Assalammulaikum WBT para ibu semua..

Terkejut tak dengan tajuk yang dipilih Ibu pada hari ini? Ibu bapa masa kini sering menggunakan stroller ini bagi memudahkan pergerakan, Namun tahukah anda bahawa stroller ini mampu menyebabkan bayi kita stress?

Kenapa bayi kita stress bila berada dalam kereta sorong atau stroller ini? Sebenarnya Ibu sendiri tidak pernah menggunakan kereta sorong ketika membawa bayi jalan- jalan diluar. Lebih selamat menggunakan baby wearing ketika membawa anak keluar.

kereta-sorong-punca-bayi-stress

Menurut kajian Universiti Dundee, Scotland, bayi yang sering diletakkan di dalam kereta sorong akan terganggu tumbesarannya. Gangguan tumbesaran itu terjadi kerana posisi kereta sorong yang menghadap ke depan yang menyebabkan bayi tidak dapat melihat wajah ibubapanya. Ini mewujudkan rasa cemas pada bayi tersebut.

Berada dikalangan orang sekeliling yang tidak bayi kenali turut menimbulkan perasaan takut pada bayi. Situasi itu secara tidak lansung mengganggu pertumbuhan jiwa bayi lalu menyebabkan stress dan trauma. Ketakutan juga wujud kerana ibu dan ayah berada jauh denga anak, tidak mampu dicapai anak ketika terkejut.

Dr Suzanne Zeedyk, seorang pakar psikologi menjelaskan tiada komunikasi antara ibu dan bayi sewaktu keluar bersiar- siar akan membuatkan bayi stress. Anda boleh meletakkan bayi dalam kereta sorong jika bayi anda sedang tidur, namun jika bayi berjaga sebaiknya dukunglah dia di tempat orang ramai atau ditempat yang bayi tidak biasa.

baby-wearing

Manakala Profesor Catherine Fowler dari Universiti Sydney, Australia pula menyatakan bayi yang terdedah dengan kesibukan aktiviti individu dewasa akan mudah berasa takut dan cemas.

Pengalaman Ibu pula, pernah sekali membawa Iman ke shoping complex semasa usianya 3 bulan. Sebabnya nak shoping raya, masa tu Iman tidur. Dengan tiba- tiba kami terbawa Iman dekat sebuah kedai yang sedang membuat promosi menggunakan speaker, apa lagi terkejut Iman yang sedang tidur dan dia menangis seperti  berada dalam kesakitan.

Semenjak itu Ibu serik meletakkan Iman dalam stroller, jika ingin bawa Iman dan Ikhwan keluar kami akan menggunakan baby wearing, lebih selamat dan berada dekat dengan kita. Stroller pula digunakan ketika anak- anak Ibu ini berusia 1 tahun ke atas. Masa ini anak- anak sudah pandai mengecam orang dan tidak takut- takut lagi dengan keadaan sekeliling.

Jangan biarkan anak stress, nanti kita juga stress. Ibubapa yang mudah stress atau tiada tenaga kerana keletihan menjaga anak, anda boleh dapatkan suplemen yang mampu meredakan stress. Jika stress anda tidak terkawal boleh la menghubungi Ibu di 0175082443 untuk promosi vitamin B Complex pada hari ini.

Sepanjang setahun Ibu membekalkan alat bantu mengajar kanak- kanak, buku kain lembut adalah pilihan yang paling di cari oleh ibubapa untuk bayi mereka. Seawal usia 3 bulan, buku kain ini telah diberi pada bayi dengan harapan ianya dapat meransang minda bayi.

Ini terbukti apabila Ibu menempah softbook/ buku kain walau berapa pun kuantitinya, ianya akan habis dijual dalam masa seminggu sahaja.

Namun adakah benar bayi boleh membaca? Ibu telah membuat sedikit penyelidikan mengenai membaca dikalangan bayi dan memang terbukti ianya BENAR. Bayi memang boleh membaca daripada umur 3 bulan lagi. Bagaimana bayi membaca? Jom bersama Ibu sehingga akhir penulisan ini.

Ransangan semasa kandungan

Anak dalam kandungan selepas lahir banyak mengikut perangai ibunya. Jika si ibu selalu menangis bayi juga akan sentiasa menangis. Begitulah juga bila si ibu suka membaca, anak yang lahir nanti akan selalu suka pada ilmu.

