Simptom Keguguran Trimester Pertama

0 430

Artikel ini ialah mengenai Simptom Keguguran Trimester Pertama yang perlu ibu tahu.

Mengalami keguguran dalam trimester pertama pastinya sukar dilalui. Namun kehilangan itu adalah di luar kawalan si ibu. Jom kita ketahui tanda gugur yang boleh terjadi.

“Tanda gugur yang utama adalah apabila seseorang bakal ibu mengalami kesakitan dan kekejangan pada bahagian pelvis bersama pendarahan faraj yang semakin teruk.”

Dalam kebanyakan kes kehamilan, individu yang mengalami keguguran tidak langsung berasakan sebarang gejala.

Bahkan, kehilangan kandungan hanya diketahui saat melakukan rutin imbasan ultrabunyi.

Penyebab Keguguran pada Trimester Pertama

Ada banyak faktor boleh menyebabkan keguguran, walaupun puncanya sering tidak dikenalpasti.

Jika keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan, punca biasanya adalah masalah pada janin.

Kira-kira 3 daripada setiap 4 keguguran berlaku dalam tempoh ini.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menyebabkan keguguran pada trimester pertama:

  • Masalah Kromosom

Kromosom ialah koleksi panjang DNA yang mengandungi set arahan terperinci yang mengawal pelbagai faktor, daripada cara sel badan berkembang kepada warna mata yang akan dimiliki oleh bayi.

Kadangkala, masalah boleh berlaku semasa pembuahan.

Mengakibatkan janin menerima terlalu banyak atau terlalu sedikit kromosom.

Ini boleh menyebabkan janin tidak berkembang secara normal, menyebabkan keguguran.

  • Masalah Plasenta

Plasenta adalah organ yang membawa bekalan darah ibu kepada bayinya.

Apabila terdapat masalah dengan perkembangan plasenta, ia juga boleh menyebabkan keguguran.

Keguguran awal juga boleh berlaku secara kebetulan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang diketahui boleh meningkatkan risiko keguguran:

  • Umur

Risiko keguguran akan meningkat apabila usia wanita hamil meningkat. Contoh mengikut umur berakhir dengan keguguran,

  1. Bawah umur 30 tahun, 1 dalam 10 kehamilan
  2. Wanita berumur 35-39 tahun, 2 daripada 10.
  3. Lebih 45 tahun, lebih daripada 5 daripada 10 kehamilan.

Kehamilan juga lebih berkemungkinan berakhir dengan keguguran jika wanita hamil:

  1. Mengalami obesiti.
  2. Asap rokok
  3. Menggunakan dadah.
  4. Penggunaan kafein yang berlebihan.
  5. Minum alkohol.

Simptom Keguguran pada Trimester Pertama

Tanda keguguran yang paling biasa ialah pendarahan faraj.

Ia boleh berbeza-beza daripada tompok ringan atau lelehan kecoklatan kepada pendarahan berat dengan darah berwarna terang.

Pendarahan yang berlaku boleh muncul dan hilang selama beberapa hari.

Walau bagaimanapun, pendarahan faraj ringan agak biasa semasa trimester pertama kehamilan dan tidak selalunya tanda keguguran.

  1. Kekejangan yang teruk dan sakit di bahagian bawah perut.
  2. Sakit pinggang yang teruk.
  3. Badan terasa lemah.
  4. Demam.
  5. Keputihan merah keputihan dari faraj.
  6. Keluarnya tisu dari faraj yang berbentuk segumpal darah.
  7. Kurangnya gejala hamil, seperti loya.

Tanda-tanda di atas juga boleh berlaku jika tiada keguguran.

Pakar obstetrik akan menjalankan ujian untuk menentukan apa yang berlaku dan boleh mengambil tindakan segera jika keguguran didiagnosis.

Cara doktor mengesahkan keguguran

  1. Memutuskan sama ada keguguran bakal terjadi atau sudah berlaku.
  2. Ibu mengandung perlu menjalani beberapa ujian diagnostik.
  3. Antaranya seperti pemeriksaan tahap hormon kehamilan chorionic human gonadotropin (hCG) dalam darah dan/atau air kencing.
  4. Imbasan ultarabunyi dilakukan untuk mengesan degupan jantung bayi.

Jenis – Jenis Keguguran

1. Ancaman Keguguran (Threatened Miscarriage)

Terdapat pendarahan yang berlaku dari faraj yang mana ia menandakan proses keguguran itu baru bermula.

Namun, janin masih ada degupan jantung setelah melakukan pemeriksaan ultrasound.yang bertujuan untuk menguatkan rahim.

 

2. Keguguran Tak Dapat Di Elak (Inevitable Miscarriage)

Bagi keguguran jenis ini pula, proses keguguran tidak dapat dihentikan. Maksudnya, bayi dalam rahim tidak dapat diselamatkan lagi.

