Ibu Hamil Trimester Pertama Boleh Puasa Ke ?

0 965

Artikel ini ialah mengenai Ibu Hamil Trimester Pertama Boleh Puasa Ke ?

Menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini, ada beberapa golongan yang diberikan keringanan oleh Allah SWT untuk tidak berpuasa.

Antaranya wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Berpuasa penuh ketika hamil pastinya menjadi impian setiap wanita kerana peluang itu bukan datang setiap tahun.

Namun, tahap kekuatan diri dan kesihatan bayi yang dikandung kadangkala menjadi sebab mengapa ada di antara wanita hamil perlu berbuka.

Tempoh first trimester

Trimester pertama bermula dari minggu ke-1 sehingga minggu ke-12.

Walaupun diberi kelonggaran, kajian perubatan mendapati 70 peratus daripada wanita Muslim yang hamil memilih terus berpuasa sepanjang Ramadan selagi mampu.

 

Ibu Hamil Trimester Pertama Boleh Puasa Ke ?

Mengikut Mazhab Syafie, sekiranya dikhuatiri berpuasa itu akan memudaratkan ibu atau bayi atau kedua-duanya, ibu terbabit diwajibkan berbuka dan puasa itu boleh diganti kemudian hari.

Boleh tengok Ustaz Azhar Idrus jelaskan mengenai wanita hamil dan puasa. Klik sini.

Barakah bulan Ramadhan sangat besar jika dikejar, dan mungkin ramai juga yang fikir bukan senang nak ganti puasa pada bulan lain.

Selamat untuk berpuasa sekiranya kesihatan mengizinkan

Sekiranya kesihatan ibu hamil mengizinkan, ianya selamat dan boleh berpuasa secara keseluruhannya.

Bila seseorang wanita itu hamil, paras kandungan gula dalam darah ketika berpuasa lebih rendah berbanding wanita tidak hamil.

Ini ialah kerana darah ibu perlu sentiasa membekalkan gula glukos kepada bayi.

Sebab itu lah ibu hamil akan lebih cepat letih, loya dan muntah-muntah, terutama pada awal usia kehamilan.

Di samping itu, kekurangan air atau dehidrasi menambahkan risiko wanita hamil mendapat darah beku (venous thromboembolism).

Yang mana diisebabkan kepekatan darah menjadi lebih tinggi ketika hamil.

Tips Pemakanan Untuk Wanita Hamil

  1. Pertama sekali, doa kepada Allah. Minta agar dipermudahkan urusan sepanjang berpuasa dan anak dalam kandungan akan baik-baik sahaja.
  2. Lebihkan pemakanan yang berkhasiat dan minum air secukupnya.
  3. Elakkan makanan bergula dan bergaram yang banyak. Ia akan meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan akan turun mendadak – membuatkan anda berasa pening.
  4. Utamakan mengambil makanan yang berprotein tinggi (daging dan telur) – boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar yang lebih lama.
  5. Banyakkan makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
  6. Lewatkan bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat-saat akhir imsak.
  7. Usahakan untuk minum dua liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak.
  8. Elak makanan berasid atau bergoreng (berminyak) – pedih ulu hati, terutama sebelum tidur.

Walaupun berasakan badan mereka dalam keadaan baik, ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor supaya doktor boleh memeriksa keadaan dan keupayaan ibu-ibu untuk berpuasa.

**Sekiranya wanita yang hamil berasakan diri mereka tidak sihat, pening, rasa hendak pitam, kabur penglihatan atau tanda membimbangkan, dinasihatkan segera berbuka dan dapatkan pemeriksaan doktor.

Simptom ibu hamil yang tak digalakkan puasa

Sekiranya ibu hamil mengalami tanda seperti di bawah perlulah segera berbuka:

  1. Pening, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan segera berjumpa doktor.
  2. Loya atau muntah dan mengalami alahan yang teruk.
  3. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak / kurang menendang).
  4. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap, berbau kuat dan kuantitinya pula sedikit. Ini adalah tanda dehidrasi.
  5. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.
  6. Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
  7. Sakit kepala atau demam.

