Pengalaman Berpantang Sendiri Tanpa Orang Tua

Pengalaman saya berpantang sendiri tanpa orang tua. Memang  sukar tanpa pengawasan ibu atau ibu mertua kita.

Semasa mengandungkan anak ke 4 ni, kami suami isteri  sentiasa berbincang bagaimana nak menempuh tempoh berpantang nanti. Nenek masih ada tapi sudah hampir 80 tahun, sudah tidak larat lagi untuk pegang cucu apatah lagi memandikan cucu.

Pengalaman berpantang sendiri tanpa orang tua semasa melahirkan anak ke-3 pada 3 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Menangis dan rasa stress setiap hari ditambah dengan luka bersalin yang agak teruk.

 

Luka bersalin mengambil masa sampai 80 hari untuk sembuh. Sebenarnya saya sudah serik untuk beranak lagi, tapi memandangkan umur sudah nak masuk 40 tahun, saya dan suami sepakat untuk dapatkan sorang lagi anak sebelum 40 tahun.

Orang perempuan begitulah, mulut je serik. Tapi lepas anak dah 2 tahun mulalah teringin untuk timang bayi lagi. Walaupun ini anak yang ke 4, kerisauan tetap ada bila memikirkan keadaan dalam pantang nanti.

Biasa ibunda mertua tercinta yang mandikan bayi, jaga bayi semasa saya bertungku dan masakkan lauk pantang. tapi kali ini ibunda sudah tak larat. Sudah mula kerap tak sihat dan mata juga sudah makin kabur.

Kami mempunyai 3 orang anak lelaki yang lasak semuanya. Itu juga menjadi kerisauan saya. Bagaimana perangai mereka nanti masa adik kecil mahu tidur.

Jadi seawal usia kandungan saya mula bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh fasa berpantang nanti. Ini antara apa yang saya lakukan sepanjang tempoh mengandung:

Bersalin di hospital swasta

 

Kami mula menabung untuk bersalin di hospital swasta memandangkan dah ada hospital ini dekat dengan rumah. Dulu saya memilih hospital kerajaan kerana itu yang dekat dengan rumah. Suami tak memandu lama untuk sampai.

Kenapa hospital swasta menjadi pilihan saya untuk bersalin kali ini?

Saya dulu kerap bertanya pada kawan- kawan apa rasanya bersalin diswasta.

Tak sakit ke? haha

Selepas laluinya sendiri barulah saya faham sebenarnya bersalin kat mana pun rasa sakit dia sama saja.

Bezanya ialah bagaimana emosi kita lepas bersalin itu.

Di hospital swasta saya sangat terjaga dari segi emosi. Proses bersalin juga sangat tenang. Tiada suara keras dari bidan dan hanya dengar suami yang memberi semangat.

Semasa contraction juga nurse terlibat banyak bantu mengusap belakang dan menenangkan saya.

Selepas bersalin bayi diambil untuk mereka jaga. Selang 2 jam mereka akan hantar untuk menyusu. Jadi kita dapat berehat tanpa ada gangguan.

Berbeza dengan pengalaman bersalin di hospital kerajaan dulu, baru nak terlelap, anak pulak buka mulut menangis. Kalau bukan bayi kita, bayi orang lain. Begitulah apa yang saya alami.

Jadi kami menabung sehingga RM10000 untuk bersalin di hospital swasta. Alhamdulillah saya bersalin normal tanpa ada komplikasi apa- apa jadi bil hanya Rm2500 di KPJ Kangar Perlis.

Kuning Bayi Tinggi

Ketiga- tiga anak kami ada sejarah kuning, jadi kami telah bersedia yang ke 4 ini juga akan ada jaundice juga. Saya siap sedia bawa balm Tasneem ke wad untuk disapu pada anak. Anak lahir je saya terus sapukan balm tasneem pada area hati dan perut anak.

Selepas discharge, esoknya balik rumah kuning anak tetap tinggi, jadi kami decide untuk wardedkan bayi untuk cepatkan proses turun kuning tu.

Sekali lagi saya warded bersama bayi di KPJ juga kerana keselesaan dan ada ramai pembantu. Bayi saya hanya diberi untuk menyusu dan saya boleh rehat sepuasnya.

Tiada isu stress dengan kuning bayi yang tinggi itu. Alhamdulillah warded 1 malam sahaja dan kuning terus turun. Tak perlu cucuk tangan bayi dah selepas 5 hari dia dilahirkan. Bil semalamuntuk kuning di KPJ ialah RM660.

