Tips Untuk Hari Pertama Ibu Ayah Hantar Anak Ke Sekolah

0 240

Artikel ini ialah mengenai Tips Untuk Hari Pertama Ibu Ayah Hantar Anak Ke Sekolah.

Bagi anak-anak yang telah biasa dengan alam persekolahan, mesti seronok nak jumpa kawan-kawan dan cikgu.

Baju baru, kasut sekolah baru. Eh semangat pun kena lah baru kan.

Bagi si kecil yang buat pertama kali ke sekolah atau tadika, mungkin sedikit mencabar.

Baik untuk dia, mahupun ibu ayah.

Hari pertama anak dah nangis tak henti

Menangis hari pertama itu lumrah.

Ibu bapa tak perlu malu atau risau, anggap je anak nangis tu sebagai permulaan anak nak terbiasa dengan persekitaran baru.

Tips Penting Untuk Hari Pertama Ibu Ayah Hantar Anak Ke Sekolah

Jadi, ada lapan tips kat sini khas untuk ibu ayah untuk berperang di hari kejadian nanti.

1. Salah seorang (ibu atau ayah) sahaja yang akan hantar

Siapakah yang paling rapat dengan si anak? Si Ibu atau si ayah?

Jika si anak lebih rapat dengan si ibu, maka, ibu dinasihatkan untuk tidak turut serta menghantar anak ke sekolah.

Ini kerana, si anak akan berasa berat hati dan lebih sedih kerana terpaksa berpisah.

2. Bagi nasihat yang positif

Masa dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, elakkan memberi nasihat kepada anak dengan menyebut perkataanJangan nangis”.

Fikiran mereka tidak akan merekodkan perkataan “jangan“, tetapi apa yang akan diingati adalah “nangis“.

Seeloknya gunakan perkataan yang lebih positif seperti, “Abang nampak hensem pakai baju sekolah! Mesti cikgu suka dengan abang!”

3. Cepat-cepat beredar lepas hantar anak masuk kelas

Apabila anak-anak sudah mula masuk ke barisan atau kelas, beredar lah dengan cepat dan cuba hilangkan diri dari pandangan mata.

Tanpa perlu melambai atau mengucap “bye-bye”. Ibu ayat kuat tak tuu nak cuba tips ni hihi.

Percaya lah apabila si ibu atau bapa melambai dan mengucap “bye-bye”.

Benda ni cuma akan menimbulkan perasaan “ditinggalkan” dalam hati si anak, sekaligus akan membuatkan mereka berasa sedih.

Si ibu atau bapa hanya perlu perhatikan anak-anak dari jauh buat seketika (tanpa dilihat anak) sebelum benar-benar meninggalkan anak di sekolah.

4. Jika nampak si anak seperti mahu menangis, jangan pujuk, biarkan sahaja.

Lumrah hari pertama sekolah, anak-anak akan nangis.

Selalunya mereka akan menangis sekitar 2-3 minit sahaja, paling lama pun mereka akan menangis adalah dalam 10 minit.

Selepas itu mereka akan mula belajar menerima kenyataan.

Tambahan lagi, guru-guru lebih mudah untuk menangani anak-anak yang menangis tanpa kehadiran ibu bapa.

5. Ibu ayah kena terima kenyataan dan beri anak ruang

Si anak akan terus menangis jika ibu atau ayah cuba memujuk dan terus berada di sisinya.
Ibu ayah juga perlu terima kenyataan untuk “melepaskan” dan memberikan peluang dan ruang kepada anak.

Ianya sama seperti ketika mengajar mereka berjalan sewaktu bayi dahulu, adakah ibubapa akan mendokong sahaja anaknya sepanjang masa kerana “kasihan” dan tidak mahu anaknya terjatuh ketika belajar berjalan?

6. Pastikan ibu atau bapa sampai awal

Apabila tamat waktu persekolahan, seeloknya ibu ayah sendiri yang datang mengambil anak pulang.

Bukannya pakcik, makcik atau pemandu bas sekolah.

7. Tanya anak apa yang mereka belajar dan buat hari ini

Berbual dan bertanyalah sebanyak yang mungkin sewaktu masih lagi di dalam kereta.

Jangan tunggu hingga sampai di rumah baru hendak bertanya dan berbual dengan anak tentang pengalaman mereka di sekolah.

Mood bercerita akan hilang apabila sudah sampai di rumah dan anak juga mungkin sudah tidak ingat apa yang telah berlaku di sekolah.

Macam kita yang dewasa ni juga lah.. keluar dengan kawan, kawan asyik tengok telefon je. Haa.. apa perasaan korang ?

8. Cuba tanya perkara yang anak seronok

Sewaktu berbual tersebut, cuba tanya dan cari pengalaman-pengalaman yang menyeronokkan buat si anak.

Ingatkan mereka perkara-perkara yang seronok, kemudian katakan kepada mereka “Bestkan sekolah? Esok abang/kakak pergi sekolah lagi ye…”.

Tips Penting Untuk Anak Sebelum Hari Pertama Ke Sekolah.

    1. Gantung kalender di bilik – boleh tanda setiap hari sehingga hari sekolah
    2. Jadual tidur awal – latih anak tidur awal sekurang kurangnya 2 minggu sebelum.
    3. Latih anak bangun awal pagi – biasakan anak bangun awal, berus gigi, mandi dan pakai pakaian sendiri.
    4. Memakai pakaian – ajar anak pakai baju dengan betul (butangkan baju), pakai stoking dan kasut, sikat rambut dan lain2.
    5. Biasakan diri dengan jadual makan – terangkan ke anak-anak yang di sekolah ada jadual makan. Jadi tak boleh makan kerap macam di rumah hihi
    6. Belajar bersosial – salah satu perkara penting. Sebelum ni mungkin anak-anak dah terbiasa dengan adik beradik, kali ni akan ada kawan pula.
    7. Belajar dengar arahan – Kadang kala terlepas pandang hal ini. Pesan anak untuk dengar cakap dan nasihat cikgu di sekolah.

 

Saya gunakan spray ni. Mudah je guna kat tilam dan bantal anak untuk bantu dia senang tidur

Sleepy Mist Spray ni memang sesuai sangat untuk ibu ayah yang on the go.

Buka penutup, terus spray di bantal / tilam / selimut anak.

InsyaAllah anak mudah tidur lena, esok pagi bangun awal happy je mood nak pergi sekolah. Dapatkan di sini.

Itulah serba sedikit tips.

Mungkin pembaca di sini boleh berkongsi tips dan pengalaman masing-masing mengenai hal menghantar anak anda ke sekolah buat pertama kali.

Boleh komen di ruangan komen di bawah ye. Semoga bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Admin Sale IDK Tasneem

Aina

Online

Aina

Hi, What can i do for you? 00.00