Artikel ini ialah mengenai Jenis Makanan Berangin Ibu Menyusu Perlu Elak.
Maafkan ibu.
Harini perut anak kembung lagi.
Kadang terlupa makan makanan berangin, bila menyusu je mesti effect kat anak.Ya allah.. maafkan ibu ye anak ðŸ˜
Bila dah jadi ibu menyusu, secara automatiknya kita akan jadi lebih peka terhadap apa yang dimakan setiap hari.
Bukannya boleh ‘bedal’ semuanya walaupun dah habis berpantang. Takut kalau tersalah makan, kesannya akan terkena pada bayi yang disusukan pula.
Ya, bayi akan kembung perut!
Jenis Makanan Berangin Ibu Menyusu Perlu Elak
-
Susu / Produk Tenusu
Walaupun susu membekalkan pelbagai khasiat untuk ibu, namun sebenarnya susu adalah salah satu punca masalah kembung perut pada bayi.
Laktosa ialah gula semulajadi yang terdapat pada produk tenusu dan menghasilkan banyak ‘angin’.
Produk-produk tenusu seperti keju, yogurt, aiskrim, atau apa-apa olahan makanan yang bersusu juga boleh menyebabkan sesetengah bayi mencetuskan reaksi alahan atau ketidakselesaan selepas pengambilannya.
-
Buah-buahan Sitrus
Buah-buahan yang berfungsi sebagai sumber vitamin semulajadi adalah amat penting untuk tubuh.
Selain mengekalkan kesihatan badan, ia juga melancarkan sistem penghadaman pada ibu serta bayi.
Buah-buahan sitrus seperti limau, oren, dan lemon, aprikot, prune, pear, dan plum jika dimakan terlalu banyak, ia juga boleh menjadikan bayi anda mengalami sakit perut.
-
Sayur Kobis
Perhatikan beberapa jenis sayuran hijau, terutamanya sayuran seperti kobis, brokoli, taugeh dan asparagus.
Menurut sesetengah sumber, ada bayi yang tidak serasi akan berasa kembung perut selepas anda memakan sayuran jenis ini.
-
Coklat & Kafein
Malangnya, makanan kegemaran kebanyakan wanita iaitu coklat tergolong dalam kumpulan makanan yang boleh menjadi punca kembung.
Ini kerana, coklat mengandungi kafein, seperti mana yang juga terdapat dalam teh dan kopi.
-
Minuman Berkarbonat
Seperti yang diketahui ramai, air berkarbonat sepatutnya tidak diambil secara berlebihan kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Dikenali juga sebagai ‘air gas’, air ini mengandungi belon udara yang perlu dilepaskan oleh tubuh selepas meminumnya. Inilah yang menjadi punca kembung dalam perut bayi.
-
Kacang
Umumnya, tak ada masalah memakan kacang bagi ibu menyusu melainkan anda memang alah terhadapnya.
Namun, kacang adalah salah satu bahan makanan yang sering menimbulkan reaksi alahan terhadap bayi.
Jadi jika ia kali pertama anda memakannya semasa menyusukan bayi, ambillah dalam kuantiti yang sederhana terlebih dahulu.
-
Telur
Kandungan sulfur yang terkandung di dalam telur akan membangkitkan rasa tidak selesa bagi sesetengah orang, terutamanya bayi.
Kembung perut normal bagi bayi 1-4 bulan
Kembung atau perut berangin ialah normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan.
Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan.
Banyak perkara boleh mengakibatkan bayi mengalami perut berangin. Bayi akan menelan udara ketika menangis, menghisap puting dan menyusu – sama ada terus daripada ibu atau botol susu.
Try and error dengan pelbagai jenis makanan seimbang
Walaupun ada beberapa jenis makanan yang mungkin menyebabkan bayi anda berasa tidak selesa dan kembung perut, jangan jadikan ia penghalang untuk anda mengamalkan diet yang seimbang.
Jika ibu-ibu merasakan bahawa sesetengah makanan menyebabkan bayi sensitif, cuba elakkan makanan tersebut selama seminggu dan lihat hasilnya.
Setelah bayi sihat, cuba lagi makanan tersebut dalam kuantiti yang kecil. Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda mengenalpasti apakah sebenarnya makanan yang tidak dapat diterima oleh bayi yang menyusu.
Perut si kecil juga boleh menjadi berangin kerana menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.
Tips membantu masalah bayi kembung
Para ibu boleh mencuba petua berikut bagi membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering mengeluarkan angin:
- Tukar peralatan penyusuan bantu atasi punca bayi kembung perut – botol, puting susu
Masa menyusu terbaik adalah antara 20 minit hingga 1 jam. Jika si kecil menghabiskan susu dalam tempoh 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan udara berlebihan.
- Posisi penyusuan yang betul – kepala si manja lebih tinggi berbanding perut mereka.
- Sendawakan si manja atasi punca bayi kembung perut lepas menyusu
- Pemilihan makanan bersesuaian
Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang boleh menyebabkan kembung perut.
Sekiranya melakukan penyusuan eksklusif, anda juga perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan turut menyumbang kepada punca bayi kembung perut.
Amalkan senaman bayi
Kerap mengurut bayi dengan minyak aromaterapi supaya dia rasa selesa.
Untuk menghilangkan angin di dalam badan, bayi juga perlu bersenam. Namun, senaman perlulah mengikut cara yang betul.
Baca juga cara legakan anak kembung perut di sini.
Dan jika ibu ingin mencuba produk semulajadi legakan kembung perut, mesra untuk bayi dan kanak-kanak dari Tasneem Naturel balm klik sini.