Si ibu mengandung hanya perlu meluangkan masa 2 jam sehari untuk membaca. 1 muka surat Al Quran setiap hari dan jika berkesempatan, selesaikan masalah matematik mudah tingkatan 1. Muzik lembut seperti bacaan juz amma serta nada klasik jadikanlah santapan telinga anda.

Bayi 2 hingga 4 bulan

Bacalah buku kepada bayi anda seawal umurnya 2 bulan. Jika anda masih dalam pantang dan tidak mempunyai masa kerana sibuk bertungku, minta atuk atau opahnya bacakan buku buat bayi. Jom kita lihat tips membaca untuk bayi 2 bulan:

ransang bayi membaca

  1. Pilih satu dua buku yang akan dijadikan buku favourite bayi anda. Pastikan ilustrasi berwarna terang untuk menarik perhatian bayi.
  2. Baca lantang ( read aloud ) selama dua tiga minit, pada setiap sesi bacaan, dua tiga kali sehari ( kerap ).
  3. Tidak perlu habiskan membaca seluruh buku setiap sesi. Pilih muka surat yang anda dan bayi akan enjoy.
  4. Cari masa khas untuk anda bacakan buku kepada baby anda. Jadikan membaca sebelum tidur malam atau selepas mandi pagi sebagai READING MOMENTS anda bersama baby. Pastikan lampin baby kering, baby kenyang dan tidak mengantuk.

Sumber: blog ajar nak membaca awal

Bayi 4 bulan sehingga 8 bulan

Di usia begini bayi sudah mampu memegang buku atau mainan yang lembut. Kebiasaanya bayi akan memasukkan apa yang dipegang ke dalam mulutnya yang kecil itu. Jangan risau, ini adalah salah satu cara bayi meneroka alam sekelilingnya.

softbook abc

Sebab itulah buku kain atau softbook menjadi pilihan untuk ibubapa beri pada bayi. Tips memlilih buku kain untuk bayi:

  1. Pilihlah softbook yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah untuk dibacakan.
  2. Softbook seharusnya boleh dimasukkan ke dalam mulut, dijadikan bantal serta boleh dibasuh. Ini untuk menjaga kebersihan pada bayi.
  3. Si ibu perlu memberitahu bayi yang ibu akan membaca bersamanya, kemudian baca dahulu softbook tersebut dan di akhir pembacaan sila bagi pada nak untuk anak melihat, merasai dan bermain dengan softbook tersebut.
  4. Ianya juga adalah ransangan motor halus untuk bayi.

Anda ingin dapatkan softbook buat bayi anda sila klik sini

Bayi 6 bulan sehingga 1 tahun

Bayi anda sudah bersedia untuk membaca lebih banyak! Jadi sediakan board book dan mainan yang edukatif untuk bayi anda. Jom kita lihat video bayi sedang membaca board book atau buku keras ini.

Pemilihan buku juga penting pada usia ini. Jika risau anak tertelan cebisan kertas, board book/ buku keras adalah terbaik. Gambar kena banyak dan tulisan kena sedikit.

Inginkan board book untuk bayi anda? Klik SINI

Kad imbas juga sudah boleh diperkenalkan pada anak seawal usia ini. Sila baca tips yang Ibu kongsikan bagaimana cara imbas flashcard pada anak dengan cara berkesan.

Ibu-ibu yang disayang Allah.

Tahukah ibu-ibu bahawa INFANT READING dan BEDTIME STORIES sangat-sangat bagus untuk anak-anak kita? Infant reading pernah dibuat satu kajian tentangnya di Afrika.

Beberapa orang telah diupah untuk membacakan cerita kepada bayi-bayi di kawasan perkampungan Afrika dan kesannya, bayi yang dibacakan buku sejak dari bayi mempunyai peluang yang paling tinggi untuk membaca awal di masa hadapan berbanding bayi yang tidak diransang awal.

buku bagus untuk anak

Bagi anak-anak yang lebih besar, selalulah berbual dan berinteraksi dengan mereka. Jangan biarkan mereka hanya dengan gajet atau dunia mereka sendiri. Eratkan hubungan dan selalu bercakap dari hati ke hati.

Untuk sebarang info dan cadangan permainan edukatif dan buku pembelajaran untuk bayi anda boleh terus whatapp Puan Aminah 0175082443.

Sebahagian hak milik terpelihara © 2021 - ibudoakan.com
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram