Apabila anak memasuki umur 4 tahun, kita mula berkira- kira mahu mengajar anak membaca secara serius. Setelah anak dibiasakan dengan kad imbas dan buku- buku mengenal gambar yang telah diberi, mesti kita mahu anak mulakan sesi membaca pada umur 4 tahun. Betul kan?
Mengajar Anak Membaca Awal
Kenapa 4 tahun?
Ini kerana ia adalah persediaan awal untuk menghantar mereka ke tadika atau ke sekolah pada usia 5 tahun.
Memang tugas mengajar anak membaca telah diamanahkan kepada guru yang mengajar di tadika, namun apa salahnya kita sebagai ibu bapa mengambil inisiatif sendiri unuk mengajar anak dirumah.
Ianya lebih berkesan dan hubungan kekeluargaan juga menjadi semakin erat.
Pada pendapat Ibu, menghantar anak ke tadika adalah salah satu cara untuk membiasakan anak dengan kawan- kawan serta orang luar selain keluarga sendiri.
Ibu tidak mengharapkan anak pandai membaca di tadika. Kalau Ibu serius ingin melihat anak pandai membaca Ibu akan menhantar anak ke pusat membaca yang banyak di serata Malaysia ini.
Jangan harapkan guru sahaja
Jadi, bagi ibubapa yang sibuk atau tiada masa untuk anak luangkan masa hujung minggu anda untuk mengajar anak skill membaca.
Jangan harapkan guru di tadika sahaja, kerana setiap guru ini tidak mampu memberikan perhatian penuh bagi setiap anak muridnya.
Melainkan anda mampu menghantar anak ke tadika yang mempunyai status hebat seperti
- Genius Aulad
- Little Calihps
- Brainy Bunch
- Tadika CIC
Rahsia anak cepat membaca
Kita sebagai ibu dirumah juga mampu mengajar anak membaca awal dengan mempraktikkan ilmu yang banyak dikongsikan diblog- blog parenting.
Di sini Ibu ingin berkongsi ebook Rahsia Anak Cepat Membaca Seawal Usia 3 Tahun ini dengan semua ibubapa diluar sana. Ebook ini boleh didapati secara percuma di http://bit.ly/1GR0IFl. Semoga dengan ebook ini membangkitkan rasa semangat membara untuk ibubapa mengajar anak sendiri di rumah.