As salam kepada semua pembaca yang dikasihi.

Sambil- sambil melayan pm dari customer, tiba- tiba lalu satu gambar yang di newsfeed facebook Ibu yang membuatkan Ibu mengeleng kepala sendirian. Kisah wanita menyusu daripada luar negara ini memang menjadi viral satu dunia yang mana dia menjual susu badannya kepada pihak ketiga dengan mendapat duit sehingga berbelas ribu ringgit Malaysia. Lumayan tu..hu hu

hukum jual susu badan

Dulu Ibu juga pernah terbaca yang seorang peniaga kek menghasilkan keknya dengan menggunakan susu badannya sendiri. Malahan dia mengiklankan keknya itu kek susu ibu dan ramai pelanggannya berpuas hati dan datang kembali untuk menikmati air tangan wanita tersebut. Bertuahnya jika dikurniakan susu badan yang melimpah ruah.

Tips banyakkan susu badan

Di Malaysia pula kita dikejutkan dengan perkongsian daripada seorang ibu yang menggunakan stok ebm yang berlebih- lebih untuk mandikan bayi dan diri sendiri. Dan hasilnya kulit ternyata lebih lembut, gebu dan licin. Kesudahannya dia terpaksa memadamkan status tersebut akibat kecaman hebat dari rakan facebook kerana hukum dalam islam ialah haram menggunakan susu ibu untuk dibuat mandian.

Jadi apa status orang yang memakan susu ibu ini, sama ada melalui kek, kuih dan dalam pelbagai masakan lagi?

petua banyakkan susu badan

Mari saya kongsikan pendapat dan pandangan daripada Syed Yusof Al Qardawi mengenai perkara berkaitan bank susu atau hukum anak susuan.

Secara amnya pendapat Yusof Qadrawi dirumuskan sebagai:

  1. Minum susu dan proses penyusuan adalah berbeza. Minum susu tidak mendatangkan perasaan kasih, belas dan sebagainya, sedangkan bila menyusu di payudara, ibu-anak susuan diikat dengan perasaan kasih kerana ibu susuan itu akan memegang anak susuannya.
  2. Bila menyusu susu ibu lain dari botol/syringe/cawan, ia tidak mendatangkan perasaan apa2 kepada si anak dan ibu.
  3. Jadi ia tidak menjadikan anak/saudara sepersusuan dengan cara begitu.

Walau bagaimanapun, dalam entry yang sama, dinyatakan dalam Majlis Feqah Islami, melalui Badan Muktamar Islam yang diadakan di Jeddah pada tanggal 22 – 28 Disember 1985 (lama dah, kalau ada sesiapa tahu fatwa terbaru Majlis ini silakan kongsi ya) – menyatakan bahawa apa sahaja cara susu tersebut diminum, direct atau EBM, maka tetap menjadi anak susuan, sekiranya cukup syarat2nya.

sumber: mysuperkids.net

Tetapi ini mengenai bank susu ibu, atau susu ibu yang dikongsikan kepada anak- anak yang tidak mendapat susu ibu. Bukan hukum menjual susu ibu. Jadi apa pendapat anda sebagai seorang ibu menyusu? Tegarkah untuk anda menjual susu sendiri demi keuntungan???

Sebahagian hak milik terpelihara © 2021 - ibudoakan.com
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram