hukum menyusu badan bila ada janin dalam rahim

hukum menyusu badan bila ada janin dalam rahim

Siapa pernah mengalami pengalaman ini? Ibu salah seorang ibu yang mengalami tandem nursing ini. Ibu lahir dalam masyarakat kampung yang masih belum terdedah kepada ilmu tandeem nursing ini. Bahkan arwah mak Ibu sendiri menentang susukan anak ketika sedang hamil anak yang lain. Begitu juga dengan mertua dan ipar duai.

Ibu disahkan hamil anak kedua ketika anak yang sulong berumur 1 tahun 3 bulan dan masih menyusu badan sepenuhnya. Hari buka buku merah, Ibu panjangkan hal ini kepada doktor bertugas masa itu, doktor Hoe, masih muda dan Ibu yakin masih belum berkahwin. Jawapan doktor Hoe:

” kalau boleh you stop la bf anak you, dia dah besar boleh makan makanan yang lain”

Terdiam dan terkaku Ibu mendengar nasihat yang diberikan oleh doktor Hoe. Ini kerana Ibu dah tanya pakcik google sebelum tu tandeem nursing adalah dibenarkan jika keadaan ibu dan anak dalam kandungan tiada masalah.

Dan apa yang Ibu dapat dari google Ibu cakap pada doktor Hoe..Lama dia terdiam dan menjawab, “nanti kita scan kandungan you, jika tiada masalah you boleh continue bf anak”

Bayangkan jika Ibu mengambil pendapat doktor Hoe yang pertama. Anak syurga Ibu tidak dapat merasai khasiat susu ibu sehingga umurnya 1 tahun 10 bulan. Alangkah ruginya nikmat yang Allah berikan tidak digunakan dengan baik sebab tiada ilmu mengenai penyusuan ini.

penyusuan ketika hamil

Apa hukum tandem nursing?

Terdapat ramai ibu-ibu yang menyusukan bayinya berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan apabila mendapati mereka mengandung. Dari segi hukum, Islam tidak menghalang ibu meneruskan penyusuan kepada bayi mereka sekiranya mereka didapati mengandung.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya.

Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah.)

Alhamdulillah, Ibu dapat menyusukan Muhammad Iman sehingga usianya 1 tahun 10 bulan dan Iman telan wean-off dengan mudahnya. Nanti Ibu kongsikan cara Ibu wean off anak Ibu yang seorang ini pada artikel seterusnya.

Biasanya, sekiranya tiada sebarang masalah kesihatan ibu-ibu boleh meneruskan menyusukan walau pun ketika mengandung. Ibu telah mengamalkan:

(1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

(2) Minum banyak air mineral.

(3) Dapatkan rehat secukupnya kerana kebiasaannya Ibu akan mudah berasa penat. Menyusukan bayi sambil berbaring membolehkan Ibu melelapkan mata untuk seketika bagi menghilangkan keletihan.

(3) Pastikan pelekapan (latch on) bayi adalah betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil. Menarik nafas dalam boleh membantu mengurangkan kesakitan.

(4) Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya.

Bagaimana pun, sekiranya bayi meneruskan penyusuan, jangan bimbang bayi “mencuri” kolostrum untuk adiknya badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.

(5) Sediakan susu formula jika berat anak adalah dibawah garisan kuning.

Jadi kepada ibu- ibu diluar sana, jangan risau jika anda disahkan mengandung ketika masih menyusu badan. Hukum membenarkan dan pelbagai suplemen tambahan juga terdapat dipasaran untuk ibu- ibu menjayakan misi ini.

4 Comments

  • Posted July 24, 2016 9:15 pm 0Likes
    by Mimi

    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

  • Posted March 7, 2017 2:04 am 0Likes
    by Shima

    Saya ada kmusykilan yg mana saya hamil dikala ank saya berusia 1thn4bln.. Ramai yg mnyuruh sy berhenti dr mnyusukn ank sy.. Ada yg mgatakan ank yg saya susukn itu x mndapat khasiat malah hnya mminum darah sahaja kerana susu tlh tiada apabila sy mngandung… Adakah itu benar… Sy mohon pnjelasan…

    • Posted May 11, 2017 10:48 am 0Likes
      by sarah manaf

      boleh contact saya di whatsapp

  • Posted June 5, 2018 4:01 pm 0Likes
    by miszdayana46@gmail.com

    Saya tengah hamil ank kedua,nak masuk 5bln skrg ni dan mpunyai ank brusia 9bulan. Skrg ank sulung sy masih myusu badan sy..Tapi sy agak hairan, kerana ank sulung sy kerap mysu dan makan mknan yg sudah dibolehkn tp sudah 3 bln berat bdnnya xnaek.. adakah bnr yg dkatakn susu sy yg sudah tdk bkhasiat lg sbb dia makan mmg byk..sy dh bg mknn yg mckupi khasiat yg dperlukannya.. sy dh cuba ajar anak dgn susu botol tapi dia tolak mentah2 smpai skrg…mcm mne yer??

Add Your Comment

CommentLuv badge

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No posts found.

Make sure this account has posts available on instagram.com.

Subscribe Our Newsletter!

AncoraThemes © 2020. All Rights Reserved.