Tips Penting Dalam Pemilihan Puting Botol Susu

0 510

ini ialah mengenai Tips Penting Dalam Pemilihan Puting Botol Susu.

Bakal ibu perlu tahu, tak perlu sediakan terlalu banyak botol dan puting sebelum kelahiran bayi.

Mencari botol susu yg sesuai dan serasi dengan bayi ni selalunya menjadi satu hal yg sukar.

Percaya atau tidak, kita akan kerap mencuba pelbagai botol susu dan pilihan puting sebelum menjumpai botol susu yang bayi kita mahu.

Bagaimana memilih botol yang sesuai untuk bayi ?

Peraturan praktikal yang baik ialah memastikan botol pilihan anda bebas BPA.

Bentuk botol biasanya,

  • standard (tinggi dan lurus)
  • bersudut (bengkok di leher) dan
  • lebar (direka bentuk untuk memegang puting lebar dan pendek yang meniru payudara)

Apakah saiz botol sesuai untuk bayi baru lahir ?

Botol kecil, 4 oz (120 mL) adalah saiz yang baik untuk bayi baru lahir.

Apabila bayi anda mula mengambil lebih banyak susu formula semasa penyusuan, anda mungkin mahu mempunyai botol 8 oz (240 mL) yang lebih besar di tangan.

Tips Pilih Puting Bayi Dengan Betul Dan Tepat

  1. Lubang puting tidak terlalu besar

Bayi akan minum dengan perlahan jika lubang puting bayi kecil dan ia bagus untuk bayi. Jika lubang puting terlalu besar aliran laju dan tidak sesuai untuk bayi.

Untuk menguji titisan puting, pegang botol terbalik tanpa menggoncangnya. Susu harus menitis kira-kira 1 titis sesaat.

Bayi akan jadi tak puas minum susu jika lubang terlalu besar. Boleh jadi juga jika puting yang digunakan terlalu lama dan menjadi serpihan kemudian terkoyak dengan besar. Kerap tukar puting ya.

  1. Harga

Mama perlu bandingkan harga puting serta kualiti puting tersebut kerana puting perlu ditukar dengan kerap bagi mengelakkan jangkitan kuman pada mulut bayi.

Serta hindar serpihan puting ditelan oleh bayi boleh mengakibatkan tercekik

  1. Mengikut umur bayi

Ada sebahagian parent sahaja menggunakan puting botol untuk anak sejak dari awal kelahiran bagi memudahkan kerja harian mereka.

Pastikan puting yang digunakan sesuai dengan kehendak dan umur bayi.

  1. Bentuk

Ada juga bayi yang cerewet dengan bentuk puting. Mama perlu memlilih puting size lebar dan seakan-akan nipple. Bentuk yang menyerupai payudara ibu adalah terbaik.

  1. Lembut dan fleksibel

Puting yang lembut dan fleksibel sangat selesa untuk bayi. Ia juga selamat digigit oleh bayi yang suka menggigit sesuatu di dalam mulut.

Pilih puting yang diperbuat daripada silikon atau getah. Puting silikon lebih mahal tetapi lebih fleksibel daripada puting getah. Puting silikon tidak rosak oleh haba apabila ia direbus.

  1. Size botol

Size botol juga bergantung kepada berapa banyak bayi mama minum susu.

Selalunya 6 bulan kebawah minum 3-5oz sekali minum. Bayi 6 bulan keatas pula 5-8oz.

Sediakan banyak puting susu dari botol

Puting telah direka bentuk untuk meniru puting ibu. Puting manusia adalah pendek dan fleksibel, yang memudahkan bayi untuk menggenggam dan menyusu.

Beli lebih banyak puting daripada botol. Dengan penggunaan berulang, puting cenderung retak dan bocor.

Anda mungkin perlu bereksperimen dengan beberapa jenis puting yang berbeza sehingga anda menemui yang kelihatan paling semula jadi untuk bayi anda.

Semoga tips ini memudahkan mama memilih botol susu dan puting untuk anak mama papa.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00