Ubat Cegah Sembelit Dalam Pantang

Ubat Cegah Sembelit Dalam Pantang

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.

Sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini. Ini kerana saya banyak menumpukan perhatian pada  anak terbaru saya yang baru berusia 4 bulan dan bisnes educational toys saya di facebook.

3 kelahiran yang indah dan pengalaman sembelit di dalam pantang semasa anak pertama dan kedua membuatkan saya lebih mengkaji apa keperluan ibu berpantang macam saya.

SEMBELIT!!! Allahuakbar, ianya sangat menyakitkan fizikal serta mencarik emosi saya dalam pantang. Setiap kali terasa ingin membuang air besar, setiap kali itulah dada berdebar bagai nak pecah, bibir terpaksa digigit kerasa ketakutan dan kesakitan.

Ibu yang diepisotomi seperti saya, nak tak nak akan merasa trauma itu. Serik untuk bersalin akan sentiasa bermain di fikiran dan dimulut ketika dalam pantang. Ini semua disebabkan seksanya menjaga luka episotomi.

Semasa berpantang anak pertama, saya minum ribena setiap malam untuk melancarkan proses pembuangan air besar setiap pagi. Namun ini tidak bagus untuk kesihatan kerana kandungan gula yang banyak di dalam air itu.

Anak kedua pula, saya amalkan ostematrik daripada shaklee. Najis lembut dan mudah membuang. Alhamdulillah. Saya amalkan makan sayur sawi sepanjang dalam pantang untuk serat yang baik. Namun jika tinggal ostematrik itu walaupun sehari najis akan keras balik dan sembelit pun akan berlarutan sekurangnya untuk 3 hingga 4 hari.

Anak ketiga, saya telah menjumpai penyelesaian terbaik untuk hadapi sembelit dalam pantang ini. Saya amalkan pil pyhtonatal daripada NR dan ostematrik daripada shaklee. Kali ini saya tidak pernah skip 2 biji pil ini setiap amalan sebelum tidur.

rupa ostematrik+ phytonatal

 

Keesokkannya alhamdulillah, saya dapat membuang dengan tenang dan dapat menikmati masa yang terindah dengan anak saya yang baru lahir tanpa memikirkan bagaimana untuk membuang air besar.

Sesetengah orang melihat ini perkara remeh.

Minum la air banyak sikit,

makan je sayur tu dalam pantang,

minum susu je dah boleh buang air.

Kata- kata ini dan macam- macam petua lagi dikongsi oleh rakan dan saudara mara yang datang melawat. Namun bagi saya ini adalah masalah BESAR. Sembelit dalam pantang sangat menyeksakan bagi saya.

Jadi pada ibu- ibu dalam pantang yang mempunyai masalah sama dengan saya, silalah amalkan 2 pil ini. Phytonatal dan ostematik shaklee, Insha Allah keseksaan dan pengalaman pahit ini akan tidak di alami lagi sepanjang tempoh ‘berkurung’ ini.

Boleh contact penulis blog untuk order ostemarik 0175082443.

 

 

 

Add Your Comment

CommentLuv badge

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No posts found.

Make sure this account has posts available on instagram.com.

Subscribe Our Newsletter!

AncoraThemes © 2020. All Rights Reserved.