Simpul Biawak Semasa Hamil

0 1,397

Artikel ini ialah mengenai Simpul Biawak Semasa Hamil.

Untuk ibu-ibu hamil, mesti ramai yang pernah alami kan ?

Haa.. ke baca ni terus teringat pengalaman macam mana rasa simpul biawak ni.

Untuk ibu yang sedang hamil, belum pernah alami.. jom baca maklumat di bawah.

Mana lah tau kot-kot jadi nanti dah tau apa perlu buat dan puncanya.

Apa itu Simpul Biawak ?

Simpul biawak atau kejang kaki ni dikatakan terjadi sebab asid yang terkumpul dalam serat otot.

Kebanyakkan orang utara panggil simpul biawak ni ‘tarik mengkarung’.

Tak ada bagi sign awal, memang boleh jadi tiba-tiba pada waktu malam terutamanya masa tengah tidur atau cuaca sejuk. Yang mana buatkan otot kita jadi kejang.

Aduhh… memang rasa seram terus. Yang mana pernah alami memang akan terasa macam mana teruknya tarik mengkarung ni.

Punca Simpul Biawak

  1. Dehidrasi : kurang minum air, atau kehilangan air yang banyak melalui perpeluhan atau kencing.
  2. Kurang garam mineral : kekurangan sodium, potassium, kalsium dan sebagainya.
  3. Kepenatan atau kecederaan : senaman atau aktiviti fizikal mengejut atau berlebihan.
  4. Posisi tidur : tidur dengan kaki tertindih sehingga jejaskan peredaran darah.
  5. Pengambilan ubat : statin (ubat kolesterol), hydroclorothiazide(ubat darah tinggi), dll.

Siapa mudah terkena simpul biawak ?

  1. Pesakit diabetes : kerana berlaku kerosakan saraf dan salur darah pada kaki.
  2. Penghidap hipotiroid : kekurangan hormon tiroid ganggu fungsi otot.
  3. Wanita hamil : lazimnya kerap berlaku pada trimester ke-3
  4. Warga emas : penuaan menjejaskan fisiologi dan pemulihan tubuh.
  5. Pesakit buah pinggang : kawalan keseimbangan garam mineral terjejas.

 

Contoh keadaan urat normal (sebelah kiri) dan keadaan urat yang kena simpul biawak (sebelah kanan)

Simpul Biawak Semasa Hamil

Disebabkan perut yang semakin membesar, kebanyakan ibu mengandung berasa lebih sukar bergerak dan mudah letih.

Oleh itu, ramai di antara mereka banyak berehat dengan berbaring atau tidur.

Tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurang pergerakan boleh menjadikan wanita cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh.

  • Wanita hamil digalakkan berjalan perlahan-lahan dan melakukan aktiviti ringan di rumah.
  • Elak tidur sepanjang hari kerana ia menyebabkan peredaran darah tidak lancar.
  • Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Minum air kosong secukupnya sekurang-kurangnya dua liter sehari atau lebih.
  • Lakukan senaman regangan kaki dengan berdiri satu meter dari dinding. Contoh,
  1. Unjurkan kaki ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding.
  2. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat.
  3. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

Cara atasi simpul biawak semasa hamil

Kekurangan nutrisi turut menjadi punca simpul biawak atau kejang kaki ni.

Oleh itu ibu hamil digalakkan mengambil makanan tambahan secukupnya terutama magnesium dan kalsium.

Dapatkan zat besi (dalam bentuk pil), asid folik, vitamin B kompleks dan vitamin C di klinik kesihatan.

Pil ini amat penting untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian ibu hamil.

Patuhi jadual dan makan suplemen ini setiap hari bagi mengelak pelbagai penyakit lain dan memastikan bayi dalam kandungan sihat.

Apa nak buat jika mengalami simpul biawak ?

  1. Mengurut otot betis : menekan dengan kuat pada perut otot betis.
  2. Meregang otot betis : duduk melunjur, dan tarik jari-jari kaki, ke arah badan.
  3. Tuam otot dengan ais : balut ais dalam tuala kecil, dan tekap pada otot betis.
  4. Rendam kaki dalam air suam : jika tak selesa dengan ais, boleh gunakan air suam atau alat tuaman.

** Jika terlalu kerap mengalami kejang otot, berjumpalah doktor. Khuatir ada masalah kencing manis, hipotiroid, buah pinggang, dan sebagainya.

Bila simpul biawak selalu terjadi

Yang seriaunya, ada juga setengah wanita yang alami tarik mengkarung ni masa memandu, tengah pakai seluar ke naik tangga ke.

Yang mana paling tragis masa nak tukar posisi tidur. Jeng..jeng.jenggg.

Uterus (rahim) yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki, sebab itu kaki menjadi kejang.

Seperti mana berlari, bersukan atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot ibu-ibu letih, begitu juga kandungan yang sedang sarat.

 

Guna Resty Oil untuk legakan simpul biawak

Resty Oil ni best sangat. Bukan je setakat minyak urut untuk bayi, tapi ibu ayah pun boleh guna.

Bila kena je simpul biawak, memang cari minyak Resty ni dulu.

Teringat dulu, first time kena simpul biawak sampai tak boleh bangun.. memang suami ambil je minyak apa atas meja time tu.

Urut-urut picit betis ni alhamdulillah memang kurang sakitnya tu.

Dah boleh sambung tidur haha.

Resty oil ni kalau boleh guna di kaki sahaja ye, tak digalakkan sapu direct atas perut.

Sebab apa ?? Takut boleh mudarat kandungan.

Dapatkan Resty minyak serbaguna di sini.

Semoga bermanfaat.

 

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00