Perangai abang dapat adik baru

Inilah concern utama saya bila dirumah. Abang- abangnya baru berusia 8 tahun, 6 tahun dan 3 tahun. Masih fasa lasak, main, makan dan tidur. Apa saya buat ialah:

  1. Tiap hari saya slowtalk dengan semua hero saya ni. Adik baby nak lahir ni. Adik baby tak boleh tidur kalau bising. Jadi abang kena senyap jangan bergaduh, jangan menjerit atau berlari.
  2. Boleh main dengan adik baby, time adik berjaga saja.
  3. Saya latih anak ambil pinggan dan makanan sendiri. Makan jangan bergurau dan basuh pinggan sendiri. Pinggan adik 3 tahun abang basuhkan.
  4. Saya beli puzzle, beli mainan mereka suka dan siapkan list channel TV apa boleh tengok sepanjang saya berpantang.
  5. Saya latih anak tidur awal. Paling lambat jam 10 malam.
  6. Saya latih anak menyapu rumah dan kemaskan tempat tidur mereka sendiri.
  7. Anak yang sulong jaga adik bayi waktu ibu mandi dan makan.

Masak dalam pantang

Ini suami saya tak mampu nak buat. Dia tak pandai lansung memasak dan tiada masa untuk belajar. Jadi apa kami buat ialah upah orang untuk masak. Sepanjang 50 hari pantang, saya upah makcik sebelah kampung untuk datang masak untuk saya dalam pantang dan makanan seisi rumah.

Kain baju juga makcik ini uruskan. Dengan kerja 9 pagi hingga 1 tengahari, bayarannya ialah RM1000. Ini juga saya menabung dan membuat servey 3 bulan sebelum bersalin.

Makcik sangat baik dan dia mandikan bayi juga selama seminggu. Selepas seminggu saya boleh mandikan bayi sendiri dengan bantuan suami. Suami bawa 2 besen air ke bilik saya pantang, bayi mandi disitu dan bilas di situ. Tak perlu sabun pun supaya kelembapan kulit bayi terjaga.

Emosi dalam pantang

Inilah yang menjadi keutamaan suami saya. Dia sangat menjaga emosi saya. Tiap hari tanya risau saya tenggelam dalam emosi sendiri. Sebab saya berniaga online, jadi dalam pantang pun coaching team, buat iklan masih berjalan.

Cabaran utama mestilah bayi berjaga malam dan tidur siang. Jadi dari awal lahir saya dah mula latih bayi supaya kenal siang dan malam.

Dengan bantuan set balm tasneem hanya 2 minggu pertama saja bayi saya berjaga malam. Selepas 2 minggu saya berjaya buat dia tidur pada 11 malam sampai 6 pagi.

Walaupun suami saya bekerja sendiri, saya sangat perlukan sokongan suami dalam pantang. Semasa mengandung perlu ada perbincangan seperti ini:

  1. Jika anak menangis suami kena dukung.
  2. Jika bayi berjaga malam, kita berdua kena selang seli untuk bangun dan jaga bayi bersama.
  3. Jangan keluar pada waktu malam
  4. Saya mandi, makan dan bertungku, suami jaga bayi
  5. 2 minggu pertama suami kena cuti dari sebarang kerja
  6. Jaga anak lain di rumah

Luka bersalin dalam pantang

Oleh kerana saya pernah ada pengalaman luka lambat baik ni masa bersalin anak ke 3, kali ini saya menjaga dengan teliti luka bersalin saya.

Saya elak sembelit dengan makan pil dari set pantang nona roguy. Saya elakkan minum air milo, saya ganti dengan minuman nestum 3 in 1. Ini kerana saya tak suka minum susu.

Saya juga makan banyak sayur sawi rebus dan buah oren tiap kali selepas makan nasi. Vitamin C dan pil kalsium saya teruskan makan.

Sebab utama luka saya lambat baik dulu adalah sebab saya susah nak buang air besar. Najis keras dan sembelit teruk. Bila sembelit luka bersalin baru nak bercantum terbuka balik. Ngeri bila teringat balik sakit itu.

Jadi kali ini saya sudah siapkan diri jangan jadi sembelit lagi. Air masak saya minum banyak.

Dua minggu saja luka saya terus baik. Tak lagi sakit ketika kencing dan saya sudah berjalan macam biasa. Emosi juga sihat kerana badan dah sihat.

Jadi kepada semua pembaca yang memilih untuk berpantang sendiri, paling utama ialah emosi kena jaga.

Sakit bersalin itu sudah pasti tapi dengan menabung anda pasti boleh menjalani fasa berpantang dengan tenang dan selesa.

Kami menabung RM20000 hasil bisnes untuk bersalin kali ni, tapi alhamdulillah, habis tak sampai pun RM10000.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top