Sabreen Perfume Rose Aromaterapi dan Organik

0 152

Rangkaian wangian untuk keluarga dari Tasneem Naturel, Sabreen perfume rose aromaterapi dan organik.

Lama juga berbual dengan Founder Tasneem Puan Haridah Sahri . Tergoda saya dengan perfume wangian rose ni.

Sabreen by Tasneem. Nama yang cukup menyentuh hati saya. Sabreen, nama diambil sempena nama Palestinian Nurse dan aktivis, Rouzan Al Najjar who was killed by Israel Defense Forces, June last year.

Dan rasa terharu saya tak terhingga apabila Puan Haridah juga manamakan satu lagi perfume keluaran Tasneem dengan nama Rouzan. Ada personal touch pada saya dengan pemilihan nama-nama ini.

Wangian rose yang nyaman seolah-olah membawa saya mengingati 2 wanita hebat ini. Berjuang hingga akhir hayat. Moga Syurga buat mu.

Terima kasih Puan Haridah atas semua perkongsian hari ini. Perfume ini sangat bermakna untuk saya dan MasyaAllah wangiannya tembus menimpa-menimpa perasaan saya.

Kenali Sabreen Perfume

Wangian ini bersifat lebih moden dan elegan. Adunan 2 bahan utama iaitu ros dan vanilla menghasilkan bau yang sangat mewah dan menenangkan.
Pada peringkat awal, kesegaran ros dapat dirasai. ianya manis berlemak. Pada pertengahan dan hujung aroma Patchoulli mula memainkan peranannya sebagai ejen penenang dalam wangian ini

Keunikan perfume Sabreen ini telah menjadikan ia sesuai digunakan setiap hari. Semburan sebelum tidur dapat menghilangkan ketegangan di kepala selepas penat seharian bekerja.

 

Beramal dengan belian Perfume Sabreen

Kini semua boleh beramal dengan membeli wangian Sabreen kerana setiap RM5 hasil jualan akan diinfaqkan terus kepada MyCare iaitu satu badan yang menguruskan sumbangan untuk peralatan medikal khas untuk warga Palestin.

Boleh terus whatapp saya untuk belian perfume natural dan organik ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00