuktikan ianya boleh sampai kepada janin.
-
Paraben
Ada sesetengah pendapat menyatakan Parabens boleh menyumbang kepada Kanser Payudara.
Parabens digunakan dalam kebanyakan skin care dan kosmetik sebagai preservative.
Sebagai ibu mengandung atau tidak, lebih baik untuk kita berhati-hati.
-
Phthalates
Phthalates adalah di antara bahan yang digunakan dalam skin care dan kosmetik.
Tujuan utama adalah untuk stabilkan formula skin care.
Tapi, Phthalates ni akan memberi kesan kepada hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem persenyawaan.
Cara semak ialah sekiranya terdapat nama yang mempunyai sambungan -phthalates bermaksud ianya perlu di elakkan.
-
Botulinum Toxin
Haaa, yang ni ekstrem sikit. Sebab ianya ada dalam bahan untuk cucuk Botox.
Walaupun tak ada lagi kajian spesifik tentang bahaya Botox ketika pregnant.
Tapi salah satu fungsi Botulinum Toxin ni fungsinya adalah melumpuhkan muscle-muscle di bahagian muka supaya tak nampak berkedut sangat.
Nak ke ambil risiko kalau kita tahu ada nyawa dalam perut kita?
Cara Memilih Produk Selamat
Anak dalam kandungan adalah Amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan khasiat-khasiat yang baik.
Berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan produk yang dibeli selamat dan tidak berbahaya.
- Baca label produk dan ambil perhatian terhadap label amaran terhadap sesetengah bahan yang digunakan.
- Sapukan krim pada tangan dan gosokkan barang kemas diperbuat daripada emas pada krim.
- Jika produk atau krim itu mengandungi merkuri, krim akan bertukar menjadi kelabu. Semakin gelap warna kelabu, semakin tinggi kandungan merkuri di dalamnya.
Kurangkan atau elak menggunakan produk kosmetik semasa hamil mahupun menyusukan anak.
Ada pengeluar menggunakan haruman yang agak kuat bagi menutupi bau merkuri. Jadi, hati-hati jika krim yang digunakan berbau logam atau terlalu wangi.
Ambil makanan seimbang yang kaya kalsium dan zat besi bagi mengurangkan risiko toksik dedahan.
Tasneem Naturel Produk Semulajadi Pilihan Ibu di Malaysia
Baca label sebelum beli dan guna tau! Ingat dalam rahim kita ada baby.
Baik untuk bayi, semestinya baik untuk ibu mengandung. Betul tak ?
Jom dapatkan barangan Tasneem di sini. Ada penghantaran pos dan Cash On Delivery (COD) di seluruh Semenanjung dan Sabah Sarawak.