Ini berlaku apabila pendarahan yang sangat banyak berlaku dari faraj dan wanita tersebut akan merasa sakit perut.

Inevitable Miscarriage menunjukkan bayi di dalam kandungan sudah tidak ada lagi degupan jantung namun janin masih ada.

 

3. Keguguran Tidak Lengkap (Incomplete Miscarriage)

Incomplete Miscarriage pula menunjukkan keadaan di mana masih terdapat baki janin dalam rahim hasil pemeriksaan ultrasound.

Lazimnya, pesakit akan datang dengan pendarahan dari faraj dan sakit perut.

Simptom lain juga adalah seperti terdapat ketulan darah, pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.

 

4. Missed Miscarriage

Situasi selepas pemeriksaan ultrasound mendapati terdapat janin dalam rahim tetapi tiada degupan jantung dikesan adalah simptom bagi Missed Miscarriage.

Keadaan ibu pula tiada pendarahan atau sakit perut yang berlaku.

 

5. Blighted Ovum

Keadaan yang dinamakan Blighted Ovum ini berlaku apabila pesakit tidak mengalami sebarang pendarahan.

Tetapi ketika pemeriksaan ultrasound mendapati hanya kantung janin sahaja kelihatan tanpa sebarang denyutan nadi atau jantung.

 

6 Keguguran Septik (Septic Miscarriage)

Untuk jenis yang terakhir ini, keguguran terjadi apabila terdapat jangkitan kuman pada rahim yang menyebabkan keguguran. Situasi ini dinamakan Septic Miscarriage.

Apa rawatan jika mengalami keguguran ?

  1. Pemerhatian (observation)

Jika keguguran berlaku di minggu ke 13, ibu tidak tumpah darah yang banyak dan tidak dijangkiti kuman) cukup sekadar pemerhatian sahaja.

  1. Rawatan perubahan

Sesetengah kes, doktor akan bagi pil (makan / dimasukkan ke dalam faraj) untuk mengeluarkan kandungan yang telah keguguran.

  1. Pembedahan

Prosidur dinamakan Dilatation & curettage (D&C).

Doktor akan membuka (dilatation) pangkal Rahim (servik) dan cuci (curettage) dalam Rahim bagi mengeluarkan janin.

Pembedahan ini dilakukan jika ibu tak nak tunggu janin keluar secara spontan.

Satu lagi kaedah yang boleh digunakan – Manual Vacuum Aspiration (MVA) atau kaedah menyedut, yang agak mudah dilakukan.

 

Berpantang

Biasanya doktor akan bagi cuti selama 14 hari (2 minggu).

Tapi jika ikut petua orang dulu-dulu, berpantang keguguran sama seperti berpantang biasa iaitu selama 44 hari.

Apa pun tengok kekuatan dan tahap kesihatan badan masing-masih lah ye.

Yang penting rehat secukupnya (mental dan fizikal) dan makan makanan berkhasiat untuk recharge tenaga semula.

Apa pendapat ibu-ibu pula?

Hadkan rutin dan kerja seharian

Bagi peluang untuk badan rehat.

Boleh berehat dari buat kerja-kerja dan angkat barang yang berat.

 

Pemakanan sihat

Bagi anda yang rajin dan mengambil berat petua orang dulu, anda boleh mengamalkan pantang larang bagi ibu bersalin.

Sediakan makanan berpantang yang boleh disusun mengikut kesesuaian dan banyakkan sayuran serta buah-buahan.

Diet yang sihat dan seimbang adalah penting untuk memberi tenaga kepada badan anda selepas mengalami keguguran.

 

Kekalkan kebersihan semasa keguguran

Kebersihan adalah sangat penting selepas anda mengalami keguguran.

Dengan mengekalkan kebersihan, anda boleh mengelakkan jangkitan kuman.

  • Tukar tuala wanita dengan kerap.
  • Elakkan mandi pada waktu malam.
  • Tidak digalakkan untuk mencuci bahagian sulit anda dengan apa-apa produk bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Penjagaan emosi

Adalah penting bagi para suami bagi memahami emosi dan kehendak isteri.

Pada saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan dan perhatian dari suami.

Bercakaplah dengan seseorang dan luahkan perasaan anda. Jika kemurungan berterusan, anda boleh rujuk pada doktor atau pakar kaunseling.

Keguguran merupakan ujian yang besar bagi pasangan suami isteri yang inginkan cahaya mata.

Ingatlah bahawa setiap ujian itu didatangkan kepada mereka yang mampu, bukan di luar kemampuan anda.

Usah terlalu lama berasa sedih. Sentiasa positif dan jangan berputus asa.

Dengan usaha dan tawakal, anda pasti beroleh peluang untuk hamil semula.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00