Kandungan 20 minggu. Ibu Ready Nak Buat Details Scan ?

0 3,243

Artikel ini ialah mengenai Kandungan 20 minggu. Ibu Ready Nak Buat Details Scan ?

Mestilah kita sebagai parents, kita nakkan yang terbaik untuk anak kita.

Kalau ada rezeki lebih, buat lah details scan.

Apa itu details scan

Detail scan bermaksud memeriksa bahagian-bahagian organ baby dengan mendalam.

Detail scan ni biasanya dilakukan menggunakan 2D (gambar hitam putih).

Jika imbasan terperinci mengesan sebarang kelainan, doktor akan berbincang dengan anda apa yang perlu dilakukan seterusnya

Kandungan 20 minggu. Ibu Ready Nak Buat Details Scan ?

Secara umum, details scan ni memang penting untuk ibu bapa. Lagi penting dari 3D/4D tu.

Membolehkan ibu ayah lebih bersedia jika bayi adalah abnormal. So we must prepare everything, including financial, emotional & support.

Contoh :

Situasi 1 – Doktor dapat kesan kebocoran jantung, jadi dapat refer kepada pakar dan sediakan sumber kewangan yang cukup.

Situasi 2 – Baby sumbing. Ibu ayah kena lebih bersedia dengan tanggapan negative orang sekeliling dan perancangan masa depan (operation).

Apa yang saya nak tekankan kat sini, details scan sewaktu pregnancy sangat penting. Sebab dari detail scan lah kita boleh expect something normal atau abnormal kat anak.

Jenis2 scan di klinik 

Scan bayi, tidak kiralah scan 2D, scan 3D mahupun scan 4D, prosedur tersebut tidak akan mendedahkan bayi kepada radiasi dan biasanya tidak akan menyakitkan mereka.

Confirm pregnant / 2D scan – biasanya minggu ke8 dan ke atas.

Detail Scan – 18 minggu hingga 25 minggu.

3D/4D – scan 3D memberikan gambaran 3 dimensi. Dalam 3 dimensi ultrabunyi, anda akan dapat melihat kulit, jantina dan bentuk wajah si manja dalam kandungan.

Perbezaan antara scan 3D dan scan 4D adalah teknik imbasan ultrabunyi 4D membolehkan ibu mengandung mengetahui waktu jangkaan bersalin.

Secara amnya, tempoh masa yang diambil ini lebih kurang 3 – 7 saat, bergantung kepada kecekapan mesin ultrasound.

Lebih cekap mesin ultrasound, lebih pendek tempoh masa yang diperlukan. Jadi, jurutera-jurutera ultrasound bersaing untuk menghasilkan mesin yang lebih cekap supaya imej lebih cantik.

Bukan mudah ya, nak dapat bayi diam tak bergerak untuk tempoh 7 saat. Kalau nak dapat imej bayi tersenyum, bayi perlu senyum untuk tempoh 3 saat, kalau tak, nampak macam mulut baby senget pula.

Moment apabila bayi senyum, menguap, mencebik bibir, menggaru muka dan sebagainya dapat direkod dalam bentuk video secara langsung. Video inilah yang dikenali 4D iaitu “3D ultrasound in motion”.

5D – HD ultrasound ialah inovasi terhadap imej 3D 4D dengan menjadikan imej yang terbentuk lebih realistik.

6D – paling latest, dan kualiti gambar antara yang paling cunn antara semua.

 

Masa sesuai untuk Details Scan 

Masa yang paling sesuai untuk membuat details scan adalah pada 18-25 minggu.

Selagi baby anda dalam trimester kedua, details scan masih dapat dibuat dengan terperinci.

Kadang-kadang ada juga yang depend on klinik.

Tak digalakkan buat masa baby agak besar sebab dah cukup sifat dan kalau besar sangat susah nak dapatkan semua organ. Sebab baby dah padat kat dalam.

 

Antara organ yang akan diperiksa adalah seperti berikut :

  • Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak
  • Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit
  • Jantung – kedudukan jantung, saiz, injap, beberapa salur darah utama
  • Diaphragm – otot antara bahagian dada dan abdomen
  • Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
  • Tulang belakang
  • Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari
  • Jantina baby
  • Tali pusat
  • Keadaan serviks ibu
  • Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah
  • Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan cukup menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.

Kos Details Scan

Bergantung klinik.

Ada yang tawarkan detail scan sahaja, dan ada yang tawarkan pakej Details Scan + 3D (lagi berbaloi)

Biasanya details scan anggaran RM120- RM150. Untuk baby twin, harga biasanya double tau.

Contoh masalah dapat dikenalpasti melalui details scan

  • Anencephaly – tiada tempurung kepala
  • Spina bifida – kecacatan tulang belakang, saraf tunjang dan bahagian belakang otak
  • Exomphalus dan gastrohisis – Dinding abdomen tidak sempurna, sebahagian / semua organ diluar badan baby
  • Kecacatan tangan dan kaki yg serius – tulang bengkok atau pendek
  • Major kidney problem – tiada / cacat buah pinggang
  • Hydrocephalus – lubang paa diapragm, organ abdomen berpindah ke bahagian dada
  • Down syndrome – keabnormalan ketara terhadap jantung dan sistem penghadaman
  • Major congenital heart defect – masalah jantung serius

Tip untuk scan bayi

1. Waktu sesuai

Pada minggu ke 24 hingga 26, anda mungkin boleh melihat ciri wajah bayi dengan lebih jelas.

Sekiranya anda hanya mahu melakukan 1 imbasan, tempoh antara minggu ke 27 hingga 32 adalah yang terbaik.

Manakala pada minggu 33 hingga 37, mungkin akan sedikit mencabar apabila bayi semakin membesar.

Ruang dalam kandungan yang sempit menyukarkan untuk menangkap wajah si manja.

 

2. Perbanyakkan minum air

Semakin dekat dengan hari untuk melakukan imbasan, anda dinasihatkan untuk banyak minum air.

Ia dapat membantu menentukan kualiti gambar yang akan diperolehi. Kalau boleh minum air sejuk.

Minum air akan dapat meningkatkan kualiti dan kejernihan air ketuban yang dianggap sebagai ‘tingkap’ untuk melihat bayi.

 

3. Makan

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil makanan ringan seperti roti sandwic, salad atau semangkuk pasta, dalam tempoh 45 minit hingga sejam sebelum scan bayi dilakukan.

Ia akan menjadikan bayi lebih aktif untuk bergerak.

 

4. Jus buah

Meminum jus buah seperti oren atau epal juga membuatkan bayi semakin aktif bergerak.

Gula semula jadi dalam jus akan memberikan tempoh aktif yang lebih lama. Cubalah minum segelas jus 30 minit sebelum temu janji anda.

 

5. Pakai pakaian longgar

Ibu mengandung disarankan untuk berpakaian longgar dan memilih memakai seluar.

Ia membantu memberikan keselesaan sepanjang tempoh 15 hingga 30 minit prosedur imbasan ultrabunyi dilakukan.

Enjoy your pregnant journey, mommies !

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00