Juga, dalam keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya ibu mengalami:

  1. Kencing manis
  2. Penyakit hati yang tidak berfungsi
  3. Lelah yang teruk
  4. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  5. Kehamilan kembar
  6. Risiko kelahiran pra-matang
  7. Masalah lain berkaitan kehamilan yang serius.
  8. Hampir tarikh due date

 

Tiga bulan pertama tak dinasihatkan berpuasa

Ketahanan untuk berpuasa bergantung kepada diri masing-masing sebenarnya.

  • Tempoh kehamilan
  • Faktor kesihatan sewaktu hamil
  • Waktu berpuasa dan
  • Keadaan cuaca ketika itu

Semua ni kena diambil kisah. Ibu hamil tidak dinasihatkan berpuasa pada tiga bulan pertama.

Lagi-lagi sekiranya mengalami gejala kehamilan serius, seperti muntah-muntah, kurang selera makan, kepenatan, pening dan pitam.

Termasuk yang ada isu dengan tekanan darah tinggi tidak terkawal, anemia yang serius dan turun berat badan secara mendadak.

Mereka yang berisiko mendapat darah beku, gangguan ulser perut atau gastrik juga tidak dinasihatkan berpuasa bagi mengelakkan komplikasi.

Sumber gambar : Okezone

Ibu menyusu dan puasa

  • Ibu menyusu (atau tidak menyusu) yang masih berpantang

Boleh minta nasihat daripada doktor untuk pengurusan kesihatan yang baik dan pastikan doktor memberi ‘green light’ untuk berpuasa.

  • Kurangnya susu badan secara mendadak

Ibu dicadangkan untuk berbuka puasa demi kebaikan bayi.

Lebih-lebih lagi sekiranya bayi bergantung 100% pada susu badan sebagai diet utamanya ketika itu.

Dalam Islam juga, selain wanita mengandung wanita menyusu juga diharuskan berbuka puasa.

 

Cadangan jenis makanan untuk ibu hamil berpuasa

Air nabeez

Air nabeez – ambil kurma (bilangan ganjil), air 500ml / 1 liter, rendam semalaman (letak di luar sahaja). Esok pagi dah boleh minum.

 

Smoothie kurma – 7 biji buah kurma (dibuang biji), air mineral, susu UHT (saya guna brand HL, sedapp). Blend semua bahan dan boleh minum.

 

Sumber gambar dari : Rasa

Ayam sos lemon madu 

  • 500 gram isi dada ayam 500g (potong ikut suka)
  • Tepung serbaguna (secukupnya)
  • Telur sebiji (kacau)
  • 4 sudu besar madu
  • 2 biji lemon – diambil jusnya
  • Minyak masak
Cara-cara memasak:
  1. Celupkan ayam dengan telur kemudian gaulkan atas tepung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon, kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
  4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup.

Keperluan Fidyah Bagi Puasa Yang Ditinggalkan

Sekiranya puasa ditinggalkan, mungkin ada yang masih keliru sama ada puasa tersebut wajib diganti, dibayar fidyah, atau kedua-duanya.

Walaupun terdapat khilaf, pihak Mufti memutuskan bahawa mereka cenderung kepada pendapat yang menyatakan perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka puasa akan kembali kepada 2 keadaan sahaja iaitu:

  • Kalau semata-mata kerana bimbangkan diri sendiri, bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
  • Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehlah dia berbuka dan membayar fidyah.

Kiraan bayaran fidyah boleh dikira seperti ini :

  • Bayaran fidyah tidak berganda

(Jumlah hari ditinggalkan) x (Kadar fidyah mengikut negeri) = ………………

  • Bayaran fidyah berganda

(Jumlah hari ditinggalkan) x (Kadar fidyah mengikut negeri) x (Jumlah tahun ditinggalkan) = ………………

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00