Kenapa Tidak Elok Bagi Anak Tengok Tv. Baca kisah selanjutnya di bawah.
Menjadi kebiasaan kepada kita membiarkan anak menonton tv apabila kita ingin membuat kerja rumah atau berehat.
Kita memberi anak menonton tv kerana ia adalah salah satu cara supaya anak diam.
Namun timbul persoalan mengenai elok atau tidak memberi anak-anak menonton TV atau ipad atau computer.
Sebab perlu had anak tengok Tv
Jawapannya, tidak elok jika tiada kawalan.
Boleh, jika program yang ditonton dipilih dan dipantau kandungan dan kesannya.
Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada TV terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan.
- Emosi mereka akan menjadi turun naik dan tidak stabil akibat menonton sesuatu cerita.
- Emosi anak- anak yang masih kecil akan merasai apa cerita itu sampaikan.
Ini adalah reality kerana anak Ibu yang berumur 1 tahun boleh menangis jika ketika menonton cerita Upin dan Ipin episod Ikhlas Dari Hati.
Beri peluang anak untuk bermain
Jika anak tidak diberi peluang untuk aktif bermain, ia boleh menyebabkan mereka menjadi lembab, malas atau menjadikan perangai mereka tidak keruan.
Sesetengah rancangan mempunyai subliminal messages yang tidak baik yang boleh menyebabkan penonton terpukau dan kemudiannya berperangai tidak keruan terutama jika terkena trigger.
Oleh itu ibu bapa perlu ambil masa dan meninjau serta memantau lalu memastikan rancangan yang mana yang menimbulkan kesan baik dan yang mana tidak.
Pantau rancangan yang anak tengok
Walaupun rancangan itu baik, seperti rancangan kartun, jangan terlalu lama dedahkan anak-anak kecil kepada penontonannya.
Ada akibat lain yang tidak baik pula timbul, contohnya kesan pada mata dan telinga anak.
Bagaimana hendak menangani masalah anak suka menonton TV atau ipad?
Buat jadual harian untuk anak
Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu.
- bermain aktif
- ada masa melukis
- bercerita dan membaca buku
- ada masa menonton TV dan
- selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni.
Jika tv juga yang perlu digunakan untuk anak terutama jika si ibu ingin mandi atau memasak, pasanglah vcd- vcd pembelajaran seperti Siri Mengenal Huruf Hijaiyah atau vcd juz Amma dan sebagainya.
Terdapat banyak pilihan vcd pembelajaran yang bagus dan mampu menimbulkan minat anak.
Sebagai contoh, Ibu sendiri memperdengarkan Juz Amma ketika Iman berusia dari 1 Tahun.
Alhamdulillah sekarang Iman dah berusia 3 tahun dan mampu menghafal surah muqaddam sehingga surah Al-Fil.
Kesimpulannya, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik.
TV adalah alat yang menjadi berfaedah hanya bila kita bijak menggunakannya.